Tuesday, 20 February 2018

Influenza B melanda =(

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Musim sejuk yang agak ekstrem tahun ini. Biasanya salji turun sehari, esoknya dah mula mencair. Tapi kali ini hampir setiap hari berturut-turut salji turun. Salji yang turun mula-mula sangat lembut dan seronok nak pijak. Bila dah mula mengeras tu yang azab nak jalan. Silap hari bulan boleh mengundang jatuh tergolek. 

Musim sejuk tahun ini suami diuji dengan kesihatan yang tidak berapa baik. Mula dengan demam chips more..kadang panas melampau (39 degree) kadang tu sampai sejuk menggigil padahal dah pakai selimut tebal. Pertemuan pertama dengan Dr cuma disahkan demam biasa. Kalau demam masih belum kebah kena datang kembali. Sistem klinik kat Jepun ni pelik sikit. Sabtu buka separuh hari dan Ahad memang tutup. Pastu klinik pula spesifik untuk penyakit (contoh: klinik untuk kanak-kanak, klinik tulang, klinik mata). Dengan kekurangan Nihongo lagi. Bagi saya agak payah nak cari klinik yang Dr fasih bahasa Inggeris di sini.

Masa ni dah risau yang amat. Dah la hari Ahad klinik tutup

Bila demam masih belum kebah, suami ke klinik semula. Maklumlah...musim influenza. Sejak 2 hari lepas suami gigih rekod suhu badan setiap beberapa jam untuk Dr membuat penilaian. Jadi bila Dr melihat turun naik suhu maka suami perlu menjalani ujian untuk influenza. Nurse mengambil sampel dalam hidung dan guna kit ujian influenza (macam kit ujian kehamilan). Sah!!Positif influenza B. Menjerit Dr "influenza!!!!!". Cepat-cepat mereka bawa suami ke bilik kuarantin dan laluan yang suami lalu sebelum ni disembur dengan alkohol. Saya yang menunggu di hadapan macam blur je. Bila nurse keluar dan maklumkan suami posotif influenza B sambil dia tepuk2 bahu saya dan kata "shinpai shinaide" - jangan risau ye...terus sebak bergenang air mata. Suami tidak boleh menggunakan laluan keluar yang sama dengan laluan masuk tadi. Risau orang lain akan turut berjangkit. Jadi nurse kena ambilkan kasut dan jaket untuk suami dan dia perlu lalu pintu lain.

Kit untuk kesan influenza. Ada band yang pudar kat B maknanya positif influenza B

Bilik kuarantin

 Setelah ambil ubat di farmasi yang terletak di sebelah klinik, suami terus berehat di rumah. Masa nak ambil ubat di farmasi, suami saya juga perlu dikuarantin. Masuk dan keluar guna laluan lain. Sistem di Jepun, klinik dan farmasi diasingkan untuk lebih efisien. Suami saya perlu kuarantin di rumah selama 5 hari dan pakai mask, rehat dan minum air banyak2. Sepatutnya saya pun perlu kuarantin tapi mustahil je sebab masih ada eksperimen. Tawakal je la. Ditambah lagi dengan perbentangan akhir yang perlu saya tempuh jadi kena bertabah dan jaga kesihatan. Ngam2 je saya habis perbentangan akhir, saya pulak yang tak sihat sampaikan suara tak keluar huhu korang semua jaga kesihatan tau di musim sejuk ni. odaijini minna san!!!

'Senjata' melawan influenza B. Cool fever, air OS, mask, ubat dan termometer

Klinik

dan farmasi di sebelah klinik


No comments:

Post a Comment

Sushi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna, (Entry ini sudah lama ditulis tapi lupa nak publish hehe tahun 2016 uols) Alhamdulillah dah m...