Sunday 10 December 2017

Pasar pagi Sendai

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Meniti musim sejuk yang hamat ni membuatkan perut selalu berkeroncong minta makanan padahal baru makan 30 minit yang lepas huahuahuhua kalau tak diisi, memang kuat weh bunyi perut. Sejak datang Jepun, sangat kerap perut bunyi kuat. Malu dengan masyarakat. Kalau ikutkan sangat perut ni, memang berat naik mendadak. Serba salah pula kita. Kali ini nak kongsi sikit berkaitan makanan. Tempat yang selalu saya tuju pada hari Sabtu iaitu pasar pagi Sendai atau nama Jepunnya Asaichi  (pagi) market atau nama manjanya Sendai no daidokoro (Dapur Sendai).

Senang je nak ke pasar ni. Boleh ke sini dengan menaiki bas (230 yen dari rumah saya) atau subway. Kalau naik kereta, parking agak dekat dan harga berpatutan. Apa yang menariknya pasar pagi ni?

1. Kalau kita bayangkan pasar pagi, mesti sinonim dengan bau hanyir ikan dan makanan laut yang lain kan? Dengan laluan jalan kaki yang basah dan licin kan? Pasar pagi Sendai ni langsung tiada bau hanyir sebab ikan-ikan yang dijual di sini tidak disiang/dibersihkan di sini. Kalau kita nak beli ikan seekor-seekor (yang belum dipotong), sianglah sendiri kat rumah. Tiada perkhidmatan siang ikan di sini. Lagi pula, kebanyakan ikan dan makanan laut yang dijual sudah siap-siap dipek. Jimat masa peniaga dan pembeli. Pilih,bungkus dan bayar. Lagi satu yang best, peniaga akan bekalkan dengan ais (dalam plastik kecil) secara percuma untuk diletakkan bersama ikan/makanan laut yang kita beli untuk memelihara kesegarannya.




2. Harga memang murah jika dibandingkan dengan supa (supermarket) dan banyak pilihan serta segar. Rambang mata uols!!! Dari makanan laut, sayur dan buah. Kadang-kadang tu saya suka ke pasar bila hampir waktu tutup sebab peniaga akan turunkan lagi harga.

3. Sebelah pasar ni ada kedai yang jual barang import (Satoh Shokai) dan jual ayam halal. Jadi alang-alang sampai, boleh menyinggah beli ayam. Ohh... ada juga kedai barang-barang anime berdekatan. Bonus untuk suamiku =)

Laluan masuk pasar

Pelbagai variasi sayur

Jeruk 

Lantai pasar yang kering

Jumpa lagi di entry yang lain. Jya mata ne!

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...