Tuesday 22 March 2016

Dah kenapa aku ni?


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tak lama dulu ada yang post status di laman sosial mengenai tanggungjawab isteri. Kemas rumah, masak, suami tak yah pegang penyapu blablabla..mengikut pengalaman saya yang dah bertahun kahwin ni, kalau kau ada superpower atau maid boleh la suami kau goyang kaki. Sedangkan suri rumah pun penat buat keje sorang2 apatah lagi isteri yang bekerja. Saya dan suami sama-sama melanjutkan pelajaran di Jepun. Bukan mudah nak galas tanggungjawab sebagai isteri/suami dan pelajar serentak. 

Ni Kak Senah nak share jadual harianku. Keluar awal pagi, balik dah tak nampak matahari, balik rumah bukan boleh berehat, terus bersilat masak nasi dan lauk utk mkn mlm merangkap bekal esok harinya, kalau mengidam masakan Malaysia terpaksa pendamkan sahaja dek kerana masa mencemburui diriku, nasi goreng dan lauk tak semenggah di hari biasa, nak mkn mewah kena tunggu hari minggu, tak larat nak masak terpaksa makan di luar, kalau dah selalu sangat kena fikir ‘lama lg aku nak duduk sini, muak la pulak nanti ataupun kopak la duit kalau selalu mkn kat luar’

Pastu masa dengan tikus dan eksperimen lebih banyak dari bersama suami,
hari minggu hari bermalasan,kemas rumah,basuh baju, beli stok makanan basah dan masak, nak bersosial pun kena plan awal2 takut kena buat eksperimen di hari minggu/cuti,
baju tak gosok perkara biasa (oh comotnya kami berdua),
rumah bersepah tak lalu nak fikir lebih dari tak lalu nak pandang,
 tenaga kena adakan jua walaupun memang dah zero (blink blink mcm tenaga Ultraman bila dh hbs), bila sorang down yg lg sorang tak boleh down, kena support dan bg semangat,
selalu dok bayang org lain yg ada anak, kami masih dalam keadaan yg belum kelam kabut,
bukan mengeluh atau meminta simpati tapi ingin berkongsi rasa,
walaupun sukar sekarang namun demi masa hadapan yang gemilang, kami cuba tempuhi juga. Gambarimasu!!!!!

(tengah meroyan sebab tak dapat2 result eksperimen huhu)

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...