Thursday 25 May 2017

Odaiba, Tokyo

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Kalau sebut Jepun, mesti dah terbayang Tokyo kan. Saya hanya pernah jejak ke Tokyo semasa transit dari KLIA ke Narita sahaja masa mula2 datang ke sini dan masa balik Malaysia sekejap tahun lepas. Kebetulan saya ada urusan di Chiba dan alang2 tu singgah la Tokyo berjalan2. Dan kebetulan pula ada geng Sendai yang menghantar keluarga pulang ke airport Haneda dan kereta dia ada ruang untuk saya dan suami pulang ke Sendai. Dah jimat duit kat situ. Dari Sendai ke Tokyo boleh menaiki bas (6 jam), shinkansen (2 jam, mahal tau. Pergi je dah 10000 yen) atau naik kapal terbang (lagi murah dari shinkansen).

Selesai urusan di Chiba, kami menaiki subway ke Odaiba, Tokyo. Odaiba ni adalah pulau buatan di Tokyo yang menjadi tarikan pelancong. Perut pun dah krup krup minta diisi. Di Tokyo ni banyak restauran halal, jadi tak perlu risau. Kami ke The Oven di Aqua City Odaiba yang menawarkan tabehodai (buffet all you can eat). Dah lama tak dapat makan secara tabehodai jadi memang seronok nau. Rambang mata uolss. Restauran ni dibuka pukul 11 tengahari-4 petang (untuk makan tengahari) dan 5 petang-11 malam (untuk makan malam). Hari cuti waktu makan tengahari dilanjutkan sampai jam 4.55 petang. Kebetulan dapat meja tepi tingkap jadi dapat tengok view Rainbow Bridge dan replika Liberty Statue yang menjadi trademark Odaiba. Layan beb sambil makan ayam, makanan laut, pizza, dessert dan drink bar. Bayaran sebanyak 1830 yen dan boleh makan (sampai sendat perut) selama 90 minit.

Rainbow bridge dari pandangan dalam train


Harga untuk makan tengahari

Oiiiii sedap!!!

Pemandangan dari The Oven

Tak jauh dari Aqua City ni ada lagi satu tarikan pelancong iaitu Gundam RX-78-2 berketinggian 10 meter yang diletakkan di hadapan Diver City Tokyo Plaza. Gundam besar ni dah berada di sini sejak April 2012 lagi. Pada April 2017, pihak Bandai Namco Holding Inc dah pindahkan Gundam besar ni dan dengar khabar akan diganti dengan model baru (Unicorn Gundam skala 1/1) yang dijangka siap masa musim luruh tahun 2017. Teruja sangat dapat datang ke sini. Saya memang dah lama teringin nak melihat Gundam besar ni dengan lebih dekat. Pada pukul 5 petang hingga 11 malam, lampu pada Gundam ni akan menyala dan pukul 730, 830 dan 930 malam, Gundam ni akan bergerak (sikit2 je la tapi osem sangat) dengan berlatarbelakangkan video dari cerita Gundam. Bersebelahan dengan Gundam besar ni ada kedai yang menjual Gundam edisi terhad dengan harga yang berpatutan. Haruslah beli sebab boleh tahan murah. Rupanya di tingkat 7 Diver City Tokyo Plaza ni ada muzium Gundam Front. Tak pergi pun sebab tak tau hehe In shaa Allah kalau ada rezeki nak tengok Gundam baru pulak tahun ni. Jya mata ne!!!









Chibikko Ninja Mura, Nagano

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!

Saya nak teruskan review tempat yang saya sempat singgah masa cuti Golden Week tempoh hari. Jepun ni kan sinonim dengan ninja kan. Jadi kitaorang geng jalan Sendai ni terjah satu tempat latihan untuk ninja (haaa gitu..) yang terletak di Togakushi, Nagano. Nama tempat ni Chibikko Ninja Mura (Kids Ninja Village). Tempat ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang bermula April hingga November. Awat tutup pulak bulan Disember? Sebab tempat ni kat atas bukit nun pastu tak sesuai nak buat aktiviti2 memanjat bagai masa musim salji. Bayaran masuk hanyalah 500 yen. Murah tu. Kot2 nak fefeeling jadi ninja, boleh sewa baju ninja di sini. 

Kawasan Ninja Mura ni bersebelahan dengan onsen (air panas) dan ski jo (tempat main ski). Masa kami sampai memang ramai orang sampai jalan jam. Kena jalan kaki jauh sikit dari parking kereta tapi ok je sebab laluan landai. Bila dah sampai, motivasi jatuh merudum sebab beratur pannnnnjaangggg sangat. Nak give up tak boleh sebab dah sampai. Jadi beratur je la. Mujur laju je barisan bergerak. Takdalah sakit kaki berdiri. Penat naik Tateyama pun belum hilang lagi huhu

Fuhhh...lega dah nak sampai kaunter tiket

Berdekatan dengan kaunter tiket ada kedai cenderahati. Macam2 benda dijual. Seperti biasa, saya kan cari fridge magnet dan key chain yang menarik. Encik suami berkenan dengan cawan ninja yang unik. Mainan pun banyak dijual. Bahaya untuk poket mak bapak haha 


Seterusnya kami tengok2 aktiviti yang boleh kami sertai di sini. Ada banyak aktiviti yang mencabar kemampuan bakal ninja kecil seperti merentas sungai guna tayar (tarik tali sendiri untuk bergerak), ala2 flying fox, memanjat tali dan macam2 lagi. Kebanyakan aktiviti dicipta khas untuk kanak2. Kitaorang yang dewasa ni rasa seronok tengok budak2 comel buat aktiviti. Ada yang terlebih berani, ada yang takut2 tapi terlebih seronok bila berjaya selesaikan aktiviti. Tapi kebanyakan aktiviti di sini perlukan pemantauan ibu bapa kerana aspek keselamatan agak kurang (berdasarkan pemerhatian saya). Budak2 Jepun ni mengikut arahan dan memang tiada masalah buat sendiri semua aktiviti dengan pantauan mak pak dorang. Di sini juga ada disediakan bilik untuk menyusu dan menukar lampin anak. Besar dan banyak permainan.



Meniti tali

Bukan budak je yang seronok. Mak bapak pun seronok nak cuba


Nampak budak kecik yang beratur tu? Beliau tidak berjaya nak naik tayar merentas sungai ni sebab tangan tak sampai kat tali tu. Sedih dia

Dah penat training nak jadi ninja, mestilah lapar kan. Kat sini ada kafe yang menjual pelbagai jenis makanan. Kakigori (ABC Jepun) pun dah dijual. Maklumlah, dah nak musim panas. Kalau singgah Togakushi memang kena cuba makan soba (mee Jepun) sebab Togakushi terkenal dengan soba. Di sepanjang jalan nak ke Ninja Mura ni ada banyak kedai makan soba. Kalau korang ke Nagano, jangan lupa singgah di Chibikko Ninja Mura ni ye. Jya mata ne!!!


Wednesday 24 May 2017

Cuti Golden Week 2017 di Nagano

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Di Jepun ni ada beberapa cuti panjang. Salah satunya Golden Week. Masa ni la nak berjalan pusing Jepun mencari kedamaian, nak lunjur2 kaki setelah penat mental dan fizikal mengadap keje kat lab. Tahun ni saya ke Nagano dalam misi mencari snow wall di Tateyama, Nagano. Memandangkan Nagano di kawasan gunung ganang dan cuti panjang pulak tu, agak susah nak cari rumah tumpangan. Ciri-ciri rumah tumpangan yang saya cari adalah ada peralatan dapur yang basic dan ada parking kereta sebab saya travel dengan kereta. Cari punya cari dapatlah 1 rumah tumpangan di daerah Sanada, Ueda, Nagano. Rumah ala2 resort ada dua bilik tidur, dapur, ruang tamu pun besar. Kali ni saya travel dengan geng Sendai yang ada 2 anak kecil. Sesuai sangat nak main2 di ruang tamu besar tu.
Dapur yang lengkap



Bilik atas

Perjalanan ke Nagano dari Sendai mengambil masa dalam 4 jam. Disebabkan kedai makan dan konbini agak jauh jadi kami masak je. Menu senang2 je, nasi goreng hehe janji kenyang. Hari kedua, kami ke Tateyama Alpine Route yang menyambungkan Nagano dan Toyama. Terletak dalam sejam lebih dari rumah tu. Tateyama Alpine Route ni adalah taman negara dan dorang memang pelihara betul2. Hanya dibuka pada 15 April hingga 30 November 2017. Waktu operasi dari pukul 10 pagi - 3 petang. Untuk naik ke puncak, kami kena park kereta di bahagian bawah dan naik ke stesen Ogizawa dengan shuttle bus yang disediakan. Di stesen Ogizawa, kami perlu ke stesen seterusnya (Kurobe Dam) dengan menaiki Kanden Tunnel Trolley Bus yang menggunakan kuasa elektrik agar kawasan ni bebas asap kenderaan. Laluan sejauh 16 min ni merentas Gunung Akazawa-dake (tinggi 2678 meter). Kanak2 bawah 12 tahun percuma je. Kurobe Dam adalah empangan berbentuk gerbang tertinggi di Jepun. Masa kami di situ, air empangan tidak dilepaskan tapi pemandangan sangat cantik. Ditambah pula dengan salji yang masih ada walaupun dah masuk musim bunga. Ada juga aktiviti ski dan mendaki gunung di sini.

Kurobe Dam



Dah puas ambil gambar dan menghayati pemandangan di Kurobe Dam, kami kena berjalan kaki agak jauh (dalam 15-20 minit) untuk ke stesen berikutnya (Kurobeko). Dari Kurobeko, kami naik ke stesen Kurobedaira menggunakan Kurobe Cable car. 5 min je nak ke atas tapi kena beratur panjang. Maklumlah cuti Golden Week. Seterusnya nak ke Daikanbo kami kena naik Tateyama Ropeway. Yang ni lagi lama menunggu. Dalam sejam lebih jugak la padahal nak ke sana tu dalam 10 min je. Sempat makan dulu dan keluar ke observation deck untuk melihat gunung berhampiran yang diseliputi salji. Tapi salji dah keras. Tak best pijak. Licin sangat. Destinasi terakhir yang ditunggu2 adalah Murodo. Kami merentas Gunung Tateyama dengan menaiki Tateyama Tunnel Trolley Bus. Kat sini ada snow wall (Yuki no otani) yang berketinggian 20 meter. Osem la sebab boleh berjalan di tengah snow wall tinggi. Kalau nak terus ke Toyama, boleh naik Tateyama Highland bus. Tapi kami patah balik ke jalan pergi tadi. Balik rumah terus gantung kaki. Cramp, sakit lutut, sakit badan semua adalah haha tapi sangat berbaloi dengan pemandangan yang cantik.

Dari observation deck di Daikanbo

Yuki no otani



Tuesday 9 May 2017

Hanami 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Sekarang ni musim sakura tengah galak berbunga. Selalunya sakura akan mula berbunga awal April hingga hujung April tapi ikut juga kawasan. Gelombang sakura akan bermula dari selatan Jepun hingga ke utara. Saya ingatkan bunga sakura ni bunga kebangsaan negara Jepun tapi bukan rupa-rupanya. Bunga kebangsaan Jepun adalah chrysanthemum.

Bunga sakura di Jepun ni ada lebih kurang 7 jenis; Somei Yoshino, Yamazakura, Kawazuzakura, Shidarezakura, Yaezazakura, Edo-higanzakura dan Shibazakura. Saya selalu tengok Somei Yoshino sakura. Jangka hayatnya tak lama lagi-lagi kalau hujan dan angin kuat. Habis berguguran bunganya. Bila dah berkembang penuh, sakura akan bertahan selama lebih kurang seminggu dan akhirnya akan gugur dan tumbuh daun pula. Dah tak cantik huhu kena tunggu tahun depan untuk tengok sakura.

Di sini ramai yang akan mengambil peluang untuk berpiknik (hanami) di bawah pohon sakura. Sambil makan sambil menghayati keindahan bunga sakura la gitu. Selain itu dapat mengeratkan ikatan silaturahim di antara keluarga/kawan2. Di tempat tarikan hanami akan ada banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Cuaca yang suam-suam panas ni best makan kakigori (ais batu campur). Makan aiskrim pun sedap tau.

Warga Malaysia di Sendai telah mengadakan hanami di Funaoka Joshi Park, Shibata, Miyagi. Lebih kurang 40 min dari rumah kami. Tempat ni termasuk dalam Top 100 tercantik untuk melihat sakura di Jepun. Nak cari parking kereta ambil masa sejam kerana ramai sangat manusia. Dari tempat parking ke atas bukit kami menaiki bas yang disediakan. Waktu ni dah ramai bentang tikar. Siap ada persembahan wushu lagi. Seperti biasa, kami membawa makanan secara potluck dan makan bersama2. Saya dan beberapa kawan yang lain gigih menaiki ke puncak bukit untuk melihat pemandangan dari atas. Boleh naik kereta kabel tapi panjang sangat beratur. Jadi kami jalan kaki saja. Penat sangat tapi berbaloi kerana pemandangan sangat cantik. Jom layan gambar2 di bawah. Jya, mata ne!


Mampu masak yang ni je


Gigih tau naik bukit untuk pemandangan ni


Kalau tak larat nak naik bukit, boleh naik tren ni tapi ramai sangat beratur


Misi cari pantai dan tulip

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Musim sejuk dah nak melabuhkan tirainya. Salji dah tak turun tapi suhu masih sejuk sekitar 10 darjah Celcius. Nyaman2 je. Sesuai untuk berjalan2 menikmati keindahan alam. Saya dan geng Sendai berpeluang meneroka daerah Niigata. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam lebih dari Sendai. Kami menuju ke Teradomari Fish Market dulu. Pasar ni dibuka sepanjang tahun dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Sampai je Niigata ngam2 waktu makan tengahari. Jadi memang sesuai sangat. Di Teradomari Fish Market ni ada banyak deretan gerai yang menjual hasil laut seperti ikan, segala macam siput, udang dan yang paling significant untuk pasar ni adalah snow crab. Dahlah murah, banyak pula pilihan. Rambang mata uols!. Memandangkan dah lapar, kami makan dulu di kedai makan yang terletak di tingkat atas. Ada beberapa pilihan kedai makan di situ. Pun rambang mata. Hidangan yang harus dicuba di sini adalah snow crab ramen tapi.... ada letak sumber haiwan tak halal dalam kuah ramen. Jadi gulp je la tengok gambar. Tapi tak kisah sebab ada hidangan set nasi dengan lauk ikan dan ketam. Itu pun dah sedap. Sangat segar. Memang berbaloi datang Teradomari Fish Market ni. Kalaulah dekat je dengan Sendai, setiap minggu kot saya singgah. Kebetulan masa kami makan di kedai tu tak berapa ramai orang jadi boleh makan dengan selesa. Kedai tu tatami style. Kena duduk bersila di atas tatami. 

Kerang2 yang rare. Menyesal tak beli sepahat tu dulu. Datang balik kedai tu dah takda

Makanan laut yang dipanggang. Oishii

Apa tah makanan ni

Salmon yang besar

Set nasi snow crab

Set nasi ikan goreng

Ikan beku

Woooow udang

Deretan ketam yang memanggil

Habis je makan kami melihat-lihat gerai2 yang terletak di bahagian bawah. Memang teruja nampak ketam dan makanan laut yang lain. Saya beli snow crab (5 ekor = 1000 yen), ikan salmon dan ikan bilis. Masa mula2 datang dah nampak sepahat tapi bila datang balik kedai tu dah takda huhu di situ juga ada gerai yang jual makanan laut bakar. Tu pun menarik mata dan anak tekak. Saya beli sotong bakar. Murah sangat dan yummy. Perut dah kenyang barulah ada tenaga nak jalan2. Berhadapan dengan Teradomari Fish Market ni ada pantai. Tak pasti pula nama pantai ni. Bersih dan nyaman je.

Pantai depan fish market

Kami teruskan perjalanan untuk melihat Festival Tulip yang terletak di Nagaikeikoi Forest Park, Tainai, Niigata. Perjalanan mengambil masa dalam sejam. Bayaran masuk ke ladang tulip ni adalah sebanyak 200 yen seorang. Bila tengok ribuan tulip, hanya wow.... dan wah... je la yang keluar dari mulut saya. Cantik sangat. Ada banyak bunga tulip pelbagai jenis dan warna ditanam di ladang ni. Selain tulip, ada juga bunga Nanohana (bunga canola) ditanam di sini. Festival tulip ni bermula dari 22 April-5 May 2017. Ada macam2 aktiviti kat sini. Yang paling menarik adalah perkahwinan berlatarbelakangkan ladang tulip ni. Osem weh! Tapi masa saya ke sini takda event tu.

Tulip


Tersesat satu tulip pink


Nanohana (canola flower)



Memandangkan hari belum gelap maka kami membuat keputusan untuk pulang ke Sendai melalui jalan pantai. Konon-kononnya boleh singgah pantai dan tengok matahari terbenam. Sepanjang laluan ke pantai kami nampak kincir angin besar yang memang dekat sangat dengan pantai. Cantik sangat pemandangan. Masa kami berjalan di persisiran pantai, kami nampak ada kereta tersangkut di pasir pantai. Kesian pula tengok. Tak pasti berapa lama dorang berusaha nak lepaskan kereta tu. Tapi tak tau la kenapa dia memandu di pasir pantai tu. Secara logiknya memang ada kebarangkalian yang tinggi tayar boleh terbenam huhu hero2 yang ada tolong tolak kereta dia tapi memang tak dapatlah den nak nolong. Akhirnya dia terpaksa telefon trak penunda untuk keluarkan kereta dia. Kami teruskan misi kejar matahari terbenam tepi pantai. Dah puas ambil gambar kami teruskan perjalanan balik ke Sendai. Alhamdulillah misi tercapai. Yatta!!! Ada rezeki boleh ke Niigata lagi.

Kincir angin. Nampak tak kesan tayar tu?

Kereta ni punya kesan tayar la tu. Pesal la bawak kereta kat pasir. Kan dah tersangkut

Matahari hampir terbenam

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...