Tuesday 12 January 2021

~Perjalanan IVF~Episod 1~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!!

Lama tak update blog ni. Terlalu sibuk (read:MALAS) sejak mula kerja dari rumah. Dah tak ingat hari, tarikh, cuti hujung minggu malahan siang dan malam macam sama je. Laptop depan mata dan memang tak boleh lari buat kerja. Kali ni saya nak sambung dengan cerita lepas laparoscopy yang saya jalani masa Mac 2020 seminggu lepas anniversary perkahwinan ke 11. 

Dr bagi suntikan Lucrin masa lepas pembedahan laparoscopy untuk tujuan menghentikan haid saya selama 3 bulan. Kenapa kena hentikan haid? Sebabnya tak nak cyst dan fibroid berulang lagi dalam masa yang terdekat. Ye la, kan baru buat laparoscopy. Dan untuk menyediakan rahim saya dalam keadaan tip top untuk langkah seterusnya. Tahun 2020 saya boleh berpuasa penuh beb. Gembira rasa. Lama dah kot tak dapat puasa penuh dalam bulan Ramadhan. Haid saya datang balik masa 4 Oktober 2020. Tapi serius la pre period symptoms tu sangatlahhhhh lain dan sakit. Masa tu saya berkunjung ke rumah rakan setelah lama tak jumpa. Tak sampai 30min, kepala saya pening yang amat tak boleh blah sampaikan masa borak tu saya rasa macam bila-bila boleh pengsan. Terus balik dan esok paginya period. Sakit perut menyucuk2 dan saya masih rasa macam tu untuk period bulan seterusnya.

Dalam masa 3 bulan yang haid saya takda tu saya masih perlu menjalani pemeriksaan rapi. Dr nak pantau tahap CA125 (biomarker untuk cyst). Sepatutnya nilai CA125 yang bagus untuk teruskan prosedur IVF adalah di bawah 10. Tapi masa pertama kali saya buat test CA125, nilainya 45. Memang tinggi juga. Dr pesan jaga makan dan jangan ambil makanan seperti soya dan daging. Setelah makan ubat dan jaga diet barulah nilai CA125 mencecah 13.5. Fuhhh lega. Selain CA125, saya juga buat ujian AMH untuk menganggar jumlah ovum yang masih ada. Nilai AMH saya agak rendah sob sob sob...sedih tengok result.

Dr pernah pesan, datang je haid terus mesej dia. Hari kedua datang jumpa Dr dan dia scan rahim. Lepas itu Dr timbang2 dari segi keadaan kesihatan saya dan kami bersetuju untuk buat prosedur ovum pick up (OPU) bulan ini (Oktober 2020). Maka bermulalah episod cucuk mencucuk. Mulai hari ke 2 saya kena ambil injection Puregon setiap hari. Inject kat beberapa cm selari dengan pusat. Injection guna pen macam insulin injection dan jarum kecik je. Tak la sakit sangat tapi dah namanya injection mestilah rasa berdebar2. Hari ke 6 pun scan lagi dan hari ke 9. Hari ke 9 ni ada tambahan ubat. Maknanya saya kena ambil injection Puregon dan Orgalutran pada masa yang sama. Hari ke 12 scan sekali lagi. Hari ni banyak ubat yang kena inject. Orgalutran dan Humog. Masa ni Dr scan dalam ovari saya ada 6 biji telur yang sudah matang. Alhamdulillah...happy tengok telur2 yang banyak tu. Lepas tu saya kena ke Hospital Avisena untuk ambil ujian HIV, Hepatitis B dan marker untuk infectious disease (tak ingat apa marker nya). Suami saya pun kena juga buat ujian ni. Jumlah kos rm204. Malamnya saya perlu datang ke KPJ untuk injection HUCOG pulak. Suami saya tak boleh inject sebab injection di bawah kulit. Sakit wehhh. Prosedur OPU dilakukan di Hospital Avisena sebab di sana ada teknologi untuk sejukkan embrio. Hari ke 13 tak payah ambil apa2 ubat. Rileks2 je kat rumah. Esoknya (hari ke 14) barulah ke Hospital Avisena untuk prosedur OPU. Saya akan kongsikan pada entry yang akan datang. Jya mata ne!!!

Bonus tambahan kepakaran Dr Nazri

Drug ni la yang kena inject bawah kulit


Kecik je jarumnya


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...