Wednesday 8 August 2018

Tanabata Matsuri 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san...

Lama dah blog ni tergantung sepi dek kerana tuan dia hilang mood nak menulis hehe kali ni mood datang, kena tulis banyak entry tertangguh fuhhhh....

Kali ni saya nak kongsi mengenai Tanabata Matsuri (Festival Tanabata). Tanabata Matsuri ni diadakan pada 6 hingga 8 Ogos setiap musim panas. Sebenarnya di daerah Tohoku ni ada 3 matsuri yang besar sempena musim panas iaitu Aomori Nebuta Matsuri, Akita Kanto Matsuri dan Sendai Tanabata Matsuri. Semalam saya berpeluang menikmati keindahan Sendai Tanabata Matsuri. Walaupun hujan renyai-renyai tetap penuh dengan lautan manusia. Ramai juga Nihonjin yang pakai yukata. Cantik sangat.

Tanabata matsuri ini disambut berdasarkan lagenda Jepun, Tanabata. Mengikut lagenda, Orihime, puteri raja yang tinggal di Milky Way telah jatuh cinta dengan Hikoboshi. Orihime selalu melambai-lambaikan bajunya yang cantik kepada ayahnya tetapi sejak jatuh cinta Orihime tidak melakukannya lagi. Ayah Orihime berang lalu tidak mengizinkannya berjumpa dengan Hikoboshi. Sejak dari itu Orihime sering menangis dan akhirnya ayahnya memberi keizinan untuk berjumpa Hikoboshi sekali setahun pada hari ketujuh bulan ketujuh mengikut kalendar China. Namun Sendai Tanabata Matsuri disambut sebulan lambat dari kalendar China.

Pelbagai hiasan Tanabata digantung di sekitar pusat membeli belah Ichibanco dan Chuo-dori hingga ke stesen Sendai. Hiasan yang tingginya 3-5 meter dihias dengan tanzaku (kertas berwarna warni) yang ditulis oleh orang ramai. Mereka menulis hajat atau impian di atas kertas tanzaku. Tanzaku yang telah siap ditulis digantung pada batang pokok buluh bersama hiasan origami yang lain seperti kimono, burung jenjang, beg duit, jaring dan beg sampah. Sebelum ini saya sempat mengikuti kelas membuat hiasan Tanabata mini. Menarik sangat. Hiasan Tanabata yang saya lihat semalam memang sangat cantik dan memukau. Ada yang diperbuat daripada ribuan origami burung jenjang pelbagai warna. Gigih yang amat =) Jika anda ke sini pada musim panas tahun depan, jangan lupa singgah Sendai untuk merasai kemeriahan Tanabata Matsuri yang menjanjikan pengalaman yang osem. Jya mata ne!



Omiyage



Yang ni paling win. Ribuan origami burung jenjang. Tahun lepas pun ada 

Pandangan dekat



Yang ni paling unik

Penerangan dalam bahasa Inggeris (jarang2 sangat nak ada)








Nampak tak tu ada origami kimono, bakul sampah, beg dan burung jenjang


yang ni kakkoi (cool)




munge munge pun cantik







No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...