Sunday 19 February 2017

Abukuma Cave, Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sambungan dari Inawashiro Lake dan Shibuki Gori. Selepas puas menjamu mata melihat Shibuki Gori, kami membuat keputusan untuk ke Gua Abukuma yang terletak lebih kurang sejam lebih dari situ. Alang-alang masih belum gelap dan memang dalam perjalanan pulang pun. Gua tu tutup jam 5 petang. Kami sampai di sini lebih kurang jam 4 petang. Sepatutnya bayaran masuk sebanyak 1200 yen tapi ada diskaun sampai 28 Februari ni. Dapatlah harga 900 yen. Terdapat larangan masuk untuk orang berkerusi roda, bertongkat, wanita mengandung dan yang mabuk kerana kebanyakan laluan bertangga dan bahaya.







Laluan ke gua yang curam

Gua Abukuma ni merupakan warisan semulajadi di tempat ini sejak tahun 1971.Laluan gua batu kapur ni bermula dengan menuruni tangga yang curam dan tiada penghadang tepi yang selamat. Bahaya kalau bawa kanak2 ke sini. Kami disambut dengan beberapa ais kristal tapi saya rasa pekerja di situ baru letak ais tu sebab hanya di situ sahaja yang ada ais haha selain itu terdapat lampu-lampu berwarna warni dan hiasan di sekeliling gua.
Ais yang macam baru letak =)


Perhiasan dari belon

Yang menarik mengenai gua ini adalah terdapat papan tanda jika batu-batu yang terbentuk di dalam gua ini menyerupai sesuatu objek seperti cendawan, pokok krismas dan lain-lain. Jika ingin laluan yang sedikit mencabar boleh tambah 200 yen lagi tapi masa kami di situ laluan itu sudah ditutup. Selain daripada itu, gua ini dijadikan tempat simpanan wine disebabkan suhu yang agak sejuk. Kami menghabiskan masa dalam 45 minit dalam gua ni.









Bentuk pokok krismas

tempat simpan wine


Terdapat planetarium dan observation deck berdekatan dengan Gua Abukuma. Kami sempat jenguk-jenguk je dari luar. Tidak jauh dari situ ada kincir angin di atas bukit. Kami berusaha juga ke arah kincir angin tu walaupun sesat dan laluan berbukit serta berais. Walaupun melalui saat mendebarkan bila tayar tak berapa cengkam dek kerana salji yang dah keras tapi pemandangan sekitar kincir angin sangat cantik. Selepas puas bergambar, kami berangkat pulang ke Sendai.



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...