Wednesday 29 June 2016

~Suami isteri pelajar~

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua,

Untuk pengetahuan, saya dan suami bersama-sama sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di sini. Jadi untuk entri kali ini, saya nak kongsi momen2 yang saya lalui sekarang yang mungkin terjadi pada korang juga.

1. Keluar pagi, balik dah malam. Biasanya saya akan sampai di lab jam 9 pagi dan pulang tidak tentu masa kerana komitmen eksperimen. Sebelum ke lab, mmg tak menyempat nak buat sarapan (errr.... sebab bgn lambat sebenarnya hehe). Mkn la apa yg ada seperti biskut dan roti. Tapau bento (bekal) utk makan tengahari, salam tangan suami muah2 ciked pastu terus gerak ke lab.

2. Balik rumah terus masak untuk makan malam + bento tengahari esok. Masak yg simple dan cepat. Kalau ikutkan daku, goreng nugget, tambah sikit serunding daging dan timun pun dah boleh. Walaupun lakiku tak kisah, tapi...tak tergamak la pulak nak bagi makan lauk2 cmtu. Bila hari minggu selalunya saya akan PLAN untuk masak lauk agak banyak supaya boleh cover untuk hari2 sibuk haha akan tetapi TIDO lagi penting haha

3. Rumah bersepah? Sinki penuh dgn pinggan kotor? Baju kotor dan baju belum berlipat berlonggok bak Fuji san? Semua tu pemandangan biasa je bg saya. Mata ni sakit je tengok tapi apakan daya hehe

4. Memang tak dinafikan penat fizikal dan mental. Kalau pasangan korang sedang melanjutkan pelajaran, korang kena byk bg sokongan. Biasalah mmg banyak tekanan. Eksperimen tak jadilah, kejar publication, exam etc. Yg penting harus sabar dan memahami. Bila dah hbs belajar, mesti akan rs 'wow, not bad!!!berjaya menempuh mcm2'

5. Hari minggu adalah hari menghabiskan masa berkualiti dgn lakiku, shopping therapy (barang dapur utk seminggu etc), lepas gian kat hobi (baking, tgk cite Korea, main game hehe), bersosial dgn komuniti Malaysia di Sendai tapi kdg2 kalau ada eksperimen kena la dtg lab.

Semua Malaysian yang ada di Sendai ni kesemuanya adalah pelajar. Tiada yang bekerja di sini. Jadi bila yang lain tanya soalan2 macam 'macam mana eksperimen', 'dah publish paper', tak terasa hati sebab mereka juga senasib huhu maklumlah tengah dalam fasa stress menggunung. Moga urusan pembelajaran kami semua di sini dipermudahkanNya. in shaa Allah...

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...