Monday 3 June 2019

Mari belajar masak manju

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Sejak hujung Februari lepas saya sekeluarga secara rasminya telah kembali menjadi warga Malaysia tanahair tercintaku =) suami saya telah selamat menghabiskan pengajian dan telah ku katakan sayonara Nihon. Banyak pengalaman pahit manis hidup di negara orang yang boleh dijadikan panduan. 

Memandangkan saya bercuti tanpa gaji mengiringi suami (pengajian saya 3.5 tahun dan suami 4.5 tahun), maka saya perlu mencari pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa. Saya mencari maklumat mengenai aktiviti-aktiviti ni semua di Sendai International Relations Association (SIRA). Pihak SIRA ada menyediakan khidmat jurubahasa (English, Mandarin, Korea dan beberapa bahasa lain) secara percuma. 

Selain SIRA, shimin centre (macam pusat aktiviti untuk penduduk) ada menawarkan pelbagai kursus dan aktiviti secara percuma seperti kelas Nihongo, kelas memasak, seminar mengenai Jepun dan lain-lain. Selain dapat ilmu, dapat juga kawan-kawan baru dari pelbagai negara. Saya sempat belajar Nihongo sehingga level 3 dan Kanji level 1.

Dan kebetulan juga kami menyewa di asrama universiti yang mana ramai pelajar antarabangsa. Ye la...duduk di negara orang, kena ambil tahu sistem mereka. Jadi pihak universiti banyak menganjurkan aktiviti yang banyak membantu kehidupan seharian di Jepun. 

Salah satu aktiviti yang saya suka sangat sertai adalah kelas memasak hehe percuma je. Memang rugi kalau tak sertai. Saya berkesempatan menyertai kelas membuat manju. Tekstur macam kuih pau inti kacang merah cuma sedikit manis di tekak saya. Sensei yang mengajar adalah pemilik kedai manju yang terkenal di Sendai. Agak mudah cara pembuatannya. Kebanyakan masakan Jepun mempunyai kandungan yang tidak halal seperti alkohol, mirin dan lemak haiwan. Jadi penganjur biasanya peka tentang peserta Muslim dan menggunakan bahan-bahan yang mesra Muslim. Jya jom layan gambar kat bawah ni =) jumpa lagi di entry seterusnya.

Resepi


Yang ni sensei buat. Comel je

Yang ni team saya buat =)


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...