Wednesday 30 November 2016

Kembara musim luruh di Nikko, Tochigi Part 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Wahhhh kemain lama nak sambung Part 3 huhu ok tarik nafas dan cuba ingat balik.

Di kala meredah perjalanan yang berkabus dalam misi mencari rumah tumpangan kami agak keliru dengan alamat yang diberi oleh tuan rumah. Bukan apa, dah la tak reti baca tulisan Kanji, malam2 pula tu. Pusing punya pusing jumpa la juga. Kebetulan keluarga kawan kami pun sampai pada waktu yang sama. Berjemaah la kami mencari rumah tu. Memandangkan kami sampai agak lewat, tuan rumah tinggalkan kunci di peti surat sahaja. Mula-mula saya bayangkan rumahnya sama saiz dengan rumah kami di Sendai tapi jangkaan saya ternyata meleset. Rumahnya sangat besar (kalau tengok dari luar macam kecil je), ada 2 bilik tidur, bilik mandi dan tandas (standard la mesti ada kan), ruang tamu dan dapur yang comel. Mesin basuh pun ada disediakan. Saya memang berpuas hati dengan rumah sewa ni dan kalau anda berkunjung ke Nikko bolehlah menginap di sini. Perut pun dah lapar dan penat berjalan siang harinya. Selesai makan malam, layan borak dan main-main dengan anak-anak kawan kami dan terus tidur dengan lenanya.

Owh..ada insiden masa saya nak keluarkan baju tidur suami saya. Rupanya saya tak masukkan seluar my darling haha ada baju sahaja. Terus Google mall yang berdekatan dan sangat mengejutkan ada AEON berdekatan dalam 10 minit dari rumah sewa itu. Memang strategik la rumah sewa ni.

Keesokan paginya kami ke Tobu World Square. Terletak dalam 20 minit dari rumah sewa. Ramai juga pelawat yang datang ke situ. Tiket masuk untuk dewasa adalah 2800 yen manakala kanak-kanak 1400 yen. Sebelum ke sini saya telah melayari laman web Tobu World Square ni. Di situ ada kupon diskaun untuk tiket. Cetak kupon dan tunjukkan di kaunter untuk diskaun 500 yen untuk dewasa dan 200 yen bagi kanak-kanak. Jimat duit weh. Sangat penting buat research sebelum datang ke sesuatu tempat.
Peta 3D 

Bila melangkah ke ruang pameran di kawasan terbuka terus wow nganga!!! Memang cantik dan nampak macam betul. Orang Jepun kan sangat teliti. Saya dok ralit belek hasil kerja tangan mereka. Bangunan-bangunan terkenal di dunia dalam bentuk mini tersergam indah depan kami. Ada 6 zon untuk bangunan-bangunan mini ni di mana ianya terbahagi kepada zon Asia, Eropah, Egypt, Jepun dan Jepun Moden. Tempat ni sangat luas sampaikan tak larat nak jalan tapi sebab tiket agak mahal gigihkan jua pusing semua tempat.    



Siap ada bunyi macam kat airport dan ada kapal terbang yang bergerak


Jangan tahan saya Incik Polis







Sebelum kami bergerak ke tempat seterusnya, kami singgah solat dulu. Di sini ada disediakan surau tapi kena ambil kunci di kaunter pendaftaran. Sangat jarang nak jumpa surau di Jepun ni. Selalunya kami solat di tempat parking atau tepi tangga.







Nak tau kami ke mana selepas Tobu World Square? Tunggu entry seterusnya haha (tak tau bila nak publish)

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...