Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Makanan halal di Sendai
Sedia maklum jika ke luar negara,
antara perkara utama yang merisaukan bagi Muslim adalah makanan halal. Pilihan
pertama haruslah masak sendiri. Tapi kalau dah hari-hari masak tentulah penat
dan nak la juga merasa makan di luar. Ada sampai satu tahap saya tak boleh
makan masakan sendiri sebab muak. Jika di Malaysia, kami suka mencari makanan2
yang sedap. Setiap hujung minggu pasti gigih mencari demi sesuap makanan haha
Di Sendai ni ada beberapa kedai
makan halal seperti Naan Tandoori dan Naritaya. Ada juga kedai2 lain yang perlu
penyesahan bahan-bahan yang digunakan tiada unsur yang meragukan. Baru-baru ni kami
berpeluang ke Komeda’s Coffee (dalam 20-30 minit dari rumah) di Nagamachi berhampiran dengan The Mall untuk menikmati
burger ikan yang diwar-warkan halal dimakan. Sanggup meredah kesejukan asalkan tak
payah masak (padahal malas) haha
Hujan renyai2 menyambut kedatangan kami
Sampai saja di Komeda’s Coffee,
kami terpaksa menunggu giliran kerana ramai pelanggan walhal bukan masa puncak.
Sejuk la agaknya, ramai yang lapar. Bila nak memesan makanan, mata terbeliak
sebab harga makanan agak murah. Kami memesan burger ikan, sandwich telur,
waffle, air coklat ais dan kopi ais. Pekerja yang mengambil pesanan kami seakan
tidak percaya dengan apa yang dia dengar haha ‘makan untuk 2 orang? Korang biar
betul weh!!’. Macam tu la kot dia fikir hehe
Terliur beb air coklat ais dan kopi ais topping aiskrim vanila ni
Bila makanan sampai, kami
ternganga. Patutlah pekerja tadi pandang lain macam. Rupanya saiz burger ikan dan
sandwich tu besar. Tapi disebabkan belum makan tengahari maka memang habislah
makanan tu semua (err mengah la juga). Dapat pulak minum air coklat ais wahhhhh
memang angkat kening la. Kalau tak silap Komeda’s Coffee ni ada juga cawangan
di seluruh Jepun. Kalau anda ke Jepun, jangan lupa singgah di sini.
Tengok tu betapa terbaik besarnya burger ikan dia. Memang pekerja tu tanya 2x la pesanan kitaorg haha
No comments:
Post a Comment