Wednesday 30 November 2016

Oh my mice!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya nak share sikit mengenai pengalaman penyelidikan saya di Jepun. Eksperimen saya menggunakan mencit (mice) albino (bulu putih dan mata merah). Semasa perbincangan pertama kali dengan penyelia di sini, beliau sudah memaklumkan eksperimen saya akan menggunakan mencit walaupun saya ada pengalaman menggunakan sel kultur semasa Master dulu sob sob sob. Masa ni dah pasrah sebab saya lagi suka guna sel kultur. Ai is penggeli dengan segala haiwan eksperimen.

Sebelum memulakan eksperimen menggunakan haiwan eksperimen, saya harus menghadiri kursus pengendalian haiwan. Dalam kursus itu saya diajarkan bagaimana mengendalikan haiwan dengan betul. Tiada masalah besar bagi saya sebab saya pernah mengambil subjek pengendalian haiwan eksperimen semasa degree dulu dan saya pernah menggunakan tikus semasa Master. Seusai kursus barulah saya boleh masuk bilik haiwan eksperimen. 

Sistem makmal saya adalah setiap junior akan diajar oleh senior satu persatu. Senior saya mengajar saya setiap langkah sampai dia yakin saya boleh  buat sendiri. Bila dah boleh buat sendiri, saya kena memesan mencit untuk eksperimen. Lagi satu yang saya sangat suka di sini, kalau saya pesan barang hari ini, tak mustahil barang tu akan sampai esok. Cuma isi satu borang, dapatkan tanda tangan sensei pastu bagi pada pembantu sensei dan siap. Tak payah nak susah payah isi 10 helai borang pastu nak kena tunggu mesyuarat untuk luluskan pembelian pastu kena tunggu bendahari lagi pastu kena tunggu supplier lagi. Benda-benda macam ni la yang mempengaruhi mood untuk buat research. Nak Graduate on Time (GOT) lagi. Kadang-kadang sampai saya dah lupa saya pernah memesan barang tu haha (kau boleh bayangkan betapa lamanya kan). Cukup la dah rasa semua benda tu sebelum ni (nanti dah masuk kerja kena lalu lagi benda ni haha)

Saya akan share lagi mengenai mencitku pada entry yang lain. Jya, mate ne!!!

Macam buruk je kan animal house ni tapi pintu dia siap kena tekan password untuk masuk

Koridor dalam animal house

Rak untuk letak segala macam tikus

Comel tak kawan2 saya

Yang ni tugu peringatan untuk tikus. Setiap tahun ada majlis memperingati dorang. Saya tengok dari jauh je










No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...