Sunday 25 June 2017

Syawal 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Rasa kejap je Ramadan tahun ni. Tup2 dah Syawal. Tahun ni dah masuk tahun ke 3 saya dan suami beraya di Sendai ni. Nak kata sedih tu tak rasa sangat sebab suami dan ramai orang Malaysia yang senasib ada kat sini. Yang sedih dan sayu bila dengar takbir raya pastu mak pulak call, video call pulak tu huhu tengok pulak iklan raya, drama Ramadan/Syawal perghhhh tu memang menambah sayu. Tapi tu lah...pengorbanan jihad menuntut ilmu. Sikit je ni dugaan yang kena tempuh.

Malam raya tahun ni, kami berbuka puasa sama2, bakar ayam dan sate sikit, tunggu pengumuman tarikh hari Raya dan bertakbir. Wahhh lama sangat tak tengok TV dan tunggu pengumuman macam ni. Tambah meriah lagi kanak2 di Sendai ni main bunga api di halaman rumah. Bunga api tu beli di kedai 100yen. Memang pada musim panas orang Jepun akan main bunga api.



Budak dan orang dewasa sama naik main bunga api

Memandangkan hari raya tahun ni jatuh masa hari Ahad jadi agak bertenang berbanding tahun2 yang lalu. Macam biasa, solat Hari Raya di masjid Sendai. Selepas solat Raya, warga Malaysia berkumpul di lobi International University House Sanjo 1 untuk makan2 juadah raya. Konsepnya macam biasa, potluck. Semua pakat masak masakan signature masing2. Merasalah weh makan macam2 walaupun di perantauan hehe dari sedih sayu bertukar jadi gembira tahap tertinggi jumpa rendang, ketupat (ok tipu je...nasi impit hehe), nasi dagang, nasi minyak, laksam, laksa dan banyak lagi. Rambang mata nak pilih mana satu. Bukan setakat orang Sendai je yang ada. Orang Yamagata dan Tome pun datang juga beraya bersama. Dan kebetulan juga ada kenalan kawan saya yang sedang dalam misi jelajah Jepun dengan menaiki basikal. Dorang singgah ke Sendai untuk beraya sekali dan akan teruskan penjelajahan ke Fukushima. Respect!! Kagum sangat. Ok...raya pertama je meriah. Esoknya dah kena ke lab dan buat kerja macam biasa huhu

Rezeki kanak2 Sendai

Lomang tanpa buluh

Cupcake pandan onde2

Kek coklat wajib buat

Biskut raya yang sempat dibuat tahun ni

Deretan dessert

Nasi dagang yummy

Kuah kacang dan pelbagai rendang

Menu tahun ni di pagi raya


Adik2 UG




Labmates dari China yang suka makan pedas



Ramadan 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadan tahun ini. Seperti tahun2 yang lalu, Ramadan akan jatuh pada musim panas. Siang akan jadi lebih panjang dan malam lebih pendek waktunya. Subuh di Sendai sekitar 2.20 pagi dan Maghrib lebih kurang 7 malam. Kami berpuasa lebih kurang 17 jam. What!!! Lama kan huhu minggu pertama je lembik longlai tapi lama2 dah ok. Genki (sihat) je.

Bila dah duduk jauh di perantauan ni nak2 la pulak masa bulan puasa, macam2 lintasan makanan lalu lalang di fikiran. Dok teringat kalau kat Malaysia, balik kerja boleh singgah bazar Ramadan. Beli kuih muih yang hanya dijual masa bulan puasa, kalau ikut nafsu beli lagi ayam percik la, sate la, air warna warni la. Uiiiii...apakan daya kat Sendai ni takda semua tu. Teringin nak makan kena usahakan masak sendiri. Warga Malaysia di Sendai ni kerap buat makan2 bersama2. Yelah..semua sibuk dengan lab dan kelas. Di sini ada persatuan Remaja Riang Sendai (RRS) yang dikendalikan oleh adik2 undergrad (UG). Antara aktiviti tahunan yang wajib adalah buka puasa bersama2. Tahun ni kami berbuka di Kitayama Shimin Centre, tak jauh dari rumah dalam 15 minit jalan kaki. Konsepnya adalah potluck. Masa ni lah akan ada 'bazar Ramadhan' kat Sendai ni. Masing2 masak makanan yang berlainan jenis dan rare. Saya rasalah kan, kalau kita teringin nak makan makanan yang susah didapati di tempat kita bermastautin, kita akan cuba sedaya upaya realisasikan impian jadi kenyataan. Mana nak sangka kat Jepun ni boleh minum cendol, makan kuih kole kacang, laksa etc..







Selain itu, setiap hari Ahad akan diadakan majlis buka puasa beramai2 untuk warga Muslim di Sendai yang bertempat di Kitayama Shimin Centre. Shimin Centre ni macam ala2 balai raya la. Ada ruang yang boleh disewa untuk menjalankan aktiviti. Tempat ni lengkap dengan dapur yang besar. Barang2 di dapur ni lengkap macam dapur MasterChef tau. Kami akan bergilir2 masak ikut negara yang sudah ditetapkan. Meriah sangat buka puasa ramai2. Takdalah terasa sedih sangat berpuasa di negara orang. Boleh merasa masakan dari pelbagai negara dan merapatkan silaturrahim di antara Muslim di sini. Tahun ni warga Malaysia masak pada minggu Ramadhan terakhir. Kami bersepakat untuk masak nasi hujan panas, ayam masak hitam, acar, bubur jagung, cucur udang. Memang kalut yang amat dengan jumlah warga Malaysia yang tak berapa nak ramai masak untuk 400 orang. Dengan ayam tak cukup bila packing nasi, nak kena tunggu ayam defrost dulu baru boleh goreng padahal masa tu dah pukul 3.30 petang. OMG!!!! Tapi disebabkan ketua chef dan pembantu2 sangat efisien maka masalah tu dapat diatasi dengan jayanya. Gantung kaki malam tu lepas habis acara. Fenat beb tapi esoknya kena ke sekolah huhu jom layan gambar2 sepanjang Ramadan ni.

Makanan yang disediakan masa giliran negara Pakistan

Nasi hujan panas, ayam masak hitam dan acar 

Cucur udang resepi kak Nora

Geng masak nasi hujan panas

Adik-adik UG

Ayam masak hitam

Bubur jagung

Acar 



Monday 5 June 2017

Hitachi Seaside Park (Hitachinaka), Ibaraki

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kalau menetap di negara 4 musim, pencinta bunga wajib tengok bunga yang tumbuh pada tiap2 musim. Saya suka kochia. Walaupun bukan bunga, tanaman renek ni kelihatan gebu dan merah cantik bila musim luruh.Saya ke Hitachi Seaside Park tahun lepas (2016) dalam misi mencari kochia. Tiket masuk ke sini adalah sebanyak 410 yen. Besar sangat taman ni. Tak larat nak pusing habis. Boleh sewa basikal atau naik tram untuk pusing keliling taman. Kami pilih jalan kaki (konon bolehlah kurus hehe)

Pebendanyalah kochia ni ye? Nama saintifiknya adalah Bassia scoparia. Kochia ni ditanam sebagai pokok hiasan. Cantik tau bila kochia berubah warna ke warna merah terang. Terapi mata melihatnya. Bila dah kering, kochia boleh digunakan sebagai penyapu. Bijinya (tonburi) pula boleh dimakan (baru tau ni haha).

Nampak gebu tak?


Tak sama warna pulak kochia ni


Close up kochia


Selain kochia, banyak lagi pokok2 yang ditanam di sini mengikut musim seperti nemophila, cosmos, tulip, lavender dan lain2. Boleh datang ke sini setiap musim kalau nak menghayati keindahan alam (kalau dekat memang datang setiap musim huhu). Taman ni dibuka bermula jam 930 pagi hingga 5 petang. Seronok jalan2 hirup angin segar sambil2 tengok2 bunga. Jom layan gambar2 kat bawah ni.

Pampas grass


Cosmos





Thursday 1 June 2017

Hachimantai musim luruh 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Baru2 ni saja dok belek2 dan susun gambar tahun lepas. Banyak juga tempat yang menarik saya dah jelajah. Saja nak letak dan kongsi di blog ni untuk kenangan dan rujukan di masa hadapan. Kebanyakan tempat yang saya jejak setakat ni berdekatan daerah Tohoku. Banyak tempat semulajadi yang cantik di Tohoku ni. Tohoku dibahagikan kepada 6 ken (wilayah): Akita, Aomori, Fukushima, Iwate, Miyagi dan Yamagata. Saya bermastautin di Sendai, Miyagi. Best tau Sendai ni. Aman damai je. Tak sibuk sangat kalau dibandingkan dengan Tokyo.

Musim luruh tahun lepas (2016), saya dan geng jalan Sendai mengembara ke Towada-Hachimantai National Park yang bersempadan dengan Akita, Aomori dan Iwate. Destinasi pertama kami adalah Tasik Towada yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Tohoku. Cantik sangat tasik ni. Boleh naik bot untuk keliling tasik dan menikmati pemandangan tasik yang berdekatan dengan Gunung Towada dan Gunung Namariyama. Masa ni dah mula rasa sejuk. Tiupan angin yang menyapa sampai pipi terasa kebas2 je. Saya dah pernah ke sini pada bulan yang sama tahun 2015 tapi masa tu daun dah bertukar warna. Kali ni daun masih belum betul2 merah.

Tasik Towada. Boleh naik bot kalau nak keliling tasik ni


Geng jalan Sendai

Tahun 2015 saya ke Oirase River Valley yang terletak tak jauh dari Tasik Towada dengan menaiki bas yang disediakan. Air dari Tasik Towada mengalir ke Sungai Oirase. Ada beberapa check point dan boleh jalan kaki menyelusuri Sungai Oirase. Terdapat beberapa air terjun di sepanjang laluan seperti Tomoshiraga, Shiraito, Shiraginu dan Kumoi. Boleh nampak juga ada beberapa tempat yang airnya deras. Yang paling cantik (bagi sayalah) kat Choshi Large Waterfall. Latarbelakang pokok2 dan batuan sungai berlumut membuatkan tempat ni menarik.

Kami juga sempat ke Gunung Hakkoda (Hakkoda san) yang terletak tak jauh dari Tasik Towada (lebih kurang sejam lebih). Gunung ni adalah gunung berapi yang dikelilingi dengan kawasan paya. Ada juga onsen (kolam air panas) yang berdekatan macam Suka-yu onsen, Sarukura onsen dan Yachi onsen. Masa winter Gunung Hakkoda ni menjadi tempat untuk main ski. Untuk ke puncak Gunung Hakkoda boleh mendaki ataupun naik Hakkoda Ropeway. Mestilah kami guna ropeway hehe disebabkan kami ramai jadi boleh dapat harga tiket lebih murah. Nak beli tiket pun beratur agak panjang dan sumbat je ramai2 dalam satu gondola tu. Nasib baik dapat tempat dekat dengan tingkap. Boleh la jenguk2 pemandangan dari atas. Musim luruh tahun 2016 agak pelik sedikit sebab daun2 berubah warna tak sekata. Ada yang dah merah tapi ada juga yang masih hijau. Sampai je di Summit Park Station, suhu menjadi sangat sejuk dan angin kuat. Siap ada salji sikit. Mujur bawa baju tebal. Di Summit square boleh nampak Gunung Iwaki. Dalam perjalanan balik, kami singgah sekejap di Jambatan Jogakura yang terletak tak jauh dari Gunung Hakkoda tu. Tapi tak berapa nak cantik bila ambil gambar sebab dah nak gelap. Takpelah...tangkap guna mata dan ingat dalam kepala. Nantikan review saya di tempat lain pula. Jya ne!!!


Daun yang dah mula merah


Ramai orang beratur baqhang


Pemandangan dari dalam gondola


Penampakan ais dalam musim luruh

Macam biasa..cubaan posing lompat
Dah macam musim sejuk kat atas ni

Sempat singgah jambatan Jogakura tak jauh dari Gunung Hakkoda



~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...