Thursday 28 December 2017

Jom party!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna!!

Saya datang ke Jepun pada Oktober 2014 dan masa tu masih blur tentang budaya Jepun. Kebiasaannya, mereka akan meraikan pelajar baru dengan mengadakan nomikai (party/majlis beramah mesra gitu la kot) samada di makmal atau kedai di luar. Sensei saya tersanggggaaaattttlah suka minum (sake/arak) jadi memang selalu juga la ada nomikai. Banyak sebenarnya jenis nomikai seperti bonenkai (party hujung tahun untuk  meraikan susah payah/usaha/kerja sepanjang tahun), soubetsukai (party meraikan senpai/senior yang nak graduate/perpisahan) dan imonikai (party ni ada di Sendai je, makan sup kentang daging dan tambah macam-macam lagi sempena musim luruh). Mula-mula dulu masa jadi kohai (junior), hampir semua nomikai saya join. Maklumlah..takut-takut lagi haha nak kena mesra dengan semua orang dalam lab ni. Sekarang dah diva jadi banyak je nomikai yang saya tak sertai =) Nihonjin ni kalau masa bekerja dorang memang tak bercerita mengenai hal peribadi atau yang tak berkaitan dengan kerja (kecuali memang BFF dengan dia). Sebab tu kena join nomikai untuk lebih jadi geng. Lebih kurang gitu la konsepnya.

Memandangkan tiada makanan halal di kedai-kedai yang dorang pilih untuk nomikai, maka labmates saya akan tanya apa yang saya boleh makan. Yelah...bayar mahal-mahal untuk makan salad dan minum teh/jus je, memang tak berbaloi la (lepas party harus makan megi kat rumah, lapar lagi) Oh ye..nak join nomikai kena bayar sendiri tau. Tiada istilah belanja pun kat sini huhu labmates saya akan bagitau chef untuk masak masakan mesra Muslim untuk saya. 

Semasa nomikai pula, kita bukan sahaja berborak dengan orang yang duduk sama meja dengan kita je. Kena borak dengan semua orang. Setiap 30 minit, kena pindah ke meja lain untuk berborak. Nak makan pun tak tenang sebenarnya haha lagi menakutkan, kena borak dengan sensei. Biasanya kena tunggu giliran untuk borak dengan dia. Selalu tengok scene macam ni dalam drama/filem Jepun/Korea, rupanya memang wujud budaya ni. Ni nak hujung tahun kena join bonenkai (kena bayar 5000 yen hokeh, mahal nau). Nanti bulan 2-3 ada soubetsukai pula. Fuhhhh kopak juga nak bayar untuk nomikai ni. Meh la layan gambar-gambar nomikai yang sempat saya snap. Jya mata ne!

Sushi

Ikan masak kicap

Uiiiiiiish sashimi memang tak lalu makan

Deco restoran 

Sebelum party mula. Nak ambik gambar sensei di meja belakang ai tak berani huhu 

Menu air




Sunday 10 December 2017

Pasar pagi Sendai

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Meniti musim sejuk yang hamat ni membuatkan perut selalu berkeroncong minta makanan padahal baru makan 30 minit yang lepas huahuahuhua kalau tak diisi, memang kuat weh bunyi perut. Sejak datang Jepun, sangat kerap perut bunyi kuat. Malu dengan masyarakat. Kalau ikutkan sangat perut ni, memang berat naik mendadak. Serba salah pula kita. Kali ini nak kongsi sikit berkaitan makanan. Tempat yang selalu saya tuju pada hari Sabtu iaitu pasar pagi Sendai atau nama Jepunnya Asaichi  (pagi) market atau nama manjanya Sendai no daidokoro (Dapur Sendai).

Senang je nak ke pasar ni. Boleh ke sini dengan menaiki bas (230 yen dari rumah saya) atau subway. Kalau naik kereta, parking agak dekat dan harga berpatutan. Apa yang menariknya pasar pagi ni?

1. Kalau kita bayangkan pasar pagi, mesti sinonim dengan bau hanyir ikan dan makanan laut yang lain kan? Dengan laluan jalan kaki yang basah dan licin kan? Pasar pagi Sendai ni langsung tiada bau hanyir sebab ikan-ikan yang dijual di sini tidak disiang/dibersihkan di sini. Kalau kita nak beli ikan seekor-seekor (yang belum dipotong), sianglah sendiri kat rumah. Tiada perkhidmatan siang ikan di sini. Lagi pula, kebanyakan ikan dan makanan laut yang dijual sudah siap-siap dipek. Jimat masa peniaga dan pembeli. Pilih,bungkus dan bayar. Lagi satu yang best, peniaga akan bekalkan dengan ais (dalam plastik kecil) secara percuma untuk diletakkan bersama ikan/makanan laut yang kita beli untuk memelihara kesegarannya.




2. Harga memang murah jika dibandingkan dengan supa (supermarket) dan banyak pilihan serta segar. Rambang mata uols!!! Dari makanan laut, sayur dan buah. Kadang-kadang tu saya suka ke pasar bila hampir waktu tutup sebab peniaga akan turunkan lagi harga.

3. Sebelah pasar ni ada kedai yang jual barang import (Satoh Shokai) dan jual ayam halal. Jadi alang-alang sampai, boleh menyinggah beli ayam. Ohh... ada juga kedai barang-barang anime berdekatan. Bonus untuk suamiku =)

Laluan masuk pasar

Pelbagai variasi sayur

Jeruk 

Lantai pasar yang kering

Jumpa lagi di entry yang lain. Jya mata ne!

Thursday 23 November 2017

Beli makanan tanpa was was

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

'Makcik, dalam menu ni ada alkohol, mirin atau sumber dari haiwan tak'

Ayat di atas selalu saya dan kawan saya tanya bila mana nak pilih menu makanan. Eh bukan dalam Bahasa Melayu tau, mestilah Nihongo lah weh...takdalah pera pera (fasih) mana. Hafal skrip je hehe

Kalau tak larat nak masak bento, terpaksalah makan di shokudo (kantin) sekolah. Menu sama je setiap hari dan tak banyak pilihan. Selalu tanya makcik kantin mengenai kandungan makanan. Dengan kebanjiran warga asing terutamanya Muslim di Tohoku University ni mungkin telah membuka mata dan inisiatif telah dijalankan untuk penyediaan makanan halal. Jadi baru-baru ni saya perasan setiap menu disertakan kandungan makanan dalam bentuk lambang dan bahasa Inggeris. Wow!!! Usaha yang bagus. Tak payah lagi nak tanya makcik kantin hehe kadang-kadang tu dia tak pasti apa yang terkandung dalam menu tu dan terpaksa tanya pekerja lain. Kini saya boleh memilih menu tanpa was was walaupun tak banyak pilihan. Ok la tu dari tiada langsung =)

Kakiage udon

Ikan bilis, nasi dan sup miso


Yang ni tak boleh makan sebab ada sumber dari ayam






Keindahan musim bunga dan musim luruh

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna!!

Kalau ditanya musim apa yang saya suka, secara peribadi saya suka musim bunga dan musim luruh. Musim panas di sini....hrmmm lagi panas terik berbanding dengan Malaysia. Walaupun takdalah lama sangat panas yang betul2 terik (dalam 2 minggu macam tu) tapi memang dah duduk bawak penyaman udara je sepanjang masa. Kalau musim sejuk pula, salji yang turun masa hari pertama je mengujakan. Hari seterusnya rasa macam nak usung heater ke mana2 haha lagi pula agak bahaya kalau salji semakin mengeras. Licin sangat. Kena pakai kasut yang kalis air dan tapak cengkam kuat. Banyak kali juga saya hampir nak terjatuh. 

Musim bunga bermula pada bulan April sampailah bulan Mei. Manakala musim luruh pada bulan 10 hinga bulan 11. Di Jepun, bunga sakura sangat sinonim dengan musim bunga. Sakura akan mankai (berkembang penuh) dari selatan ke utara Jepun. Tempoh sakura mankai sangat cepat. Seminggu je lepas tu gugur. Kalau hujan lagilah cepat sakura gugur. Antara aktiviti popular di Jepun pada musim sakura adalah berpiknik dengan keluarga/kawan2 di bawah pohon sakura. Sambil makan/minum/borak boleh menghayati keindahan bunga sakura. Dulu kan, saya ingatkan bunga kebangsaan Jepun adalah sakura tapi sebenarnya adalah crysanthemum. Setakat ini tak dapat lagi nak ambil gambar di deretan bunga sakura yang mankai tapi takda orang lalu lalang. Macam mustahil je kot.
Sakura warna pink

Yang ni pulak warna putih



Musim luruh pula musim jalan2 bagi saya. Cantik sangat tengok transisi perubahan warna daun dari hijau ke kuning/merah. Cuaca pun nyaman je. Daun yang saya suka adalah daun maple (momiji) dan ginkgo. Owh satu lagi, saya suka tengok pokok kochia. Nampak gebu je. Sejuk mata memandang melihat campuran warna-warna musim luruh ni. Kalau ada kesempatan untuk melancong ke Jepun pada musim bunga dan musim luruh, kena pastikan betul-betul bila sakura dan momiji akan mula cantik. Jya, setakat ni je perkongsian saya. Jumpa lagi di entry yang lain. 

Pokok momiji dekat sekolah suami

Pokok momiji dalam kawasan kubur 

Pokok ginkgo





Sunday 5 November 2017

Jambatan gantung Yamabiko, Shichikasyuku machi, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Sambungan lagi rentetan dari jalan-jalan air terjun Akiu hari tu. Tempat-tempat yang Geng Sendai singgah tempoh hari berdekatan je antara satu sama lain. Kali ni nak kongsi satu tempat tarikan yang osem di Miyagi iaitu jambatan gantung Yamabiko. Dari Tasik Choro (entry lepas) ke jambatan gantung ini memang agak mencabar. Kena meredah hutan dalam 30 minit, siap jumpa ular lagi. Kami guna laluan yang sama pergi dan balik. Masa pergi syok la sebab turun tangga. Nak balik agak azab juga mendaki tangga huhu jambatan gantung ni sebenarnya takdalah menakutkan mana pun. Korang nak berlari-lari anak atas tu pun boleh sangat. Super kukuh dan goyang sikit-sikit je kalau ada angin kuat dan kalau ada orang dok melompat atas jambatan tu. Jambatan sepanjang 120 meter ini berlatarbelakangkan Gunung Fubo dan di bawah jambatan ini ada empangan yang sangat cantik. Batu disusun bertingkat-tingkat di empangan menambahkan keunikannya. Pokok-pokok keliling kelihatan sudah bertukar warna sedikit. Boleh jadi tempat pilihan untuk melepaskan tekanan. Ku lihat hijau ~ ~ eh ada la kuning dengan merah sikit =) Moh la kita layan gambar kat bawah ni. Jumpa lagi di entry yang lain. Jya, mata ne!!!


Muka ceria masa otw pergi. Otw balik penat tak terkata apa 

Pemandangan dari jauh

Yamabiko 'nan toka nan toka'. Tak reti baca kanji


Empangan yang cun


Kukuh macam ni memang tak gayat


Geng jalan Sendai








Wednesday 1 November 2017

Tasik Choro, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Entry kali ini adalah sambungan dari jalan2 ke air terjun Akiu. Kami menghala ke Tasik Choro yang terletak di Shichikashuku machi, Miyagi. Besar juga tasik ni. Boleh naik sampan yang dikayuh sendiri untuk merentas keliling tasik. Tasik ini menghadap Gunung Fubo yang berkedudukan di selatan Gunung Zao. Tasik Choro yang panjangnya 2km dan kedalaman 500m ini merupakan sempadan antara wilayah Miyagi dan Yamagata. Ketika kami ke sini cuaca agak mendung dan matahari sembunyi di sebalik awan. Ada taman berdekatan dan lembah Yokokawa untuk diteroka. 


Taman sebelah tasik

Tasik Choro dan Gunung Fubo




Adalah sikit2 dah bertukar warna

Nampak tu ada orang naik macam board

Ok nantikan sambungan pengembaraan kami di Miyagi di entry seterusnya =) jya mata!

Ouchijuku, Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera  minna,

Musim luruh dah sekarang ni uols!!!Musim daun2 bertukar warna, saujana mata memandang gitu. Juga musim jalan2. Cuaca tak berapa panas dan sejuk yang nyaman. Kali ini nak kongsi pengalaman berjalan2 ke tempat yang bersejarah iaitu Ouchijuku yang terletak di daerah Fukushima. Ouchijuku ni merupakan pekan yang menyambungkan antara Aizu dan Nikko pada era Edo (1640). Pedagang2 zaman itu berjalan kaki menggunakan laluan Aizu-Nishi Kaido dan mereka berhenti singgah di Ouchijuku untuk berehat dan makan. Ouchijuku juga merupakan pusat perdagangan yang sibuk pada ketika itu. Kini, kerajaan Jepun masih memulihara Ouchijuku agar masih kelihatan seperti pada era Edo. Yang menarik mengenai tempat ini adalah bumbung bangunan yang diperbuat daripada jerami kering. Bangunan2 unik ini menempatkan pelbagai kedai makan, kedai arak dan kedai menjual omiyage (cenderahati). Di sini juga ada sebuah hotel untuk orang kenamaan era Edo dan dibangunkan sebagai muzium. Nak masuk ke dalam kena bayar, jadi saya usha2 di bahagian luar bangunan sahaja. Di sini juga ada beberapa kuil dan kalau nak mendapatkan pemandangan yang lebih menarik, bolehlah naik ke atas bukit di hujung jalan. Walaupun tangganya agak curam tapi percayalah....memang berbaloi kerana pemandangan dari atas bukit sangat cantik. Sambil lap peluh boleh berswafoto.
Ni la yang dulunya hotel yang kini dijadikan muzium

Cili yang tak pasti tahap kepedasannya

Macam pokok buah letup-letup. Masa musim panas banyak jual benda alah ni

Kraftangan sayur. Kawaii


Pemandangan dari ata bukit

Jalan turun

Tangga menuju kejayaan serta pecahkan lemak degil



Lagi satu fakta menarik mengenai Ouchijuku. Air longkang di sini sangat bersih dan sejuk. Jadi peniaga meletakkan air minuman untuk dijual dalam longkang ni bagi tujuan penyejukan. Jimat elektrik dia. Tak payah masuk dalam peti ais. Saya mencuba ikan bakar dan sofuto (soft ice cream) di sini. Memang yummy!!!. Kalau singgah ke daerah Fukushima, jangan lupa ke Ouchijuku. Tempat letak kereta pun sangat banyak dan murah (500 yen). Nantikan perkongsian saya di lain entry. Jya mata!!!

Air yang disejukkan dalam LONGKANG tau

Longkang yang bersih

Belalang goreng. Pandang je la

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...