Tuesday 12 January 2021

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, perjalanan try to conceive (TTC) ni amat panjang. Bermula dari tahun 2011, jumpa Dr pakar dan berjaya hamil walaupun untuk 10 minggu. Takda rezeki masa tu. Ada turun dan naik. Lama juga rehat sebelum jumpa Dr pakar balik. Tempoh bertenang tu pun bukan duduk saja. Dengar je orang ni berjaya mengandung lepas berurut kita pun cuba juga la berurut. Ada yang kata guna krim ni elok untuk mengandung pun cuba juga. Buat macam2 dan banyak masa, tenaga, duit habis untuk memenuhi impian ada anak sendiri. Lepas tu teruskan dengan Dr pakar dan hospital lain (Dr Nazri) setelah office mate kenalkan dengan Dr ni.

Ramai rupanya pesakit Dr Nazri. Waktu menunggu biasanya lama juga. Pada tahun 2014, saya lakukan prosedur laparoscopy (buang cyst) dan seterusnya IUI tapi takda rezeki lagi masa tu. Tak berjaya dan saya frust sangat. Saya ingat lagi masa saya menunggu untuk jumpa Dr, ada sorang makcik ni dia tengah dukung cucu dia yang baru lahir. Dia kata anak dia dah kawen 10 tahun dan alhamdulillah dengan kuasa Allah ada rezeki dapat anak setelah berubat dengan Dr Nazri. Bersemangat balik weh masa tu. 

Lepas dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun dah tak dapat nak teruskan TTC. Pernah la jugak berangan nak pregnant dan beranak kat Jepun. Gigihkan diri p check kat klinik dengan bahasa Jepun yang terbatas. Dr boleh la cakap English tapi tak banyak verbs. Dia scan dan cakap ada cyst. Nasihat dia cuba je secara natural dan kalau tak mengandung juga datang jumpa dia balik untuk IVF. Tapi...bila tengok harga IVF kat Jepun, boleh berangan je la. Mahal yang amat. Bila fikir balik, memang kami tak mampu pun dari segi kewangan dan masa ketika itu. IVF ni perlukan komitmen masa yang tinggi untuk pihak saya dan suami. Kejap2 nak keluar lab, rasanya memang sensei akan mengamuk la. 

Beberapa bulan sebelum nak back for good, saya dah siap2 contact Dr yang terkenal untuk proses IVF. Saya cuma jumpa dia sekali je sebab dia sangat sibuk. Bila fikir balik, tak jadi la teruskan dengan Dr tu. Saya jumpa balik Dr Nazri dan rupanya dia masih ingat saya dan suami. Cuma dia kata dulu kecik sekarang dah bolat haha dan bila Dr scan rupanya saya ada cyst dan fibroid. Terus saya buat keputusan untuk buat laparoscopy pada Mac 2020. Eh.....panjang dah taip tapi belum cerita pasal IVF-FET. Next entry boleh? Jya bye bye =)

~Perjalanan IVF~ Episod 2~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!

Jya, saya nak sambung pulak perjalanan IVF sebelum lupa proses-prosesnya. Masa hari ke 14, tibalah masa untuk prosedur ovum pick up (OPU) di Hospital Avisena, Shah Alam. Sebelum tu saya dah tanya Dr, adakah saya akan dibius masa prosedur dijalankan hehe penting tau soalan tu untuk orang yang tak tahan sakit. Mujur boleh full bius yay!!!

Malam sebelumnya saya perlu berpuasa. Pagi2 lepas Subuh dah gerak ke hospital. Berdebar-debar jugak beb. Suami saya rileks je tapi rupanya dia kena ambil sample sperma dia sendiri =) SENDIRI ok!!! Ovum yang diambil akan terus disenyawakan pada hari tu. Gelabah la lakiku bila tau kena ambil sample sendiri haha 

Lepas saya sedar, saya dihantar ke wad untuk berehat. Nurse terangkan Dr ambil 6 ovum yang ada. Tak rasa sakit pun OPU ni. Bleeding pun takda. Memandangkan saya dibius penuh jadi saya perlu rehat beberapa jam sebelum dibenarkan balik. Saya dibekalkan dengan antibiotik untuk 4 hari. Kos OPU RM6000 dan kos sejuk beku embrio RM1200. Saya boleh simpan embrio selama 3 tahun.

Beberapa hari selepas tu, nurse di Hospital Avisena telefon saya untuk bagitahu ovum yang matang ada 5 dan 4 yang berjaya disenyawakan pada hari 3. Ada 3 embrio gred 1 dan 1 embrio gred 2. Alhamdulillah...syukur. Saya sangatttttt gembira bila dengar berita ni. Lagi gembira bila Dr tunjuk gambar embrio. 

Dr plan nak transfer embrio masa bulan Januari 2021. Jadinya sebelum tu saya kena makan Diane 35 (ubat perancang) masa hari ke 2 haid bulan 11 dan datang kembali pada hari ke 2 haid bulan Disember 2020. Jya, nak dijadikan cerita masa haid hari ke 2 bulan Disember kebetulan masa tu esoknya cuti Krismas (25hb). Bergegas weouls jumpa Dr sebelum Dr panjang. Alhamdulillah takda cyst cuma CA125 level tinggi (22). Kali terakhir check 13. Walaupun begitu, ok je 22 tu sebab tak lebih dari 35. Mungkin sebab tak jaga sangat pemakanan. Tu yang naik huhu

Mulai 28 Disember 2020 kena makan Progynova 2mg (2biji/3x sehari) untuk tebalkan rahim. Boleh membantu embrio untuk menempal dengan elok. Harga Progynova RM28 untuk 21 biji. Lepas makan ubat ni ada rasa pening2 sikit. Seterusnya kena makan Dupaston 10mg (1 biji/2x sehari) mulai 6 Januari 2021. Harga RM57, 20 biji. Masa 8 Januari 2021, Dr nak scan samada rahim dah cukup tebal untuk proses IVF. Alhamdulillah dah mencapai ketebalan yang mencukupi. Memandangkan saya akan buat prosedur IVF sebagai outpatient di Hospital Avisena, maka saya perlu menjalani ujian COVID19. What??!!! Dorang buat peraturan baru la pulak. Masa OPU tak payah pun COVID19 test. Alamak!!!! Dah terbayang kesakitan. Tapi kan...tak sempat nak menghayati pun kesakitan tu sebab sekejap sangat. Tau2 je air mata dah mengalir, hidung sengal2 sikit. Lepas buat COVID19 test tu (secara pandu lalu), saya dan suami gelak2 bukan main kuat dan blah macam tu je. Dah malam baru terfikir, ehhh aku tak bayar lagi untuk test tu (RM300) haha esoknya nurse call suruh buat bayaran masa nak buat IVF nanti dan alhamdulillah negatif untuk COVID19.

Dannnnn tibalah hari yang bersejarah dalam hidup saya. Saya akan buat perkara yang amat penting dalam hidup saya iaitu prosedur IVF-FET (in-vitro fertilization-frozen embrio transfer). Agak cuak sebab tak diberi bius sepanjang prosedur dijalankan dan suami tak teman dalam wad. Takkan la dia nak kena buat COVID test semata-mata nak teman saya. Baik dia belanja saya makan sedap2. Nak tau macam mana pengalaman IVF saya? Kenalah tunggu untuk entry seterusnya. Jya mata ne minna!!!

Sebelum OPU

Antibiotik



Ubat yang perlu diambil sebelum IVF


 







~Perjalanan IVF~Episod 1~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!!

Lama tak update blog ni. Terlalu sibuk (read:MALAS) sejak mula kerja dari rumah. Dah tak ingat hari, tarikh, cuti hujung minggu malahan siang dan malam macam sama je. Laptop depan mata dan memang tak boleh lari buat kerja. Kali ni saya nak sambung dengan cerita lepas laparoscopy yang saya jalani masa Mac 2020 seminggu lepas anniversary perkahwinan ke 11. 

Dr bagi suntikan Lucrin masa lepas pembedahan laparoscopy untuk tujuan menghentikan haid saya selama 3 bulan. Kenapa kena hentikan haid? Sebabnya tak nak cyst dan fibroid berulang lagi dalam masa yang terdekat. Ye la, kan baru buat laparoscopy. Dan untuk menyediakan rahim saya dalam keadaan tip top untuk langkah seterusnya. Tahun 2020 saya boleh berpuasa penuh beb. Gembira rasa. Lama dah kot tak dapat puasa penuh dalam bulan Ramadhan. Haid saya datang balik masa 4 Oktober 2020. Tapi serius la pre period symptoms tu sangatlahhhhh lain dan sakit. Masa tu saya berkunjung ke rumah rakan setelah lama tak jumpa. Tak sampai 30min, kepala saya pening yang amat tak boleh blah sampaikan masa borak tu saya rasa macam bila-bila boleh pengsan. Terus balik dan esok paginya period. Sakit perut menyucuk2 dan saya masih rasa macam tu untuk period bulan seterusnya.

Dalam masa 3 bulan yang haid saya takda tu saya masih perlu menjalani pemeriksaan rapi. Dr nak pantau tahap CA125 (biomarker untuk cyst). Sepatutnya nilai CA125 yang bagus untuk teruskan prosedur IVF adalah di bawah 10. Tapi masa pertama kali saya buat test CA125, nilainya 45. Memang tinggi juga. Dr pesan jaga makan dan jangan ambil makanan seperti soya dan daging. Setelah makan ubat dan jaga diet barulah nilai CA125 mencecah 13.5. Fuhhh lega. Selain CA125, saya juga buat ujian AMH untuk menganggar jumlah ovum yang masih ada. Nilai AMH saya agak rendah sob sob sob...sedih tengok result.

Dr pernah pesan, datang je haid terus mesej dia. Hari kedua datang jumpa Dr dan dia scan rahim. Lepas itu Dr timbang2 dari segi keadaan kesihatan saya dan kami bersetuju untuk buat prosedur ovum pick up (OPU) bulan ini (Oktober 2020). Maka bermulalah episod cucuk mencucuk. Mulai hari ke 2 saya kena ambil injection Puregon setiap hari. Inject kat beberapa cm selari dengan pusat. Injection guna pen macam insulin injection dan jarum kecik je. Tak la sakit sangat tapi dah namanya injection mestilah rasa berdebar2. Hari ke 6 pun scan lagi dan hari ke 9. Hari ke 9 ni ada tambahan ubat. Maknanya saya kena ambil injection Puregon dan Orgalutran pada masa yang sama. Hari ke 12 scan sekali lagi. Hari ni banyak ubat yang kena inject. Orgalutran dan Humog. Masa ni Dr scan dalam ovari saya ada 6 biji telur yang sudah matang. Alhamdulillah...happy tengok telur2 yang banyak tu. Lepas tu saya kena ke Hospital Avisena untuk ambil ujian HIV, Hepatitis B dan marker untuk infectious disease (tak ingat apa marker nya). Suami saya pun kena juga buat ujian ni. Jumlah kos rm204. Malamnya saya perlu datang ke KPJ untuk injection HUCOG pulak. Suami saya tak boleh inject sebab injection di bawah kulit. Sakit wehhh. Prosedur OPU dilakukan di Hospital Avisena sebab di sana ada teknologi untuk sejukkan embrio. Hari ke 13 tak payah ambil apa2 ubat. Rileks2 je kat rumah. Esoknya (hari ke 14) barulah ke Hospital Avisena untuk prosedur OPU. Saya akan kongsikan pada entry yang akan datang. Jya mata ne!!!

Bonus tambahan kepakaran Dr Nazri

Drug ni la yang kena inject bawah kulit


Kecik je jarumnya


~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...