Lagi 2 tahun saya dan suami akan
pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian insyaAllah…dah setahun lebih menetap
di sini dan rasa mcm kampung halaman pula hehe saya nak share beberapa fakta
mengenai Jepun yang akan saya rindui nanti.
Apa yang akan dirindui mengenai
Jepun?
1. Kebersihan
tak kira la kawasan sekeliling, tandas awam pun bersih. Agak jarang nampak
sampah dibuang merata2. Tong sampah kat sini dibezakan mengikut jenis sampah
(botol PET, kotak dan sampah biasa). Untuk buang sampah domestik, kena guna
plastik khas (hijau = sampah yang tak boleh recycle; merah = plastik). Siap ada
jadual lagi untuk buang sampah plastik hijau atau merah atau sampah selain tu.
Tak boleh buang sesuka hati.
Contoh plastik sampah kat Sendai. Hijau untuk sampah dapur domestik. Merah untuk yang ada label プラ
2. Pengangkutan
awam yang efektif dan jarang la lambat. Tapi harga tiket agak mahal.
3. Masa
mula2 datang sini, saje2 jalan kaki lalu rumah2 orang. Rasa pelik sebab senyap
je. Takda la pulak dengar bunyi TV, budak2 bermain ke, suara orang berborak2
ke. Pastu baru tau tak boleh buat bising kat rumah. Kalau tak nanti polis
datang huhu cmne la dorang borak2 sesama keluarga.berbisik ke apa.
4. Rasa
dihargai sebagai pelanggan. Kalau ke kedai tak kira la kedai makan,
supermarket, bengkel kereta ke, kita akan dilayan sehabis baik. Takda pekerja
muka masam dan bad mood walaupun dia penat. Sejuk hati kita tau.
5. Kedai
100 yen yang ada di merata tempat (Daiso, Seria, 100yen shop). Kalau convert ke
RM dalam RM3lebih cmtu. Mcm2 barang ada kat situ. Selalunya beli barang yg rs2
berbaloi utk 100 yen. Kebanyakan brg2 kat situ unik2 dan mmg melambangkan Jepun
cuma ada yg MADE IN CHINA hehe
Kedai kegemaranku. Masuk sini susah nak cari jalan keluar haha
6. Rasa
selamat walaupun terlupa nak kunci pintu rumah ataupun tercicir barang. Mmg
jumpa balik la brg2 yg hilang. Setakat di Sendai ni insyaAllah takda perkara yg
tak diingini berlaku. Boleh tido malam dgn nyenyaknya tanpa memikirkan pencuri.
7.Setakat
hari ni tak jumpa lagi tikus dan lipas. Auwww takda lagi adegan main lari2 ngan
2 binatang ni hehe
8. Kucing
liar hampir tiada. Lompat bintang bila tau hehe kalau tak asyik risau kalau2
ada kucing dok kejar. Memang berbeza la dgn negara kita. Dorang ada je bela
kucing dan anjing. Kalau bwk pet berjalan2 siap bwk beg utk isi bahan buangan
pet dorang.
9. Kedai
serbaguna setiap beberapa blok. Melambak2 tanpa risau kebuluran. Boleh buat byk
urusan kat sini mcm byr bil, byr tiket kapal terbang, tempat amik brg beli
online. Kalau emergency nak guna toilet, cari je kedai serbaguna. Mmg toilet
disediakan. Bersih pula tu.
10.Beratur
mengikut giliran hatta nak lintas jalan pun ada yang beratur. Naik bas, byr
barang, naik lif/escalator,nak masuk toilet (walaupun emergency pun beratur
juga). Takda la dok potong line apatah lagi tolak menolak.
Kesimpulannya saya belajar banyak bila tengok budaya dan persekitaran kat sini. Mana yang baik akan terus cuba dipraktikkan di negara sendiri nanti.
No comments:
Post a Comment