Wednesday 8 April 2020

Laparoscopy

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas genap 11 tahun perkahwinan saya. Sebulan sebelum tu saya berjumpa dengan pakar sakit puan di KPJ Shah Alam, Dr Mohd Nazri Yazid. Sebelum saya menyambung pelajaran ke Jepun, saya memang merujuk kepada beliau. Sempat la saya lalui prosedur IUI tapi belum rezeki untuk saya. Bila Dr Nazri scan rahim saya, katanya ada fibroid 3 cm dan cyst. Sebelum saya jumpa Dr Nazri, saya telah jumpa 2 orang Dr lain dan langsung tiada dinyatakan tentang fibroid.

Dr Nazri mencadangkan agar saya melalui prosedur laparoscopy di mana sedikit lubang akan ditebuk untuk masukkan tiub yang hujungnya ada kamera. Kaedah ini kurang invasive dan risiko yang minimal. Satu lubang akan dibuat di atas abdomen untuk masukkan peralatan mengeluarkan cyst/fibroid. Saya pernah menjalani prosedur ini (juga bersama dengan Dr Nazri) jadi saya lebih bersedia. Saya buat prosedur ini selepas period bulan ni.

Hari Jumaat saya singgah dulu di KPJ untuk pre-admission. Saya masuk ke wad pada malam hari Ahad. Senang, tinggal tido je. Kena puasa mula pukul 1230 malam kerana pembedahan saya akan diadakan pada pukul 830 pagi esoknya. Sengsara sikit sebab saya memang kuat minum air. Pukul 630 pagi, saya bangun dan solat Subuh. Nurse dah siap2 masukkan ubat untuk buang air besar (melalui rektum =( sakit!!!!!). Sempat la berulang alik 2-3x masuk tandas. Tepat pukul 830 pagi, saya ditolak masuk ke bilik pembedahan. Cuak sangat masa ni.

Selain saya, ada 2 pesakit lain yang menjalani pembedahan pagi tu. Masa pakar bius masukkan ubat, saya sempat tanya, ubat apa ni. Dia cakap, tunggu lagi 2 minit nanti awak tau haha tak sampai 2 minit saya dah lelap. Pembedahan makan masa dalam 2 jam lebih macam tu. Bila saya sedar (15 min lepas pembedahan habis), saya agak meracau dok meraung sakit.....sakit...nurse tanya berapa skala kesakitan dan saya jawab 7/10. Lepas tu saya dah tak ingat macam mana saya dah ada dalam bilik haha

Hari pertama lepas laparoscopy, bagi saya agak azab. Perut penuh angin, luka pun rasa pedih (sebelah kanan ada 1 lubang, atas perut 1 dan 2 di sebelah kiri), pinggang sakit yang amat. Nak mengiring ke kiri dan ke kanan memang tak boleh. Saya tak boleh makan dan minum selagi tak keluarkan angin. Dan saya memang tak boleh keluarkan angin sampai hari ke 2. Minum pun sikit2 je. Antibiotik pula ada kesan sampingan cirit birit what?!!!! ulang alik ke tandas setiap 15 min dengan kesusahan payah nak bangun. Memang pengalaman la huhu tapi Dr suka saya cirit birit sebab usus saya bergerak. Dia nasihatkan saya supaya banyak berjalan supaya angin dapat keluar. Nurse ada tunjuk sample fibriod, cyst dan appendix. Ovari sebelah kanan Dr jahit sebab dah ke belakang (sebab cyst). Appendix terpaksa dibuang sebab dah melekat dengan usus. Saya perasan sejak setahun lepas tapak kaki kanan saya memang sakit bila bangun tido. Ingatkan sebab sejuk jadi saya biar je. Rupanya ada kaitan dengan sistem pencernaan saya. Lepas pembedahan tak sakit langsung tapak kaki saya.

Hari kedua, lebih elok cuma masih cirit birit. Azab juga nak keluar masuk tandas banyak kali dengan drip lagi. Angin masih banyak dan degil tak nak keluar. Sakit belakang makin teruk sebab dok baring. Saya terpaksa tido duduk. Aircond bilik pulak sejuk giler. Tak bukak, panas sebab berselimut. Dah bukak, sejuk mencengkam tulang huhu saya dah boleh makan bubur hari ke 2. 

Hari ke 3, saya makin sihat dan boleh berjalan dengan bantuan suami saya. Nurse siap cakap kalau dia nampak saya berjalan2 kat luar bilik, dia akan bagitau Dr dan saya akan dibenarkan balik. Saya gagahkan juga berjalan di luar bilik walaupun agak ngilu. Nak balik punya pasal. Petang sikit Dr datang melihat keadaan saya dan saya boleh keluar hari ni yahooo!!! memandangkan saya guna insurans kesihatan, kena menunggu agak lama untuk prosedur dokumentasi. Lebih kurang 8 malam nurse dah bagi dokumen untuk diselesaikan..Alhamdulillah...lega. Saya agak ternganga bila suami saya bagitau kos rawatan saya adalah rm27k++...huhu bersyukur ambil insurans kesihatan. Sebelum balik, saya menerima suntikan Lucrin untuk 3 bulan bagi tujuan menghentikan haid buat sementara waktu.

Keadaan saya makin pulih bila masuk minggu kedua. Saya sudah mampu tidur mengiring dan tiada masalah cirit birit. Cuma saya ada alahan pada pelekat balutan luka. Gatal2. Dr kata perkara ni biasa dan saya tidak perlu pakai pelekat tu lagi. Cukup sekadar pakai spray kalis air. Kesan Lucrin agak ketara terutamanya waktu malam. Badan saya rasa panas dan sukar untuk tidur. Macam yang dialami wanita putus haid. Dr menyarankan lepas ni saya buat prosedur IUI dan saya amat berharap dikurniakan rezeki anak pada tahun 2020 ni. Doakan ye =)

Masuk wad terus nurse cucuk

Sup masa malam lepas pembedahan

OPSITE ni kalis air. Tak payah pakai patch

Ubat2 yang perlu dihabiskan

krim antibiotik dan kawan2

1 comment:

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...