Tuesday 11 December 2018

Matsushima, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!!


Fuh fuh fuh.....tiup kejap habuk yang bersawang di blog ni hehe cuaca di Sendai sekarang amatlahhhhh sejuk. Winter is coming guys!!! Salji pertama sudah turun di Sendai Sabtu lepas. Walaupun salji manja-manja je yang turun tapi sejuk mencucuk ke tulang.

Kali ni saya nak kongsikan perjalanan cari makan kaki burger (burger oyster) yang terkenal di Matsushima. Untuk pengetahuan, Matsushima telah dinobatkan sebagai antara teluk yang tercantik di dunia. Pada Mac 2011, Matsushima terkesan dengan tsunami besar yang melanda Jepun. Musim oyster biasanya bermula pada musim luruh. Terletak dalam 30 minit je dari Sendai. Boleh naik tren ke sini dan turun betul-betul berdekatan dengan pusat tarikan Matsushima. Kami makan kaki burger di sebuah kedai makan di dalam bangunan. Selain kaki burger, ada juga set nasi lauk unagi (belut). Oishii yo!! Saya siap bawa sos cili dari rumah. Memang sudah dijangka, tiada sos diletakkan dalam burger. Tekak orang Malaysia haruslah pedas, barulah berselera makan hehe

Kaki burger

Sotong bakar tinggal suku

Seusai memuaskan kehendak tekak, kami berjalan-jalan sekitar Matsushima. Kami singgah di jambatan merah yang menyambungkan ke Fukuura Island. Memandangkan kena bayar untuk merentas jambatan, jadinya ambil gambar saja dari tepi jambatan. Setelah puas bergambar, kami meneruskan misi mencari sotong bakar dan sofuto (soft ice cream) pula. Ada banyak kedai di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan lauk bakar. Dah kenyang, sambung pula berjalan ke Entsuin Temple. Bayaran masuk ke Entsuin Temple adalah sebanyak 300 yen. Kebiasaannya pada musim luruh, Entsuin Temple akan dilimpahi cahaya lampu (light up) yang amat cantik. Memang naik seri daun momiji yang kemerahan disinari cahaya lampu malam hari. Memandangkan tahun lepas saya sudah mengunjungi Entsuin ketika musim luruh, jadi kali ini tengok je dari luar. Jom layan gambar di bawah ni. Jya mata ne!


Kiri: jambatan merah yang menyambungkan ke Fukuura Island

Close up jambatan


Antara teluk yang tercantik di dunia

 Bonsai

Cantiknya momiji merah

Pintu masuk Entsuin Temple

Momiji lagi

Dan lagi

terjumpa kedai yang ada tulisan bahasa melayu

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...