Sunday 6 December 2015

Musim sejuk datang lagi!!!! (baca guna nada Doraemon)

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....

Sejak bulan Oktober lagi dah terasa angin yang bukan lagi sepoi2 bahasa tapi menampar kulit sehingga ke tulang (ceh..dramatik). Nak mandi pagi2 pun malas sebab sejuk giler haha selera makan pun bertambah sebab sejuk so perut selalu terasa lapar. Satu je yang saya suka kalau musim sejuk datang iaitu makanan lambat basi walaupun letak kat ats meja. Suhu pun lebih kurang sama dengan suhu peti ais. Arini ni saya nak share sikit pebenda yang perlu disediakan untuk musim sejuk. 

1. Jaket tebal, snow cap, sarung tangan yang dah bungkus elok2 dalam plastik sudah dikeluarkan sedia untuk dipakai. Macam baru je saya pack dalam plastik vakum (untuk jimatkan ruang) dah kena keluarkan semula.

2. Kulit dah mula kering dan merekah. Kadang2 rasa macam comel je pipi pinkish gitu tapi azab kot. Kena selalu letak losyen, pakai lip balm dan minum banyak air. Biasanya masa musim sejuk ni senang nak kena selsema dan demam jadi kena ambil Vitamin C hari2.

3. Heater pun dah mula menjalankan tugasnya. Toyu (minyak untuk heater) perlu diisi. Disebabkan kebanyakan masa dihabiskan di lab, maka jimat la penggunaan toyu. Selalu pasang awal pagi masa bersiap nak ke lab dan malam. Kebetulan bilik rumah saya agak panas (mungkin sebab ruang kecil dan tertutup) jadi tak perlu pasang heater sepanjang malam. Cukup dengan selimut tebal. Jimat duit hehe

Lakiku gigih isi toyu. Harga toyu masa ni agak murah dibandingkan dengan biasa

4. Tayar fuyu (musim salji) kena tukar supaya lebih cengkam masa memandu ketika salji turun. Setakat tahun lepas, salji di Sendai tak berapa meriah. Pagi salji turun, tengahari dah cair hehe ada beberapa hari je salji turun dengan lebatnya.

Masa tahun pertama di Sendai rasa macam best je salji ni. Maklumlah kali pertama seumur hidup merasa hidup di negara 4 musim. Tapi bila salji turun, hari2 check suhu dan berharap cepatlah musim bunga haha walaubagaimana pun, pengalaman merasai pelbagai musim memang menarik. Enjoy!
Jya mata ne!!!


Thursday 15 October 2015

Kenapa kena pindah rumah pulak?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya selalu tertanya-tanya kenapalah kena pindah rumah sedangkan kat kaikan (hostel) ni banyak je rumah kosong. Bukan apa, dari dibiarkan kosong dan berhabuk baiklah bagi kitaorg duduk. Dah la sewa murah, barang-barang asas (peti ais, mesin basuh, dapur) semua dah ada, dekat dengan kedai makanan halal (Nan Tandoori dan Halal Mart) etc. Tapi apakan daya, memang cenggitulah peraturannya. Boleh duduk setahun je pastu silalah pindah. Ok fine!!!!

Saya dan suami pun carilah iklan2 dan fudosan (agen rumah) dalam 2 bulan sebelum kena pindah. Kami boleh mencari masa hari minggu je sebab kena ke makmal pada hari biasa. Sistem kat sini lain dari Malaysia. Kena berhubung dengan fudosan kalau nk sewa rumah. Bukan boleh terus jumpa tuan rumah. Iklan rumah kosong pun bukan ditampal di rumah tu. 

Dan masalah besar adalah BAHASA. Dalam banyak2 fudosan yang kami jumpa hanya satu fudosan je yang boleh berbahasa Inggeris dengan lancar. Tu pun dia orang Korea yang dah lama kerja kat sini. Ada juga fudosan yang berkomunikasi dengan kami menggunakan Google Translate.



Ni salah satu office fudosan
Bila kami jumpa fudosan, dia akan tanya rumah macam mana yang kami nak dan berapa budget. Pastu dia akan bawa kami tengok rumah tu. Bila dah berkenan, maka kenalah isi borang macam2. Pihak universiti akan menjadi penjamin kami memandangkan kami pelajar di sini. Banyak juga kena bayar sebelum nak dapat kunci rumah. Sewa untuk beberapa bulan, key money (macam duit penghargaan kepada owner rumah sebab bagi sewa rumah dia), upah agen dan insurans.





Iklan2 rumah 

Setelah melalui pencarian yang meletihkan dan beremosi ini, akhirnya dapat juga rumah yang bagus. Kebetulan penyewa baru keluar dan memang rezeki kami kat situ. Lagi kebetulan, ada 2 keluarga Malaysia menyewa umah kat bangunan tu. Meriah gitu. Pasni dah tak mau pindah2 lagi huhu serik.


Thursday 1 October 2015

~Memperbaharui visa/residence card~

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Arghhhhh dah sibuk pindah rumah pastu ada agenda pembersihan rumah 'habukless' sampai terlupa nak renew visa. Dah la akhir bulan September ni ada Silver Week (cuti umum Jepun). Menggelabah tanya kawan macam mana prosedur renew visa/residence card kat sini. Yang saya senaraikan ni untuk kes student macam saya. Kalau berkerja atau mengikut family, saya kurang pasti macam mana prosedurnya. 

1. Ok, mula-mula jumpa pengawai kat school dan mereka akan bagi borang immigration utk diisi. Ada 2 helai yg terakhir akan diisi oleh pihak school. Kena ada cop dari school. Nasib baik ada buat salinan borang masa nak apply COE tahun lepas. Lebih kurang sama je maka kopipes je. Borang tu dwibahasa (English dan Japan). San que Abe san!!!! (pegawai di school)

2. Kena sediakan gambar sekurang-kurangnya yang 3 bulan sebelum ni. Kalau gambar masa sekolah dulu2 confirm pegawai immigration tu halau balik hehe

3. Bawa sekali surat tawaran sebagai pelajar. Saya ambil surat tu di mesin kat school.

4. Passport dan resident card kena bawa. 

Dah lengkap semua dokumen boleh ke pejabat immigration. Pastu kena tunggu dalam beberapa hari dan akan dapat poskad yang mengatakan residence card yang baru dah siap. Sebelum ke pejabat immigration semula, kena ke pejabat pos dulu untuk beli setem (macam setem hasil la kalau kat Malaysia). Harga 4000 yen. Tunjuk je setem tu, pasport dan residence card kat pegawai tu. Dalam beberapa minit dah siap urusan dan dapat residence card yang baru. Saya dapat perlanjutan duduk di Jepun selama 3 tahun. Alhamdulillah dah selesai satu kerja.

Camni la rupa poskad yg dipos ke umah dan setem  

Tuesday 15 September 2015

September Tahun Lepas

Ohayo gozaimasu!!!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Kenapa dengan bulan September tahun lepas? hrmm pada masa tu tengah kalut habiskan keje (habiskan duit geran, kemas bilik opis blablabla), kemas rumah (tangki bocor pulak masa dah nak dekat berangkat huhu pagi sebelum bertolak pun masih mop lantai), habiskan wish list makanan apa yang HARUS melantak agar tidak kempunan di kemudian hari haha, jumpa sedara mara, kengkawan dan shopping rempah ratus serta barang2 untuk dibawa ke sini. Letih beb..walaupun dah mula dari awal tapi selalu je rasa macam masa tak cukup huhu

Di sini saya nak kongsi barang2 atau rempah ratus yang dirasakan perlu dibawa kalau nak bermastautin di Jepun. Saya beruntung sebab ada kawan di Jepun dah bagitau awal2 situasi dan apa yang diperlukan. Jadi takdalah menggelabah. Maklumlah daku ni Mrs Perfect. Kalau terkurang terus takda mood haha ok silalah tengok senarai di bawah. Yg ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Mana la tau berguna untuk korang.

1. International adaptor
Penting ni kalau korang bawak laptop atau brg2 elektrik dari Malaysia.

2. Laptop
Yang ni memang penting bagi student. Kalau boleh bawak laptop yang boleh tahan selama korang ada kat sini. Rosak? Meraung bila tengok harga laptop kat sini. Mahal huhu

3. Ubat/supplement
Buat stok secukupnya sebab kat sini kalau nak ke klinik atau hospital perlukan kad insurans. Ambil masa juga nak siapkan kad ni lepas sampai sini. Kalau takda insurans agak mahal kosnya.
****Cuba check senarai ubat apa yg dibenarkan bawa masuk ke Jepun. Tak semua boleh bawa walaupun OTC (over-the-counter) drug. Lagi bagus kalau ada prescription dari Dr. 

4. Lesen memandu antarabangsa
Kalau ada plan untuk memandu di sini bolehlah buat. RM150 untuk setahun (kalau tak silap). Kejap je masa yang diperlukan untuk uruskan lesen ni kat JPJ. Dah sampai sini nak ambil lesen memandu Jepun pun boleh.

5. Translate sijil nikah/sijil kelahiran anak
Yang ni penting. Saya translate sijil nikah di Institut Bahasa. Tak ingatlah pulak berapa bayaran untuk satu muka surat.

6. Sabun Taharah utk samak.
Saya ada membeli beberapa barang elektrik di sini seperti peti ais. Jd kena samak utk hilangkan rs was2. Eksperimen sy di lab pun ada juga guna chemical yg mengandungi elemen dari khinzir. Kalau terpercik senang nk samak.

7. Baju2 tak payah bw byk sebab kat sini murah je. Biasanya sy akan beli baju apabila dah off season atau ms sale. Masa ni sesuai nak borong byk.

8. Ok seterusnya senarai rempah ratus dan peralatan memasak. Sepanjang saya kat sini tak perasan pulak ada jual kuali yg selalu kita guna kat Malaysia. Banyak kuali leper. Kalau korang rasa tak feel memasak guna kuali leper maka bawaklah haha

9. Cili kering
Ada je jual kat sini. Boleh tahan pedas tapi harga boleh tahan mahal.

10. Udang kering dan belacan
Tak boleh kalau takda benda alah ni? Angkut je dalam luggage. Kena asingkan dan bungkus elok2 sebab kuat baunya.

11. Segala rempah2 serbuk. 
Serbuk kari ada jual tapi menurut kawan yg dah cuba katanya tak sedap. Kat tempat saya ada beberapa je kedai makan halal jadi saya lebih byk masak. Lagi jimat.

12. Perencah segera
Yang ni memang penyelamat bila takda banyak masa utk memasak. Leburkan, campak2 dan taraaaa siap!!! Saya bawak perencah asam pedas, sambal tumis, nasi ayam, nasi beriani. Byk je jual kat pasaraya.

Itu je barang2 yg sy angkut ke sini. Maklumlah sy ke sini secara solo. 12 hari selepas tu baru suamiku menyusul. Nak angkat beg pun sy tak kuat haha ok setakat ini saja perkongsian sy. Moga bermanfaat!!!

Tambahan info: Saya berpeluang balik Malaysia sekejap untuk conference dan kebetulan masa tu nak dekat Hari Raya Haji. Sempat la makan tak ingat dunia haha masa balik ke Jepun, saya ada bawak serai, petai, keropok lekor, kicap, madu kelulut dan barang2 baking. Maklumlah ANA airlines bagi sorang 46kg luggage. 

Wednesday 26 August 2015

Rakuten Kobo Stadium Miyagi

Assalammualaikum dan salam dari Jepun,

Antara sukan popular di Jepun adalah baseball. Suami saya sangat suka sukan ni dan kami berpeluang untuk menyaksikan perlawanan antara team Rakuten (team Tohoku) dan Softbank Hawks di Rakuten Kobo Stadium Miyagi secara percuma dari TUFSA. Tak pasti la pulak berapa harga tiketnya. 

Kami sampai di stadium dalam pukul 6 petang. Perlawanan bermula dalam pukul 7 malam. Kebanyakan tempat duduk penuh. Meriah sangat dengan sorakan dan laungan semangat. Siap ada macam2 lagu lagi. Yang bagusnya ramai yang bawa keluarga tengok game ni. Macam aktiviti keluarga la kiranya. Peniaga cenderamata dan makanan memang untung la. Lama kot game ni. Kebulur huhu nasib baik ada jual makanan halal. 

Memandangkan game ni mengambil masa yang agak lama maka untuk menarik perhatian ramai, pihak penganjur ada menyediakan slot selingan yang menarik seperti meniup belon dan melepaskan ke udara beramai-ramai. Selepas game berakhir, penonton yang bertuah berpeluang untuk masuk ke dalam padang dan bergambar serta merasai pengalaman konon-kononnya macam kita yang main hehe walaupun hujan namun ianya satu pengalaman yang menarik dan berharga buat kami. Balik rumah terus terlepek penat Zzzzzzz

Depan stadium

Semasa perlawanan sedang berlangsung

Profil pemain Rakuten


Masa ni dah agak penuh dengan penonton

Faham part OO!OO! tu je hehe

Yay!!!Dapat masuk padang

Lakiku yang tersenyum sepanjang perlawanan

Monday 26 January 2015

Masak-masak di Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Genki desu ka? Hehe..bila berada di tempat orang selalu sangat mengalami igauan makanan huhu nak makan nasi lemak, roti canai, laksa Penang blablablabla..memang panjang senarainya. Jadi untuk memuaskan perut yang selalu lapar ni, saya selalu masak makanan yang diidamkan pada hujung minggu. Minggu lepas mengidam ayam kuzi sama roti canai tapi bayang roti canai tak nampak. Ada bayang roti puri je huhu 
Resepi ayam kuzi saya ambil di blog ABM manakala resepi roti puri di blog Azlita (SINI). Alhamdulillah menjadi cuma roti puri tak kembung macam resepi Kak Ita. Tak kisahlah asalkan dah hilang mengidam. Minggu ni nak mengidam apa pulak?

Wednesday 14 January 2015

Hidup Baru di Jepun

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua...

Dalam diam2 kejap je rasanya dah menetap kat sini di bumi Sendai, Jepun ni. Buat apa kat sini? hehe saya dan suami belajar kat sini. Dah tua baru nak mula belajar balik huhu tapi apa ada hal. Asalkan ada kemahuan di situ ada jalan ye tak. Saya dapat peluang sambung belajar kat Tohoku Universiti. Saya suka suasana kat sini. Aman damai je. Walaupun mula2 rasa menyesal sebab masalah bahasa tapi ku gigihkan dan pujuk hati. Ala ok la nanti tu. Jangan risau. Kang pandai la Nihongo (Bahasa Jepun). Owh saya ambil kelas Nihongo tau kat sini. Level 1. Setaraf dengan budak tadika (erkk..ke lagi bawah dari tadika huhu). Dalam kelas tu tak ramai pun dalam 10 orang macam tu. Kami belajar menulis, membaca dan bercakap. Nihongo ada 3 jenis tulisan yang saya pun pening tengok. Hiragana, Katakana dan Kanji. Kalau siapa2 yang pandai baca tulisan Cina memang sangat beruntung sebab Kanji Jepun dan Cina lebih kurang sama. Setakat ni saya dah pandai baca dan tulis Hiragana dan Katakana. Kanji tu sayonara lah buat masa ni. Susah kot. Saya hanya mampu kelip2 mata dan telan air liur je tengok tulisan Kanji haha ok la. Setakat ni dulu perkongsian pengalaman. Kita jumpa lagi nanti. Jya ne..


(pstt...btw saya dah 2 tahun di sini tapi belum pera pera (fasih) lagi haha takda masa nak belajar secara intensif sebab sibuk dengan lab)

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...