Monday 13 February 2017

Inawashiro Lake dan Shibuki Gori di daerah Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hai minna san!!! Lama dah tak post kat sini. Sibuk dan serabut dengan lab, paper dan macam2. Bila dah serabut macam tu moh la kita tenangkan fikiran melihat alam semulajadi. Konon nak mendamaikan hati yang bergelodak gitu. Jya, hari minggu lepas saya, suami dan 2 orang adik undergrad (UG) mencemar duli ke Inawashiro Lake dan Shibuki Gori di daerah Fukushima. Tak jauh dari Sendai ni. Dalam 2 jam perjalanan ke selatan. Mula2 agak risau dengan cuaca yang mendung. Kalau dah mendung nak ambil gambar pun tak berapa nak feel. Alhamdulillah cuaca sangat elok sepanjang perjalanan. Yang penting pencahayaan agung mesti ada dalam gambar.

Sampai saja di Inawashiro Lake iaitu tasik ke 4 terbesar di Jepun, kami disambut dengan 'kawan2' yang dikatakan hanya ada di situ pada musim sejuk sahaja. Angsa dan itik bersenang lenang di dalam tasik menunggu manusia campak roti. Kami beli roti di kedai berdekatan. Jumlah 2 plastik roti 1000 yen. Ok la tu harganya. Banyak juga pakcik tu bagi. Lain kali kalau datang sini nak bawak roti sendiri. Bilangan itik lebih banyak dari angsa. Jadi golongan majoriti ni agak agresif berebut roti. Tak takut orang pula tu. Seronok sangat dapat bagi dorang makan. Terhibur sikit hati. Hasil pemerhatian saya, ada lebih kurang 6 jenis itik berlainan spesis dan 2 jenis angsa (mungkin jantan dan betina). Adalah juga kelibat beberapa ekor burung seagull berusaha nak dapatkan roti. Owh di tasik ini ada disediakan perkhidmatan bot keliling tasik tapi kami tak naik pun. Memandangkan Inawashiro Lake ni terletak di  ketinggian 514 meter, selalu juga la berkabus.

Bot bentuk itik








Swan yang berbeza warna di paruhnya



Seterusnya kami ke Nagase River untuk melihat Shibuki Gori (ukiran ais semulajadi) yang terletak berdekatan dengan Inawashiro Lake. Dalam 10 min je. Laluan ke Shibuki Gori agak menakutkan sebab ais tebal dan ada 2-3 kereta je yang lalu. Sampai saja di pintu masuk Shibuki Gori wow ais tebal nau. Tak jumpa tebal macam ni di Sendai. Ada food truck berhampiran pintu masuk yang jual hand toast coffee. Cool sangat sebab dia sediakan kerusi dan cerek air yang dipanaskan guna unggun api untuk pelanggan dia panaskan tangan. Kopi dia pun agak rare juga. Kopi + butter? Pertama kali dengar. Suami saya kata rasanya macam minum kopi dan makan roti butter gitu. Brother kopi tu agak peramah. Tanya kami dari negara mana, student ke blabla...siap bagitau nak ke Shibuki Gori kena jalan kaki lebih kurang 20 minit.








Sepanjang perjalanan mencari Shibuki Gori, banyak pemandangan yang cantik. Tasik beku, ais di ranting pokok dan yang menariknya banyak kawasan salji masih belum dipijak. Wahhhh salji macam ni la yang saya suka. Lembut sangat dan bunyi derapan pun best. Sepanjang pemerhatian saya, laluan ni agak licin dan salji tebal. Kena pakai kasut yang tapak cengkaman bagus. Saya sendiri pun beberapa kali nak tergolek. Kalau ada kayu yang macam mendaki bukit/gunung tu lagi bagus.

Bila sampai penghujung jalan, kami ternganga. Bunyi hempasan ombak tasik dan ukiran salji semulajadi yang sangat cantik terhampar depan mata. Ditambah pula dengan latarbelakang Bandai san (Gunung Bandai). Pokok-pokok juga diselaputi ais kristal. Teori pembentukan ais di tebing tasik dan pokok berhampiran dikatakan terhasil daripada air tasik yang dibawa angin atau ombak. Salji yang berdekatan dengan tasik ni agak kasar strukturnya, macam ais batu campur.

















Nak menghayati keindahan ciptaan Allah ni lama2 pun tak terdaya sebab angin sangat sejuk. Snap2 gambar dan terus menuju ke kereta. Nak tau ke mana kami selepas itu? Tunggu entry seterusnya =) Jya mata ne.


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...