Monday 4 April 2016

Jepun.... yang bakal ku rindui

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Lagi 2 tahun saya dan suami akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian insyaAllah…dah setahun lebih menetap di sini dan rasa mcm kampung halaman pula hehe saya nak share beberapa fakta mengenai Jepun yang akan saya rindui nanti.

Apa yang akan dirindui mengenai Jepun?

1. Kebersihan tak kira la kawasan sekeliling, tandas awam pun bersih. Agak jarang nampak sampah dibuang merata2. Tong sampah kat sini dibezakan mengikut jenis sampah (botol PET, kotak dan sampah biasa). Untuk buang sampah domestik, kena guna plastik khas (hijau = sampah yang tak boleh recycle; merah = plastik). Siap ada jadual lagi untuk buang sampah plastik hijau atau merah atau sampah selain tu. Tak boleh buang sesuka hati.

Image result for plastic bag for garbage in sendai japanImage result for plastic bag for garbage in sendai japan
Contoh plastik sampah kat Sendai. Hijau untuk sampah dapur domestik. Merah untuk yang ada label プラ

2. Pengangkutan awam yang efektif dan jarang la lambat. Tapi harga tiket agak mahal.

3. Masa mula2 datang sini, saje2 jalan kaki lalu rumah2 orang. Rasa pelik sebab senyap je. Takda la pulak dengar bunyi TV, budak2 bermain ke, suara orang berborak2 ke. Pastu baru tau tak boleh buat bising kat rumah. Kalau tak nanti polis datang huhu cmne la dorang borak2 sesama keluarga.berbisik ke apa.

4. Rasa dihargai sebagai pelanggan. Kalau ke kedai tak kira la kedai makan, supermarket, bengkel kereta ke, kita akan dilayan sehabis baik. Takda pekerja muka masam dan bad mood walaupun dia penat. Sejuk hati kita tau.
Image result for how japanese greet customers

5. Kedai 100 yen yang ada di merata tempat (Daiso, Seria, 100yen shop). Kalau convert ke RM dalam RM3lebih cmtu. Mcm2 barang ada kat situ. Selalunya beli barang yg rs2 berbaloi utk 100 yen. Kebanyakan brg2 kat situ unik2 dan mmg melambangkan Jepun cuma ada yg MADE IN CHINA hehe
Image result for daiso japan   Image result for seria japan
Kedai kegemaranku. Masuk sini susah nak cari jalan keluar haha

6. Rasa selamat walaupun terlupa nak kunci pintu rumah ataupun tercicir barang. Mmg jumpa balik la brg2 yg hilang. Setakat di Sendai ni insyaAllah takda perkara yg tak diingini berlaku. Boleh tido malam dgn nyenyaknya tanpa memikirkan pencuri.

7.Setakat hari ni tak jumpa lagi tikus dan lipas. Auwww takda lagi adegan main lari2 ngan 2 binatang ni hehe

8. Kucing liar hampir tiada. Lompat bintang bila tau hehe kalau tak asyik risau kalau2 ada kucing dok kejar. Memang berbeza la dgn negara kita. Dorang ada je bela kucing dan anjing. Kalau bwk pet berjalan2 siap bwk beg utk isi bahan buangan pet dorang.

9. Kedai serbaguna setiap beberapa blok. Melambak2 tanpa risau kebuluran. Boleh buat byk urusan kat sini mcm byr bil, byr tiket kapal terbang, tempat amik brg beli online. Kalau emergency nak guna toilet, cari je kedai serbaguna. Mmg toilet disediakan. Bersih pula tu.

Image result for lawson japan  Image result for family mart japan

10.Beratur mengikut giliran hatta nak lintas jalan pun ada yang beratur. Naik bas, byr barang, naik lif/escalator,nak masuk toilet (walaupun emergency pun beratur juga). Takda la dok potong line apatah lagi tolak menolak.

Kesimpulannya saya belajar banyak bila tengok budaya dan persekitaran kat sini. Mana yang baik akan terus cuba dipraktikkan di negara sendiri nanti.

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...