Thursday 1 June 2017

Hachimantai musim luruh 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Baru2 ni saja dok belek2 dan susun gambar tahun lepas. Banyak juga tempat yang menarik saya dah jelajah. Saja nak letak dan kongsi di blog ni untuk kenangan dan rujukan di masa hadapan. Kebanyakan tempat yang saya jejak setakat ni berdekatan daerah Tohoku. Banyak tempat semulajadi yang cantik di Tohoku ni. Tohoku dibahagikan kepada 6 ken (wilayah): Akita, Aomori, Fukushima, Iwate, Miyagi dan Yamagata. Saya bermastautin di Sendai, Miyagi. Best tau Sendai ni. Aman damai je. Tak sibuk sangat kalau dibandingkan dengan Tokyo.

Musim luruh tahun lepas (2016), saya dan geng jalan Sendai mengembara ke Towada-Hachimantai National Park yang bersempadan dengan Akita, Aomori dan Iwate. Destinasi pertama kami adalah Tasik Towada yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Tohoku. Cantik sangat tasik ni. Boleh naik bot untuk keliling tasik dan menikmati pemandangan tasik yang berdekatan dengan Gunung Towada dan Gunung Namariyama. Masa ni dah mula rasa sejuk. Tiupan angin yang menyapa sampai pipi terasa kebas2 je. Saya dah pernah ke sini pada bulan yang sama tahun 2015 tapi masa tu daun dah bertukar warna. Kali ni daun masih belum betul2 merah.

Tasik Towada. Boleh naik bot kalau nak keliling tasik ni


Geng jalan Sendai

Tahun 2015 saya ke Oirase River Valley yang terletak tak jauh dari Tasik Towada dengan menaiki bas yang disediakan. Air dari Tasik Towada mengalir ke Sungai Oirase. Ada beberapa check point dan boleh jalan kaki menyelusuri Sungai Oirase. Terdapat beberapa air terjun di sepanjang laluan seperti Tomoshiraga, Shiraito, Shiraginu dan Kumoi. Boleh nampak juga ada beberapa tempat yang airnya deras. Yang paling cantik (bagi sayalah) kat Choshi Large Waterfall. Latarbelakang pokok2 dan batuan sungai berlumut membuatkan tempat ni menarik.

Kami juga sempat ke Gunung Hakkoda (Hakkoda san) yang terletak tak jauh dari Tasik Towada (lebih kurang sejam lebih). Gunung ni adalah gunung berapi yang dikelilingi dengan kawasan paya. Ada juga onsen (kolam air panas) yang berdekatan macam Suka-yu onsen, Sarukura onsen dan Yachi onsen. Masa winter Gunung Hakkoda ni menjadi tempat untuk main ski. Untuk ke puncak Gunung Hakkoda boleh mendaki ataupun naik Hakkoda Ropeway. Mestilah kami guna ropeway hehe disebabkan kami ramai jadi boleh dapat harga tiket lebih murah. Nak beli tiket pun beratur agak panjang dan sumbat je ramai2 dalam satu gondola tu. Nasib baik dapat tempat dekat dengan tingkap. Boleh la jenguk2 pemandangan dari atas. Musim luruh tahun 2016 agak pelik sedikit sebab daun2 berubah warna tak sekata. Ada yang dah merah tapi ada juga yang masih hijau. Sampai je di Summit Park Station, suhu menjadi sangat sejuk dan angin kuat. Siap ada salji sikit. Mujur bawa baju tebal. Di Summit square boleh nampak Gunung Iwaki. Dalam perjalanan balik, kami singgah sekejap di Jambatan Jogakura yang terletak tak jauh dari Gunung Hakkoda tu. Tapi tak berapa nak cantik bila ambil gambar sebab dah nak gelap. Takpelah...tangkap guna mata dan ingat dalam kepala. Nantikan review saya di tempat lain pula. Jya ne!!!


Daun yang dah mula merah


Ramai orang beratur baqhang


Pemandangan dari dalam gondola


Penampakan ais dalam musim luruh

Macam biasa..cubaan posing lompat
Dah macam musim sejuk kat atas ni

Sempat singgah jambatan Jogakura tak jauh dari Gunung Hakkoda



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...