Tuesday 24 January 2017

~Jatuh dan bangun~

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Beberapa minggu lepas Sendai sejuk sangat. Salji turun dengan lebatnya. Tambah pula dengan angin. Wahhhhhh...keras kejung weh. Apa kaitan tajuk entry kali ni pula dengan salji ek? 

Ni nak cerita, beberapa minggu lepas saya terjatuh masa menaiki tangga. Aishhh naik tangga pun boleh jatuh ke? huhu..gitulah. Naik tangga sambil berlari2 macam kanak2 riang ria gembira, tangan pula masuk dalam poket jaket (sebab sejuk). Bila kaki tersadung, tak sempat nak keluarkan tangan untuk hadapi impak maksima. Lalu dagu dan kepala mendarat jatuh menyembah tangga tu. Mujur ada orang di belakang saya yang bagitau dagu saya berdarah sampai kena tudung. Saya tengah bingung2, duduk kejap nak hadam kenyataan bahawa 'aku jatuh tangga'. Bila pegang dagu dan tengok ada banyak darah terus arrggggghhhhh...cedera teruk. Terus menuju ke tandas untuk basuh luka. Memandangkan sekarang musim sejuk, air paip pun jadi sangat sejuk. Bila kena di tempat luka tu tak terasa sakit mana, rasa kebas2 je. Darah pula tak berhenti keluar jadi jumpa sensei minta kebenaran nak balik awal.

Tangga ni la yang menyagat daguku. Ada besi kt tangga tu rupanya

Bila En Laling balik dari lab terus tunjuk dagu sambil buat muka kesian. Dia suruh ke klinik untuk sekurang-kurangnya cuci luka. Mula2 rasa berat sebab dah letak antiseptik dan rasa memang kena jahit ni kalau ke klinik (takut kena jahit sebenarnya haha) Kami ajak kawan yang pandai cakap Nihongo untuk jumpa doktor. Maklumlah bukan semua doktor kat sini yang eigo pera pera (fasih English). 

Pencarian klinik di Jepun ni agak sukar sebab kebanyakkannya hanya buka masa waktu bekerja sahaja. Setakat luka macam ni takkan la nak ke hospital. Klinik pertama berdekatan dengan rumah tak nak merawat saya kerana mungkin dah nak tutup. Nurse di situ mencadangkan kami ke klinik lain dalam 20 minit dari situ. Ok ikutkan saja. Susah juga nak cari klinik tu. Hampir berputus asa dan nak balik rumah je. Akhirnya jumpa la juga. Klinik ni macam untuk pesakit luar. Buka sampai 11 malam. 

Kebetulan doktor yang bertugas eigo pera pera sebab pernah bertugas di Kanada selama setahun. Gembira dia dapat cakap eigo haha siap tanya lagi kenapa eigo saya bagus (pffffttt padahal biasa je pun). Saya cakaplah 'English is my second language'. Wahh gitu hehe doktor kata dagu saya perlu dijahit. Whatttt???? Banyak kali saya tanya perlu ke jahit, sakit ke, guna benang ke stapler je, bius ke haha penat dia nak jawab. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk dijahit. Sebelum kena jahit doktor bius dulu. Sakit woo huhu dapatlah 3 jahitan. Mahal juga bil yang perlu dibayar. Mujur kami di sini diwajibkan ambil insurans kesihatan. Esoknya saya perlu follow up untuk doktor buat keputusan bila akan buka jahitan dan saya perlu datang kembali minggu hadapan.


Selipar klinik yang akan di UV sebelum pesakit pakai

Makan bubur je la malam ni

Mesin periksa tekanan darah . Kena buat sendiri dan bagi keputusan tekanan darah kat nurse
Pengajarannya: janganlah dok poyo berlari2 nak naik/turun tangga sambil masuk tangan dalam poket. Nampak cool tapi kalau dah jatuh terus ouchhhh sangat. Sekarang ni saya amat berhati2 semasa berjalan. Nak pula masa salji turun lebat. Ok minna san, hati2 selalu.

Monday 23 January 2017

Fuyuyasumi di Iwate ken Part II

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hai minna sama..genki? Di Sendai la ni salji sedang giat turun. Ada la pemandangan warna putih sehari dua. Lepas tu jalan dok kotor sebab ais sudah cair dan banyak kesan tayar kenderaan. Sejuk juga la tahun ni. Entry kali ni nak sambung kisah jalan2 ke Pantai Jodogahama, Iwate.

Sejurus berpuas hati dengan hempasan ombak di Shiofukiana tu, perut pun dah bergendang2 minta diisi. Patut pun. Dah tengahari. Kalau tengok peta ada tempat parking di bawah sikit dari parking No 1. Rupanya tempat tu adalah macam ala2 hentian untuk org tunggu bas. Kami balun je parking kereta di situ dan makan tengahari. Lapar punya pasal. Syok juga makan sambil2 tengok pemandangan laut dan burung2 seagull.




Air pantai dan daratan

Seusai makan, kami berjalan kaki dalam 3 minit ke arah pantai. Banyak burung seagull menanti. Terdapat kedai cenderamata dan kafe berdekatan kalau nak membeli makanan burung iaitu keropok udang. Sambil bagi burung makan, boleh ngap sikit masuk dalam mulut sendiri =) burung seagull di sini pantang ada orang baling keropok. Menderu2 datang. Terhibur juga tengok gelagat burung seagull. Walaupun cuaca cerah tapi angin pantai yang singgah di pipi wahhhhh sejuk yang amat. Menurut kawan saya yang pernah ke sini masa musim panas, boleh mandi di pantai ni. Masa tu pun air rasa sangat sejuk, kalau mandi masa musim sejuk ni lagilah sejuk. Sempat la masukkan tangan sikit. Memang tak la nak mandi huhu sejuk!!!!!









Sebelum ke destinasi seterusnya, kami solat dulu di tempat parking kereta tadi. Destinasi seterusnya mengambil masa 2 jam. Memang dah agak tak sempat nak sampai sana sebelum gelap tapi cuba je la lalu sebab memang laluan balik ke Sendai. Sampai je dah gelap gelita. Singgah solat je la. Lain kali ada rezeki boleh datang lagi ke sini. Jya mata ne!


Fuyuyasumi 2016 di Iwate ken Part I

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar minna san? Kejap je rasanya dah masuk tahun baru. Tak terkejar dengan kepantasan masa (ke diri sendiri yang lambat) haha kat Jepun ni kalau masa musim sejuk ada fuyu yasumi (cuti musim sejuk). Jadi sekolah kami pun ada cuti sempena musim sejuk dan tahun baru (29 Disember 2016-3 Januari 2017). Tapi saya kena datang lab juga sekejap2 sebab ada tikus2 menanti. Takdalah feel sangat cuti huhu 

Memandangkan hari Sabtu dan Ahad tak payah datang lab jadi kami dan beberapa warga Sendai berkomplot untuk berjalan2 ke daerah Iwate yang terletak di utara Sendai untuk melihat pemandangan pantai. Pagi2 buta uols kami kena bergerak memandangkan perjalanan mengambil masa dalam 4 jam dan bila musim sejuk malam akan menjadi lebih awal. Pukul 430 petang dah Maghrib. Dah gelap nak tengok apa pun tak boleh.

Destinasi tujuan kami adalah Pantai Jodogahama yang letaknya di bandar Miyako, daerah Iwate. Selalunya kalau kami nak berjalan2 ke suatu tempat, kami akan buat research yang mendalam tentang tempat tu. Contohnya ada lagi ke tempat2 menarik yg berdekatan, tempat makan halal dan sebagainya. Maklumlah dah la jauh jadi kalau boleh sekali harung, kita pulun je. 

Untuk ke Jodogahama tu kami melalui laluan pantai di Miyako. Mula2 dok pelik juga kenapalah pokok2 di tepi pantai tu banyak yang dah tercabut dan ada yang akar dah terkeluar. Rupanya Miyako adalah salah satu kawasan yang terbabit dengan Typhoon No. 10 pada 31 Ogos 2016. Sepanjang jalan kami ternampak 3-4 kereta tersadai di dalam sungai. Tak sempat nak snap gambar sebab dok wow je. Dasyat sungguh.


Nampak tak banyak pokok-pokok yang tercabut akar sebab kena taufan

Kami sampai di Jodogahama tu dalam pukul 1030 pagi. Ada beberapa tempat parking di aras yang berbeza. Kami naik yang bahagian atas dulu di Shiofukiana untuk melihat hempasan ombak yang akan menghasilkan pancuran air macam ala2 ikan paus bernafas tu. Ada trekking bertangga dan kami perlu turun dalam 100 meter. Bila turun, sekali lagi kami wow....cantik sangat pemandangan pantai. Air sangat jernih dan kami bernasib baik sebab cuaca sangat cantik. Keliru juga sebab sekarang musim sejuk tapi macam musim panas pulak bila tengok balik gambar yang kami snap. Layan dulu la gambar tempat ni.





Batu kat belakang tu la tempat ombak hempas dan menghasilkan hembusan bak nafas ikan yu gituu






~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...