Konnichiwa minna san!
Entry kali ni nak citer mengenai kepentingan membantu emak membuat kerja dapur dari kecil. Dulu2 saya memang anak yang pemalas yang amat. Jarang la nak tolong mak memasak kat dapur. Cuma tolong basuh baju, jemur baju, sapu sampah sikit2 dan ke kedai beli barang. Bila hari minggu, bangun tido tau2 je dah ada sarapan. Pastu tengok TV. Alih2 dah tengahari. Mak kt dapur dah siapkan makan tengahari. Makan lagi. Kalau agak2 mengantuk tido ternak lemak. Bila masuk asrama dan uni jarang ada di rumah. Balik 2 minggu sekali. Mak memang akan masak makanan kegemaran saya. Ternak lemak lagi. Bila masa nak belajar masak sebab mak masak lagi sedap haha korang jangan malas macam saya tau.
Saya memang tak pandai masak hatta masak nasi sekali pun haha kronik sungguh. Bila ada boipren (incik suamiku), kenkonon dia nak la rasa masakan saya. Makanan pertama yang dia nak saya masak adalah cekodok. Whattttt!!!! Cekodok? Adalah masak entah berapa kali entah untuk makan sendiri je. Tu pun liat2 macam nak tercabut gigi mengunyahnya. Gigih la saya masak untuk dia. Siap suruh dia makan sorang2 dalam kereta. Jangan makan kat rumah sewa dia haha bila saya tanya macam mana rasanya. Dia kata tak macam mak dia buat haha mak dia buat bentuk bulat2. Cekodok saya datang dalam pelbagai bentuk. Mesti dia nak komen lagi tapi kenalah jaga hati girlfriend dia kan.
Sejak tu saya berazam nak belajar memasak. Beli pelbagai majalah masakan untuk upgrade skill. Bila dah berkahwin lagilah tinggi keazaman untuk menawan perut suami. Ketika itu dah banyak blog2 masakan yang berkongsi resepi dan tips masakan macam Mat Gebu, Citarasawan, Masam Manis. Suamilah yang jadi Quality Controller untuk setiap masakan saya. Pelbagai masakan yang dulunya saya rasa macam mustahil je boleh masak telah saya cuba buat. Kalau dulu buat nasi goreng pun dah gah rasanya haha
Pernah saya bagitau suami, kalau saya tau yang saya suka memasak dan baking sejak dulu lagi saya tak menceburi bidang kerja sekarang. Nak berhenti ada kontrak pulak huhu bolehlah kalau setakat nak jadikan hobi dan pendapatan sampingan.
Minna san, pesan saya kalau anda tak pandai memasak tak apa. Bukan satu kesalahan besar pun. Boleh belajar dan lama2 mesti pandai. Janji jangan mengalah dan malas. Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi nanti. Jya, mata ne. Jom layan gambar masakan saya di Nihon.
Bubur lambuk, puding roti dan onde2 traffic light
Kuih nona manis
Cendol
Popia sayur
Nasi lemak rendang ayam
Biskut bangkit cheese
Kek coklat cheese, kek coklat dan kek butter
Brownies kedut
Roti titab
Bubur pulut hitam
Kek Russian Black & White
Karipap
Bihun sup
Cheese cake
No comments:
Post a Comment