Thursday 25 May 2017

Odaiba, Tokyo

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Kalau sebut Jepun, mesti dah terbayang Tokyo kan. Saya hanya pernah jejak ke Tokyo semasa transit dari KLIA ke Narita sahaja masa mula2 datang ke sini dan masa balik Malaysia sekejap tahun lepas. Kebetulan saya ada urusan di Chiba dan alang2 tu singgah la Tokyo berjalan2. Dan kebetulan pula ada geng Sendai yang menghantar keluarga pulang ke airport Haneda dan kereta dia ada ruang untuk saya dan suami pulang ke Sendai. Dah jimat duit kat situ. Dari Sendai ke Tokyo boleh menaiki bas (6 jam), shinkansen (2 jam, mahal tau. Pergi je dah 10000 yen) atau naik kapal terbang (lagi murah dari shinkansen).

Selesai urusan di Chiba, kami menaiki subway ke Odaiba, Tokyo. Odaiba ni adalah pulau buatan di Tokyo yang menjadi tarikan pelancong. Perut pun dah krup krup minta diisi. Di Tokyo ni banyak restauran halal, jadi tak perlu risau. Kami ke The Oven di Aqua City Odaiba yang menawarkan tabehodai (buffet all you can eat). Dah lama tak dapat makan secara tabehodai jadi memang seronok nau. Rambang mata uolss. Restauran ni dibuka pukul 11 tengahari-4 petang (untuk makan tengahari) dan 5 petang-11 malam (untuk makan malam). Hari cuti waktu makan tengahari dilanjutkan sampai jam 4.55 petang. Kebetulan dapat meja tepi tingkap jadi dapat tengok view Rainbow Bridge dan replika Liberty Statue yang menjadi trademark Odaiba. Layan beb sambil makan ayam, makanan laut, pizza, dessert dan drink bar. Bayaran sebanyak 1830 yen dan boleh makan (sampai sendat perut) selama 90 minit.

Rainbow bridge dari pandangan dalam train


Harga untuk makan tengahari

Oiiiii sedap!!!

Pemandangan dari The Oven

Tak jauh dari Aqua City ni ada lagi satu tarikan pelancong iaitu Gundam RX-78-2 berketinggian 10 meter yang diletakkan di hadapan Diver City Tokyo Plaza. Gundam besar ni dah berada di sini sejak April 2012 lagi. Pada April 2017, pihak Bandai Namco Holding Inc dah pindahkan Gundam besar ni dan dengar khabar akan diganti dengan model baru (Unicorn Gundam skala 1/1) yang dijangka siap masa musim luruh tahun 2017. Teruja sangat dapat datang ke sini. Saya memang dah lama teringin nak melihat Gundam besar ni dengan lebih dekat. Pada pukul 5 petang hingga 11 malam, lampu pada Gundam ni akan menyala dan pukul 730, 830 dan 930 malam, Gundam ni akan bergerak (sikit2 je la tapi osem sangat) dengan berlatarbelakangkan video dari cerita Gundam. Bersebelahan dengan Gundam besar ni ada kedai yang menjual Gundam edisi terhad dengan harga yang berpatutan. Haruslah beli sebab boleh tahan murah. Rupanya di tingkat 7 Diver City Tokyo Plaza ni ada muzium Gundam Front. Tak pergi pun sebab tak tau hehe In shaa Allah kalau ada rezeki nak tengok Gundam baru pulak tahun ni. Jya mata ne!!!









No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...