Monday 31 October 2016

Kembara musim luruh di Nikko, Tochigi (Part 2)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bersambung cerita sebelum ni. Lama pula nak buat sambungannya huhu

Lepas berpuas hati dengan pemandangan di Kegon Falls, kami bergerak ke Lake Chuzenji yang hanya beberapa minit dari situ. Malangnya kami terlepas pandang parking kereta di Lake Chuzenji. Nak u-turn agak sukar sebab jalan kecil. Kami mengambil keputusan untuk terus ke bahagian atas dahulu kemudian turun kembali ke Lake Chuzenji. Kami terus ke Ryuzu Falls untuk menyaksikan air terjun yang dikatakan berbentuk seperti naga. Kami parking kereta di bahagian atas dan rupa-rupanya Ryuzu Falls sangat dekat jika kami berhenti di kawasan parking bahagian bawah. Terpaksalah menangga turun ke bawah. Semasa di check point, ada juga air terjun kecil (tak ingat nama apa). Terserempak dengan ramai pelancong berbangsa Cina dari Indonesia di situ. Kira2 10 minit turun ke bawah, barulah kami jumpa Ryuzu Falls. Pokok momiji (maple) berdekatan ada yang betul merah warnanya. Puas dah perhati Ryuzu Falls ni tang mana la bentuk naganya. Mungkin imaginasi tak cukup tinggi haha


Nampak ke idak bentuk naganya

Pokok ni je yang dah bertukar warna merah

Setelah penat menangga ke atas menuju kawasan parking, kami bergerak ke Senjogahara Marshlands. Kawasan paya ini boleh diterokai dengan laluan trail yang disediakan. Kami cuma berjalan2 di sekitar observation deck. Kalau bernasib baik boleh melihat hidupan liar dan burung2. Semasa kami sampai langit sudah agak mendung dan mentari pun tunggu masa untuk melabuhkan tirai. Maklumlah..bila nak masuk musim sejuk malam akan menjadi lebih awal padahal baru jam 4 petang. Sebelum meneruskan perjalanan, kami isi perut dulu dengan bento yang dibawa dari Sendai. Yang syoknya musim sejuk ni makanan lambat basi.

Bila perut sudah kenyang, kami teruskan perjalanan. Kononnya nak singgah di Yudaki Falls tapi kena bayar la pula untuk parking kereta. 500 yen kalau tak silap. Terus pangkah. Macam tak berbaloi je. Jadi kami membuat keputusan untuk ke Lake Chuzenji. Nasib tidak menyebelahi kami kerana cahaya matahari tidak menghadap Lake Chuzenji. Kalau berhenti ambil gambar pun memang tidak cantik sebab gelap. Maka kami tamatkan pengembaraan di daerah ini untuk setakat ini sahaja. Perjalanan turun menggunakan laluan berlainan dengan laluan naik tapi bentuknya tetap zig zag.

Lake Chuzenji

Matahari tidak memihak kepada kami untuk ambil gambar yang cantik

Jarak di antara Kegon Falls dan rumah sewa hanyalah dalam 20 minit. Cuma kami rasa agak lama kerana keadaan berkabus. Saya akan kongsikan tentang hari kedua pengembaraan kami di Nikko di entry yang lain. Jya, mata ne!
Kabus yang tebal



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...