Tuesday, 12 January 2021

~Perjalanan IVF~ Episod 2~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san!!!

Jya, saya nak sambung pulak perjalanan IVF sebelum lupa proses-prosesnya. Masa hari ke 14, tibalah masa untuk prosedur ovum pick up (OPU) di Hospital Avisena, Shah Alam. Sebelum tu saya dah tanya Dr, adakah saya akan dibius masa prosedur dijalankan hehe penting tau soalan tu untuk orang yang tak tahan sakit. Mujur boleh full bius yay!!!

Malam sebelumnya saya perlu berpuasa. Pagi2 lepas Subuh dah gerak ke hospital. Berdebar-debar jugak beb. Suami saya rileks je tapi rupanya dia kena ambil sample sperma dia sendiri =) SENDIRI ok!!! Ovum yang diambil akan terus disenyawakan pada hari tu. Gelabah la lakiku bila tau kena ambil sample sendiri haha 

Lepas saya sedar, saya dihantar ke wad untuk berehat. Nurse terangkan Dr ambil 6 ovum yang ada. Tak rasa sakit pun OPU ni. Bleeding pun takda. Memandangkan saya dibius penuh jadi saya perlu rehat beberapa jam sebelum dibenarkan balik. Saya dibekalkan dengan antibiotik untuk 4 hari. Kos OPU RM6000 dan kos sejuk beku embrio RM1200. Saya boleh simpan embrio selama 3 tahun.

Beberapa hari selepas tu, nurse di Hospital Avisena telefon saya untuk bagitahu ovum yang matang ada 5 dan 4 yang berjaya disenyawakan pada hari 3. Ada 3 embrio gred 1 dan 1 embrio gred 2. Alhamdulillah...syukur. Saya sangatttttt gembira bila dengar berita ni. Lagi gembira bila Dr tunjuk gambar embrio. 

Dr plan nak transfer embrio masa bulan Januari 2021. Jadinya sebelum tu saya kena makan Diane 35 (ubat perancang) masa hari ke 2 haid bulan 11 dan datang kembali pada hari ke 2 haid bulan Disember 2020. Jya, nak dijadikan cerita masa haid hari ke 2 bulan Disember kebetulan masa tu esoknya cuti Krismas (25hb). Bergegas weouls jumpa Dr sebelum Dr panjang. Alhamdulillah takda cyst cuma CA125 level tinggi (22). Kali terakhir check 13. Walaupun begitu, ok je 22 tu sebab tak lebih dari 35. Mungkin sebab tak jaga sangat pemakanan. Tu yang naik huhu

Mulai 28 Disember 2020 kena makan Progynova 2mg (2biji/3x sehari) untuk tebalkan rahim. Boleh membantu embrio untuk menempal dengan elok. Harga Progynova RM28 untuk 21 biji. Lepas makan ubat ni ada rasa pening2 sikit. Seterusnya kena makan Dupaston 10mg (1 biji/2x sehari) mulai 6 Januari 2021. Harga RM57, 20 biji. Masa 8 Januari 2021, Dr nak scan samada rahim dah cukup tebal untuk proses IVF. Alhamdulillah dah mencapai ketebalan yang mencukupi. Memandangkan saya akan buat prosedur IVF sebagai outpatient di Hospital Avisena, maka saya perlu menjalani ujian COVID19. What??!!! Dorang buat peraturan baru la pulak. Masa OPU tak payah pun COVID19 test. Alamak!!!! Dah terbayang kesakitan. Tapi kan...tak sempat nak menghayati pun kesakitan tu sebab sekejap sangat. Tau2 je air mata dah mengalir, hidung sengal2 sikit. Lepas buat COVID19 test tu (secara pandu lalu), saya dan suami gelak2 bukan main kuat dan blah macam tu je. Dah malam baru terfikir, ehhh aku tak bayar lagi untuk test tu (RM300) haha esoknya nurse call suruh buat bayaran masa nak buat IVF nanti dan alhamdulillah negatif untuk COVID19.

Dannnnn tibalah hari yang bersejarah dalam hidup saya. Saya akan buat perkara yang amat penting dalam hidup saya iaitu prosedur IVF-FET (in-vitro fertilization-frozen embrio transfer). Agak cuak sebab tak diberi bius sepanjang prosedur dijalankan dan suami tak teman dalam wad. Takkan la dia nak kena buat COVID test semata-mata nak teman saya. Baik dia belanja saya makan sedap2. Nak tau macam mana pengalaman IVF saya? Kenalah tunggu untuk entry seterusnya. Jya mata ne minna!!!

Sebelum OPU

Antibiotik



Ubat yang perlu diambil sebelum IVF


 







No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...