Wednesday 19 October 2016

Kembara musim luruh di Nikko, Tochigi (Part 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lamanya tak menulis kt sini. Sekarang ni dalam fasa musim luruh di Jepun. Daun-daun akan mula bertukar warna dari hijau ke warna kuning dan merah. Proses pertukaran warna akan bermula dari daerah utara (Hokkaido) dan turun ke selatan. Memandang pada hari Isnin baru-baru ni Jepun cuti sempena Hari Sukan, keluarga saya dan kawan sepakat untuk ke Nikko, Tochigi untuk melihat keindahan musim luruh (koyo). Kalau mengikut kalender tahun lepas, sepatutnya daun2 di Nikko sudah bertukar warna. 

Perjalanan dari Sendai ke Nikko mengambil masa dalam 3 jam lebih dengan menaiki kereta. Kalau mengikut rancangan asal, kami hanya perlu menginap di sana semalam sahaja. Akan tetapi, rumah sewa (AirBnB) yang berdekatan Nikko hanya menawarkan penginapan minimum 2 malam. Terpaksalah saya mengubah tentatif perjalanan. Pemilik rumah sewa berasal dari Filipina dan sudah menetap di Jepun selama 20 tahun. Memang Nihongo pera pera!!. Bahasa Englishnya pun amat bagus. Saya tidak mengalami masalah komunikasi dengan beliau.

Mendung sepanjang jalan. Risau hakak sebab takut gambar tak cantik

Dah sampai Nikko pun masih mendung huhu

Adalah sikit sinar harapan bila matahari menyinar kembali

Kami bertolak pagi Sabtu dalam jam 8 pagi. Sepatutnya kami akan berkonvoi dengan keluarga kawan kami. Akan tetapi anak beliau tidak begitu sihat dan kami terpaksa bergerak dahulu mengikut rancangan asal. Kawan kami akan bergerak lewat dan terus ke rumah sewa. Saya rasa sedikit risau sepanjang perjalanan ke Nikko kerana hujan turun agak lebat. Alhamdulillah bila dah sampai Nikko, hujan pun berhenti dan ada sinaran matahari. Barulah cantik nak ambil gambar pemandangan. Destinasi pertama kami adalah Kegon Falls. Untuk ke Kegon Falls, kami perlu melalui laluan berliku2 iaitu Irohazaka route sepanjang 7-8 km. Terdapat 48 bentuk pin rambut di sepanjang laluan ini. Betul2 sebelum simpang masuk Irohazaka route ni, ada penjaja yang menjual mikan (limau). Mungkin untuk menghilangkan rasa nak muntah selepas melalui laluan yang mencabar haha kami berhenti sebentar di Akechidaira ropeway observation deck untuk solat jamak Zohor + Asar dan ambil gambar. Di situ ada disediakan kaunter pertanyaan dan saya sempat mengambil peta.

Laluan naik Irohazaka route. Nampak tu laluan bentuk pin rambut. Fening juga la nak sampai atas




Pemandangan dari Akechidaira ropeway observation deck

Selesai solat dan rehat sebentar, kami meneruskan perjalanan ke Kegon Falls. Jarak dari Akechidaira ropeway observation deck ke Kegon Falls dalam 10 minit. Kami parking kereta berdekatan dengan stesen minyak Eneos. Bayaran masuk adalah 310yen. Pengunjung agak ramai ketika itu. Di kawasan luar Kegon Falls ada banyak penjaja makanan dan ole2. 

Pada mulanya saya agak kecewa kerana daun2 di Nikko belum bertukar warna sepenuhnya. Ada juga daun yang warna kuning dan merah tapi tidak sekata. Tapi apabila dah sampai di Kegon Falls, hilang segala kekecewaan tu. Cantik sangat pemandangan di Kegon Falls. Berketinggian 100 m, Kegon Falls adalah antara 3 air terjun tercantik di Jepun. Kami melihat keindahan air terjun ini di platform yang berada di luar tapi tidak begitu jelas. Kami mengambil keputusan untuk melihat Kegon Falls dengan lebih dekat di platform berbayar. Kami perlu membayar 550 yen seorang untuk menuruni platform. Dengan menggunakan lif, kami turun 100 m ke bawah. Ternganga sekejap sebab pemandangan sangat cantik. Memang wow sangat!! Terasa percikan air dari Kegon Falls. Kami bernasib baik kerana cuaca sangat cantik walaupun hujan masa paginya. Jika bertuah, mungkin boleh nampak pelangi di Kegon Falls. Di situ terdapat 2 tingkat platform dan ada disediakan khidmat jurugambar untuk angle yang cantik. Lebih kurang 1000yen lebih rasanya harga untuk sekeping gambar. Punca air Kegon Falls adalah dari Lake Chuzenji. Di sekeliling Kegon Falls terdapat juga beberapa air terjun yang kecil.     
  
Yang ni pemandangan dari luar platform

Papan tanda. Siap ada Bahasa Melayu lagi



Cantik kan?


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...