Wednesday 6 January 2016

Sendai Umino Mori Aquarium

Assalammualaikum dan salam sejahtera uols!!!

Minggu lepas kami di sini cuti selama seminggu untuk musim sejuk (fuyu yasumi). Saya mengambil kesempatan untuk berjalan2 melihat keindahan hidupan laut di Sendai Umino Mori Aquarium. Syok juga la walaupun cuaca agak sejuk. Disebabkan tak berani nak drive ke sana (lesen antarabangsa suamiku dah expired) maka kami naik bas ke Sendai Eki dan dari sana kami naik subway. Dlm 30-45 minit je naik subway. Kami berhenti di stesen Naganosakae. Bas utk ke aquarium ada disediakan tanpa bayaran. Ada la dlm 5 minit perjalanan.

Disebabkan kelaparan, kami mkn tengahari dulu. Kebetulan ada restoran Marumatsu dekat2 situ. Tiket masuk aquarium tu sebanyak 2100 yen. Lebih kurang mcm di aquarium di Osaka. Ramai juga pengunjung sebab cuti kot. 

Kami disambut dengan pemandangan hidupan laut yg memang osem. Banyak juga hidupan laut yg pelik2 dan tak pernah kami lihat sebelum ni. Pada pemerhatian saya, aquarium ni byk seksyen yg interaktif dan merangsang minda kanak2. Berbaloi la ke sini. Banyak yg kami belajar.

Kebetulan juga ada persembahan ikan dolphin dan singa laut. Dalam sejam juga persembahan tu. Terhibur sangat. Boleh juga lawat website untuk mengetahui aktiviti2 sepanjang tahun.





benda alah kuning tu macam seaweed 


Nama ikan ni Mola Mola

Jom kickboxing

Ikan dolphin ni sangat peramah

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...