Genki desu ka? Hehe..bila berada di tempat orang selalu sangat mengalami igauan makanan huhu nak makan nasi lemak, roti canai, laksa Penang blablablabla..memang panjang senarainya. Jadi untuk memuaskan perut yang selalu lapar ni, saya selalu masak makanan yang diidamkan pada hujung minggu. Minggu lepas mengidam ayam kuzi sama roti canai tapi bayang roti canai tak nampak. Ada bayang roti puri je huhu
Monday, 26 January 2015
Wednesday, 14 January 2015
Hidup Baru di Jepun
Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua...
Dalam diam2 kejap je rasanya dah menetap kat sini di bumi Sendai, Jepun ni. Buat apa kat sini? hehe saya dan suami belajar kat sini. Dah tua baru nak mula belajar balik huhu tapi apa ada hal. Asalkan ada kemahuan di situ ada jalan ye tak. Saya dapat peluang sambung belajar kat Tohoku Universiti. Saya suka suasana kat sini. Aman damai je. Walaupun mula2 rasa menyesal sebab masalah bahasa tapi ku gigihkan dan pujuk hati. Ala ok la nanti tu. Jangan risau. Kang pandai la Nihongo (Bahasa Jepun). Owh saya ambil kelas Nihongo tau kat sini. Level 1. Setaraf dengan budak tadika (erkk..ke lagi bawah dari tadika huhu). Dalam kelas tu tak ramai pun dalam 10 orang macam tu. Kami belajar menulis, membaca dan bercakap. Nihongo ada 3 jenis tulisan yang saya pun pening tengok. Hiragana, Katakana dan Kanji. Kalau siapa2 yang pandai baca tulisan Cina memang sangat beruntung sebab Kanji Jepun dan Cina lebih kurang sama. Setakat ni saya dah pandai baca dan tulis Hiragana dan Katakana. Kanji tu sayonara lah buat masa ni. Susah kot. Saya hanya mampu kelip2 mata dan telan air liur je tengok tulisan Kanji haha ok la. Setakat ni dulu perkongsian pengalaman. Kita jumpa lagi nanti. Jya ne..
(pstt...btw saya dah 2 tahun di sini tapi belum pera pera (fasih) lagi haha takda masa nak belajar secara intensif sebab sibuk dengan lab)
(pstt...btw saya dah 2 tahun di sini tapi belum pera pera (fasih) lagi haha takda masa nak belajar secara intensif sebab sibuk dengan lab)
Subscribe to:
Posts (Atom)
~Perjalanan IVF~Episod 3~
Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!! Jya, saya nak sambung pulak perjalanan IVF sebelum lupa proses-prosesnya. Masa hari ke 14...
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!! Lama tak update blog ni. Terlalu sibuk (read:MALAS) sejak mula kerja dari rumah. Dah tak...