Friday 29 July 2016

Pokemon Go!!!

Permainan Pokemon Go sudah melanda Jepun sejak Jumaat lepas. Fenomena dan sambutan yang sangat luar biasa dapat disaksikan di sini. Saya dan suami pun tak melepaskan peluang mencuba permainan ni hehe walaupun kami ni dah dewasa (tapi hati masih remaja hehe) dan sibuk di makmal tetap nak rasa jugak apa yang best sangat tentang Pokemon Go ni. Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma. Tak susah pun nak mengendalikan permainan ni janji bateri penuh dan ada internet. Boleh tahan juga makan bateri bila main game ni. Sekarang ni charge phone 2 kali sehari huhu
CikWeen berjaya menawan gym ni dengan pokemon yang paling kuat yang saya ada ketika itu. Battle yang pertama. Rasa best pulak hehe


Kali ni saya nak cerita tentang sisi positif main game ni pada kaca mata saya. Memandangkan Pokemon Go tengah hot maka jom kita tengok apa kebaikan game ni:

1. Adakah anda kenal mana2 kawan yang hardcore gamer (online/offline)? Biasanya dorang ni memang tak nak keluar rumah (kalau main kat umah) sebab dok syok layan game. Melekat je depan PC. Dorang ni memang takda masa untuk bersosial di luar. Macamana nak bagi dorang ni keluar rumah? Pokemon Go ni mempunyai fungsi yang memerlukan pemain keluar menangkap Pokemon di tempat2 tertentu. Kalau nak dapatkan Pokeball dan barang2 yang lain, kenalah ke Pokestop. Jadi hardcore gamers ni akan keluar dari sarang masing2 untuk tangkap Pokemon sambil kutip Pokeball. Kalau dah sampai level tinggi dan ada Pokemon yang kuat, dah boleh untuk battle kat gym. Kadang2 tu kalau tengok ada ramai orang dok lepak2 sambil pegang smartphone maka sahlah tempat tu ada banyak Pokemon. Sambil2 tangkap Pokemon tu boleh juga berborak dengan orang sekeliling dan bandingkan Pokemon masing2. Takdalah jadi kera sumbang lagi dan boleh tingkatkan skil berkomunikasi (atau skil mengorat haha untung2 boleh dapat boyfriend/girlfriend. Dah la sama kepala. Boleh tangkap Pokemon sama2 haha). Sebenarnya lagi syok kalau ajak kawan2/family cari Pokemon sama2. Dari situ boleh menguatkan ikatan silaturrahim (cewah!!) dan adalah jugak modal hot untuk berborak. Takdalah krik krik je bila berkumpul bersama.

Banyak lagi Pokemon yang belum saya tangkap

Senarai Pokemon yang saya ada mengikut kekuatan



2. Kebanyakan Pokestop diletakkan di tempat2 yang menarik (kedai makan, muzium, shopping mall, perpustakaan, taman). Jadi secara tidak langsung boleh meningkatkan hasil jualan (lapar kot jalan jauh) serta pemain boleh juga mengetahui kewujudan tempat itu. Saya tidak perlu ke mana2 untuk kutip Pokeball kerana ada satu Pokestop (kedai makan Korea) di sebelah rumah hehe syok weh dok kutip barang setiap malam sampai penuh beg.

Pokestop sebelah rumah. Balik lab je dok kutip barang2 (Pokestop, portion, telur). Kadang2 tu ada orang pasang lure untuk tarik perhatian Pokemon untuk singgah Pokestop ni. Apa lagi, seronok la menangkap sambil makan malam di rumah hehe owh yang ada pokemon besar tu adalah gym, tempat untuk battle.Kumpulan merah dah berjaya menawan gym itu. Kalau saya nak letak pokemon saya di gym tu sebab satu rumah sukan, saya kena training dulu kat situ dan kalau menang, pokemon saya boleh berada di gym tu dan dapat naikkan level gym. Jadi susah la team lawan nak kalahkan gitu la konsepnya.

Yang ni senarai barang yang saya dapat ketika memancing di Pokestop sebelah rumah sampai penuh beg haha


3. Selain itu, game ni ada aplikasi mengeramkan telur untuk hasilkan Pokemon. Kat Pokestop kita boleh kutip Pokeball, telur, berry dan beberapa barang lain. Telur perlu diletakkan di dalam inkubator dan perlu berjalan samada 2km, 5km atau 10km untuk menetaskan telur itu. Wahhh jenuh mak nak jalan tau. Tapi ini adalah senaman yang bagus. Sambil bakar lemak sambil tetaskan telur gitu haha Menariknya!!

Telur yang dieram dalam inkubator. Ada 2 jenis inkubator: sekali guna dan unlimited. Jenis telur pulak ada 3: 2, 5 dan 10 km. Kena jalan sejauh jarak telur yang dieram untuk dapat pokemon. Selalunya lagi jauh jarak lagi menarik pokemon yang kita dapat.

Kesimpulannya, main apa2 game sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya. Pandai-pandailah kita yang kawal. Bagi saya, setiap orang ada cara masing2 untuk melepaskan tekanan. Ada yang bersukan, tengok cerita Korea, melancong dan macam2 lagi. Jadi tak perlulah nak kecam gamers disebabkan hobi dia lain dari kita. Bukannya dia kacau dan menyusahkan orang lain kan. Ok nak sambung tangkap Pokemon ni. Jya ne!!!

Thursday 21 July 2016

Solat di mana-mana asalkan bersih

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bila di Malaysia, selalunya saya akan singgah solat di masjid, surau samada di luar atau di shopping mall bila mana saya keluar. Di Jepun ni agak sukar nak jumpa surau atau masjid. Kalau ada pun, agak jauh. Contohnya di Sendai ni, ada satu masjid. Bangunannya takdalah bentuk macam masjid di negara kita. Bangunan biasa saja dan tidaklah besar mana. Rasanya dalam satu2 masa boleh memuatkan dalam 150-200 orang macam tu. Setakat ni selain masjid Sendai, saya pernah menjejakkan kaki ke masjid Kobe dan masjid Nagano. Moga2 diberikan kesempatan untuk ke masjid2 lain di Jepun ni. Terdapat satu kedai makan di Sendai ni yang menyediakan surau kecik (muat 2 orang sekali masuk) walaupun ownernya Nihonjin. Nama kedai tu Naritaya yang menghidangkan makanan mesra Muslim. Tiada alkohol dan bahan terlarang yang digunakan di kedai ni.

Kedai makan Naritaya yang menyediakan makanan mesra Muslim dan ada surau kecil

Kalau di school, saya biasanya akan solat di tangga tingkat atas sekali. Kadang2 tu pekerja bangunan akan lalu lalang untuk masuk ke bilik kawalan (macam untuk aircond agaknya). Ada satu masa tu, seorang pekerja nampak saya tengah bersolat dan dia akan tunggu sampai saya habis solat untuk dia lalu. Jika saya di luar pula, biasanya akan solat di tempat parking, tangga mana2 yang takda orang lalu lalang sangat dan ada juga bersolat di tempat persalinan pakaian haha bentang sejadah dan solat. Pernah sekali saya dan suami solat di tempat parking di mall, kami perasan ada Nihonjin yang rakam video kami tengah solat. Pertama kali kot tengok Muslim bersolat. Kebiasaannya saya akan bawa sejadah ke mana2 kalau saya keluar. Nak cari kiblat pun senang je guna apps kat phone. Tak susah pun sebenarnya. Tiada surau/masjid bukan penghalang untuk solat.



Di bilik persalinan GAP. besar dan selesa nak solat. Buat2 nak cuba baju dan solat terus

Tu cerita pasal tempat nak solat. Tang nak ambil wuduk pun menarik juga. Kat sini saya ambil wuduk di sinki toilet. Kan toilet dorang kering. Jadi kena ambil wuduk berhati2 supaya air tidak terpercik ke lantai. Masa musim panas takda masalah untuk ambil wuduk. Bila masuk musim luruh dan lebih parah bila datang musim sejuk mak aiiiii....memang sakit sampai ke tulang kalau sinki tu takda air panas haha macam mandi ais gitu sakitnya. bila musim bunga dan musim panas, waktu subuh di sini jadi awal (dalam pukul 2-3 pagi haha). Memang tak boleh berjaga lepas tu untuk tunggu waktu ke lab. Maunya terlentok2 kat lab.

Incik suami yang solat di laluan tangga mall. Tangga ni jarang orang lalu. Kami bergilir2 solat. 

Pengalaman yang saya lalui ini memang sangat berharga. Dok terbayang, sedangkan tengah berperang pun masih boleh bersolat apatah lagi keadaan saya yang tak berapa emergency ni. Syukur Alhamdulillah...

Wednesday 13 July 2016

Hari Raya Aidilfitri 2016 di Sendai Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Diam tak diam dah 2 kali kami beraya di Sendai ni. Puasa kali ni tak terasa sangat walaupun kami berpuasa lebih kurang 17 jam dan di musim panas (panas di sini lg tak tahan dari Malaysia tau). Sewaktu nak menetapkan tarikh Hari Raya tahun ni ada beberapa fahaman. Di Tokyo tetapkan 5 Julai 2016 (Selasa) tapi di Sendai ikut tarikh di Malaysia (6 Julai 2016). Tapi kami pasrah je raya hari apa pun. 

Tahun lepas saya tak dapat ambil cuti dengan sensei sebab saya terlibat dalam perbentangan paper. Tahun ni Alhamdulillah takda apa2 halangan. Kerja pun dah siapkan sebelum cuti. Cuti pun sehari je. Esoknya kena masuk lab huhu takdanya cuti dalam cuti belajar.

Memandangkan saya ambil cuti di hari raya pertama tahun ni, punyalah gigih merendang di malam raya utk suami. Thn lps memang tak sempat nak masak apa2. Balik rumah terus tido haha kali ni saya masak homemade nasi impit, kuah kacang, rendang ayam minang, nasi kukus ayam goreng berempah (tak kukus pun nasi tu. malas haha), kek coklat, cheese tart dan beberapa biskut raya. Macam meriah kan haha saya siapkan sedikit demi sedikit di hujung minggu Ramadhan. Bolehlah nak hilangkan kerinduan kat kampung halaman.

Ni je yang termampu nak masak. Rasanya kalau meja besar lagi byk kot yang dimasak haha


Kami juga ada menjemput pelajar2 Malaysia yang lain ke rumah kami untuk makan2 Syawal. Kesian juga ada adik2 undergrad yang terpaksa ke kelas. Alhamdulillah makanan mencukupi dan tak membazir. Sempat snap beberapa gambar je semalam sebab tuan rumah sibuk layan tetamu. Terima kasih kepada yang sudi datang bertandang ke teratak comel kami tatkala hujan rahmat dari pagi sampai petang dan minta maaf kalau ada yang terkurang. Ada rezeki lain kali boleh menjamu lagi    in shaa Allah.

Jiran kecik ni datang paling lambat. Mak dan pak dia kena masuk lab di hari raya sob sob sob

Pinggan awak ke ni?eh?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya nak kongsikan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang di Sendai, Jepun ni saya nak tekankan bahawa bukanlah negara kita tak bagus, negara orang bagus sangat. Mana yang baik kita ambil dan boleh diterapkan. Tak salah pun. Ni baru nak cerita, ada pula yg kata ‘tu nak cerita pasal Jepun lagi la tu’ (hrmmm dah tu saya duduk kat sini ceritalah tentang negara ni). Kenalah berlapang dada, berfikiran positif dan bersangka baik selalu hokeh!!

Kali ni nak cerita pasal kemaskan meja dan pinggan lps makan di kedai makan/kantin universiti. Kebanyakkan tempat makan di sini mengamalkan sistem kemas sendiri meja makan setelah selesai makan. Kadang2 tu ada disediakan kain basah untuk kita lap sendiri meja kot2 ada tertumpah. Selesai makan, kena angkat sendiri pinggan yang digunakan. Kalau ada sisa2 makanan, kena buang dulu baru letak pinggan tu di bekas yang disediakan. Jadi secara tak langsung kurang tenaga kerja yang diperlukan untuk memastikan meja bersih.

Kain untuk lap meja kalau ada sisa makanan

Lagi satu hasil pemerhatian saya, kalau masa tu orang sangat ramai (lunch hour) dan meja tak cukup, yang dah habis makan memang akan bagi laluan untuk yang baru datang. Takdalah macam perangai yang dah habis makan ni berborak mcm 10 tahun tak jumpa kawan tu. Bagi saya sistem ni sangat bagus untuk diamalkan sebab mengajar kita erti tanggungjawab, prihatin dan menanam nilai sukakan kebersihan. Lagi pula lepas makan kenalah exercise sikit kan hehe barulah pencernaan berjalan lancar dan perut tak muncet gitu..


p/s: saya pernah tengok sistem ni dikuatkuasakan di kafe UiTM Puncak Alam Selangor. Bagusnya!!!harap2 diperluaskan lagi di tempat lain pula. Pinggan kita tanggungjawab kita. 

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...