Tuesday 9 August 2016

Himawari Koen (Taman Bunga Matahari)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ahad lepas saya serta warga Sendai berkesempatan untuk ke taman himawari (bunga matahari) di Sanbongi. Dari Sendai dalam sejam perjalanan. Perancangan dibuat beberapa hari sebelum dan keputusan akhir dicapai malam sebelum bertolak. Ada yang mahu ke momogari (petik buah peach) di Yamagata dulu dan selepas itu ke taman himawari tapi memandangkan cuaca memang panas lit lit jadi lebih baiklah tengok hiwari dulu sebelum matahari terpacak 90 darjah atas kepala. Panas di Jepun ni bagi saya lagi bahang dari Malaysia. Memang tak tahan huhu 

Kami bertolak jam 930 pagi dengan 8 kereta kesemuanya dan sampai lebih kurang jam 11 tengahari. Ditambah dengan kesesatan dan jam ketika nak masuk parking, perjalanan memang mencabar. Tak sangka pula ramai manusia di situ. Walaubagaimanapun kepenatan sedikit hilang apabila kami dihidangkan dengan pemandangan lautan himawari yang sangat cantik. Himawari yang banyak dan besar tersusun saujana mata memandang. Kami tidak melepaskan peluang untuk melihat himawari dengan lebih dekat. Cuaca yang terang membuatkan gambar yang diambil bak kamera professional walaupun guna kamera hp je. Untuk melihat pemandangan yang jelas dan cantik, kami perlu mendaki sedikit. Laluan yang disediakan agak mesra pengguna. Saya dan suami pakai sandal je dan tiada masalah untuk mendaki. Kelihatan banyak lebah bekerja keras menyedut nektar himawari. Bersebelahan ladang himawari, ada padi ditanam. Memang cantik sangat.

Langit sangat cerah. Si lebah sibuk menghisap nektar bunga matahari

Cak!!!


Setelah puas melihat dan bergambar, kami turun ke gerai yang menjual kakigori (ais kisar). Lebih kurang macam ais batu campur cuma takda barang2 yang meriah. Ada ais kisar, perasa dan pewarna sahaja. Saya mencuba aiskrim kuaci. Boleh tahan sedap rasanya. Harganya kalau tak silap 330 yen. Selepas itu, kami membuat keputusan untuk solat Zohor di Masjid Ohira tak jauh dari situ. Masjid Ohira dibina di atas tanah yang dibeli oleh warga Pakistan yang menetap di situ. Kalau tak silap, pemiliknya berniaga kereta terpakai. Tempat solat wanita rupanya di dalam rumah pemilik (macam ruang tamu). Saya agak terkejut kerana takut salah masuk. Buka pintu je nampak dapur di depan dan bilik tidur di sebelah kiri huhu kami disambut dengan isteri pemilik rumah yang ramah tapi atas kekangan bahasa, tak banyak boleh diborakkan. Kami berkomunikasi menggunakan Nihongo. Saya sempat bertanya berapa lama sudah menetap di sini. Katanya sudah 7 tahun. Wahhh lama tu. Selesai bersolat, kami bergerak ke taman berdekatan untuk makan tengahari. Makanan sudah dibawa dari rumah memandangkan agak sukar mencari makanan halal.

Terdapat gelongsor yang agak tinggi di taman itu. Jika membawa sleigh mungkin boleh cuba untuk menuruni bukit yang dilapik dengan rumput tiruan. Lain kali saya akan mencubanya. Kanak2 terus berlari2 ke taman mainan berdekatan. Tenaga kanak2 ni memang luar biasa. Tak habis2. Ada keluarga yang bergerak ke Yamagata intuk momogari memandangkan mereka akan pulang ke Malaysia bulan hadapan. Saya dah lembik dan pening kepala yang amat dek kerana penangan cuaca yang amat panas. Terus ambil keputusan untuk pulang awal. Balik rumah terus pengsan.

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...