Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san...
Sejuk nau Sendai sekarang ni uols!!!Nak bangun pergi lab pagi-pagi memang kena kuat mental. Dilema antara tarikan kuat selimut dan teringat muka sensei kat lab. Kali ini nak kongsi salah satu budaya Nihonjin bila nak hujung tahun. Saya tidak pasti jika amalan ini dilakukan di tempat kerja yang lain. Setakat perbualan dengan kawan-kawan lain, memang sama je amalan ini. Amalan apa pulak ni la ye?
Untuk lab saya, setiap hari Jumaat kami akan membersihkan lab, buang sampah bagai semua tu. Memang rutin. Tapi setiap hujung tahun, kami akan buat pembersihan lab secara besar-besaran. Haaa...besar-besaran macam mana la tu? Kami kena sental lantai secara MANUAL tau. Kerusi dan segala barang kena bawak keluar bilik dulu. Mula-mula tabur serbuk sabun, pastu simbah air sikit kemudiannya beruslah lantai tu secara berjemaah. Kami ulang langkah memberus ni sebanyak 3 kali. Kalau nak mengelat sikit, buat 2 kali pun dah ok. Bayangkanlah setahun punya habuk kena sental. Dah siap sental, kena lap pulak dengan kain kering dulu. Kemudian dengan kain basah pulak sampailah buih-buih sabun tidak kelihatan. Tunggu kering sebentar dan letak wax dan mop. Masa dah letak wax ni memang tak boleh pijak lantai tu. Sia-sia je pekerjaan tu. Dalam 30 minit, keringlah lantai tu. Memancar-mancar bersinar uols. Tahanlah kilauan tu selama 2-3 minggu macam tu. Biasanya adik-adik undergrad kena bersihkan tingkap yang ya ampun banyaknya. Tapi kan...memandangkan lab saya kebanyakannya lelaki, hrmmm tak sampai seminggu bersepah balik haha penat jugak la kerja pembersihan ni. Rumah saya pun takdalah nak sental sampai macam tu sekali hehe jya jom layan gambar kat bawah ni.
Pusingan pertama sental
Lepas sental
Memancar bersinar
No comments:
Post a Comment