Thursday 20 April 2017

Sumimasen!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni nak kongsi pasal budaya 'sumimasen'. Pe benda alah sumimasen ni weh? Sebenarnya, sumimasen bermaksud 'maafkan saya'. Boleh digunapakai untuk situasi kita nak minta maaf, nak tanya soalan, nak tumpang lalu. Biasa saya akan guna kalau ada orang tengah sapu sampah dan saya nak lalu, kata 'sumimasen' sambil tunduk kepala dan bagi senyuman paling manis hehe ataupun sebelum saya nak tanya soalan. Bukan apa...kalau tak kata sumimasen macam agak tidak sopan pula. Kena minta kebenaran sebelum nak buat apa-apa. Untuk minta maaf pula, ada beberapa perkataan boleh guna macam 'gomenasai', 'warui warui' (bad..bad..) atau 'moushi wakenai'. Selalu saya guna 'gomen ne' kalau dengan kawan-kawan. Tak boleh guna untuk orang yang lebih tinggi pangkat dari kita. Kena guna 'gomenasai'. Bagus juga budaya ni. Boleh diterapkan di kehidupan harian walaupun bukan di bumi Jepun. Saya akan kongsi lagi pengalaman lain di entry berikutnya. Jya mata ne!

Gomen ne...Tayang aiskrim nasi yang sedap ni

Wednesday 19 April 2017

Tawakal orang Jepun

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama tak menulis dek kerana kekangan masa dan keserabutan otak. Kali ni saya nak berkongsi mengenai ketinggian tawakal orang Jepun dari pelbagai aspek. Yang ni mengikut pemerhatian saya. Mungkin tak tertakluk untuk semua orang Jepun. 

Kebanyakan rumah di sini tiada gril di pintu dan tingkap. Takdalah pulak kes pecah masuk. Saya dan suami pun pernah beberapa kali terlupa nak kunci pintu, menonong terus keluar. Alhamdulillah setakat ni takda apa2 yang buruk berlaku. Barang-barang macam tayar kereta, tong minyak untuk heater dan barang2 yang besar2 dorang selamba je letak depan beranda rumah. Ada yang lagi tawakal pintu kereta pun tak kunci. Tak heran pun pencuri nak bawa lari.


Mana ada gril pintu dan tingkap dorang

Selain itu, fesyen lelaki Jepun kat sini suka pakai dompet yang saiz besar. Dah la dompet besar, letak pula kat poket belakang. Memang senang la nak sauk keluar dari poket dia tu. Tapi sekali lagi, pencuri tak heran nak rompak pun. Pernah saya ternampak zip beg galas Nihonjin ni terbuka dan nampak la segala barang berharga dia tapi dia bertenang je. Pastu kebarangkalian nak jumpa balik barang tercicir di Jepun ni sangat tinggi. Pergi je balai polis berdekatan dan buat report. Selalunya memang akan jumpa balik sebab orang awam akan hantar ke balai polis. Baguskan...Macam kes labmate saya. Dia tercicir ip6 yang baru beli beberapa minggu. Cari punya cari tak jumpa. Saya cadangkan dia ke balai polis berdekatan. Kot2 ada orang jumpa dan hantar ke sana. Dan memang betul pun ip6 dia ada di balai polis dalam keadaan yang elok.

Lagi satu yang saya perhatikan. Kat school saya ni banyak student guna motorsikal. Selamba dia je letak helmet dan jaket kat atas motor. Pun takda orang nak curi. Oh..saya pun dah terikut Nihonjin tinggal laptop dan barang berharga atas meja. Leceh nak angkut laptop balik rumah. Pun begitu. takda orang usik apatah lagi nak curi. Memang tabiklah bab selamatnya barang2 kita di sini.

Selamba je dia letak helmet macam ni hehe

Apa yang saya ceritakan ni menurut pengalaman saya je. Bukan la nak kata semua Nihonjin ni bagus. Saya beruntung berada di kawasan yang selamat dan bersyukur dapat merasa pengalaman macam ni. Jya setakat ini saja perkongsian saya. Mata ne!

Rumah depan konbini (convenience store)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu keunikan Jepun ialah konbini (convenience store) yang merata-rata. Setiap beberapa meter akan ada konbini. Celah ceruk mana tah pun tetap ada konbini. Antara yang popular adalah 7Eleven, Lawson, FamilyMart (dah ada kat Malaysia), Circle K Sunkus (sunkus = thanks) dan ada beberapa lagi yang saya tak tau. Fungsi konbini ni bukan sahaja jual barang tapi lebih dari tu. 

1. Boleh bayar bil utiliti serta bayar tiket kapal terbang
2. Photocopy (buat sendiri)
3.Tumpang guna tandas (tandas konbini sangat bersih dan tiada bau walaupun dalam konbini)
4.Tumpang paking kereta dan tido (banyak pekerja2 akan park kenderaan di sini dalam pukul 12 tengahari-1 petang. Parking pun luas sangat)
5.Boleh keluarkan duit guna ATM.
6.Ada tong sampah di hadapan konbini. Boleh buang sampah di situ. Kat Jepun ni tiada tong sampah di luar. Kalau nak ada sampah, kena simpan dan buang di rumah. Bukan buang merata2 tau uols
7.Tumpang baca majalah (sebab tak reti baca kanji jadi tengok je la dari jauh)

Barang-barang dalam konbini ni sangat menarik, pelbagai dan selalu up to date. Harga pun agak berbaloi. Contoh la kalau masa tu musim sejuk, air dalam botol dan tin akan diletakkan dalam peti yang suhu tinggi. Ada juga jual nabe (hot pot). Sedap tu makan panas-panas. Bila tiba musim sakura pula, banyak produk makanan dan minuman bertema sakura macam teh sakura dan mochi sakura. Menarik sangat. 

Rumah sewa saya kebetulan di depan 7Eleven. Bila nak masak dan tak cukup barang, berdesup turun jap beli barang. Pagi2 sebelum ke lab boleh singgah beli sarapan. Pendek kata, senang yang amat la. Dah pun nama convenience store kan. Jya setakat ini sahaja perkongsian saya. Jumpa di lain entry.

Turun rumah nampak konbini

Boleh baca majalah ni kat sini. Siap ada barang free dalam majalah ni. Biasa saya tunggu yang dapat handbag

Segala macam barang ada kat sini

Kerepek ume


Mochi sakura



~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...