Thursday 10 August 2017

Tasik Izunuma, Tome, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Musim panas tahun ni (2017) pelik pula. Asyik hujan dan mendung je. Panas tak seberapa macam tahun lepas. Cuaca mendung ni seronok berjalan tapi bila bergambar agak malap. Takpelah...asalkan dapat berjalan hehe

Kali ini saya berkesempatan ke Tasik Izunuma yang terletak di daerah Tome untuk melihat teratai yang tumbuh melata di tasik itu. Tome ni masih di Miyagi. Dalam sejam dari Sendai. Bersebelahan Tasik Izunuma ada Tasik Uchinuma. Kedua-dua tasik ini menampung pelbagai habitat seperti teratai, ikan, burung dan banyak lagi. Untuk pemandangan yang menarik adalah masa matahari terbenam di mana burung-burung pulang. Wahhh boleh bayang tak kawanan burung terbang berlatarbelakangkan matahari terbenam. Cantik tu!!!

Kami menyelusuri Tasik Izunuma dengan menaiki bot dengan muatan 9-10 orang. Tambang 700 yen untuk dewasa dan 500 yen untuk kanak-kanak sekolah rendah. Pelayaran di tasik adalah dalam 30 minit macam tu. Pertama kali saya melihat lautan teratai dengan dekat. Siap pegang-pegang lagi. Seronok sangat. Banyak pepatung terbang sekitar bunga teratai. Bila tengok teratai teringat komik Datuk Lat yang saya baca masa sekolah rendah dulu. Dalam komik tu, ada scene makan biji bunga teratai tu. Akar bunga teratai ada juga dijual di pasaraya dan saya pernah beli. Masak macam sayur campur. Rangup-rangup gitu rasa dia. Daun teratai ni pun rasanya boleh digunakan untuk balut nasi (macam nasi goreng) dan kukus. Pernah makan dulu kat kedai makan Cina Muslim. Oishiikatta!! Pakcik bot ni agak ramah tapi Nihongo kami level budak-budak je jadi sangat terhad nak borak. Gomen ne pakcik. Dia tanya kat Malaysia ada ke tasik teratai ni. Tasik Chini je kot terlintas dalam kepala masa tu. Tak pernah pun ke sana. Ada rezeki boleh ke Tasik Chini pula nanti. Lebih kurang 30 minit tamatlah perjalanan keliling tasik. Pengalaman baru yang menarik untuk saya. Minggu depan dah cuti obon (hari memperingati roh nenek moyang). Harap-harap ada peluang nak jalan-jalan lagi hehe jya mata ne!

Mendung je musim panas kali ni

Geng bot 









No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...