Assalammualaikum dan salam sejahtera minna....
Kali ni nak kongsi entry tertangguh agar tidak lupa di ingatan. Musim panas di Jepun pada tahun ini agak panas dari biasa. Panasnya lain dari Malaysia. Walaupun baru mandi, tapi cepat je berpeluh balik. Berjalan-jalan pada musim panas ni seronok sebab waktu siang agak panjang, tak perlu terkejar-kejar. Nak berjalan jauh pun seronok. Cuma tak tahan panas je la hehe disebabkan faktor itu, saya membuat keputusan untuk terjah ke Gua Ryusendo di Iwate (ke arah utara dari Sendai) yang memakan masa dalam 4 jam perjalanan.
Gua Ryusendo merupakan gua batu kapur dan dikatakan antara 3 gua batu kapur terbaik di Jepun. Terdapat air di bawah gua ini yang membentuk tasik. Lebih kurang 700 meter laluan di dalam gua ini dibuka untuk pengunjung meneroka dengan melalui laluan yang disediakan merentasi air di bawah gua. Laluan agak licin dan perlu memakai kasut yang sesuai. Suhu di dalam gua agak sejuk walaupun pada musim panas. Pihak pengurusan ada menyediakan jaket untuk dipinjam sekiranya tiada. Bayaran masuk ke dalam Gua Ryusendo adalah sebanyak 1000 yen.
Ada 3 tasik di dalam Gua Ryusendo yang berkedalaman 35, 38 dan 98 meter. Dalam woooo....saya ada ternampak telefon bimbit tenggelam dalam tasik tu huhu nak ambil gambar pun rasa licin je tangan. Suasana dalam Gua Ryusendo takdelah gelap mana. Banyak lampu dipasang di dinding gua serta di bawah tasik. Tasik dalam Gua Ryusendo pun nampak cantik dan boleh anggar kedalamannya.
Selain laluan landai, ada juga laluan tangga (35 meter dari bawah) jika ingin melihat pemandangan Gua Ryusendo dari atas. Berpeluh-peluh jugak nak naik tangga tu (baca: gayat). Terbakar la kalori sarapan pagi tu hehe kalau bernasib baik boleh nampak kelawar yang bergantungan di dinding atas gua tapi kami tak nampak pun. Cuma jumpa najisnya sahaja =)
Di luar Gua Ryusendo ada disediakan air dari sumber semulajadi untuk diminum secara percuma. Segar dan sejuk je air tu. Berhampiran pintu masuk Gua Ryusendo ada sungai kecil dan batuan yang diliputi lumut. Cantik je mata memandang. Jya setakat ini saja perkongsian saya. Jumpa lagi di lain entry. Enjoy tengok gambar.
Haaaa kau...suhu kat dalam 10 degree. Pakai selapis je
Pintu masuk Gua Ryusendo
Takda bendera Malaysia, jadi tandalah di negara lain-lain
Suhu kat dalam gua 15.1 degree
Gambar dalam pamphlet
Gambar sendiri huhu tak semenggah
Nampak tak betapa dalamnya tasik ni
Tangga ni lah yang membakar kalori
Pemandangan dari atas
Batuan yang membentuk badan seorang perempuan
Air yang boleh terus diminum
Batuan lumut
Sungai sebelah gua
Jernih nau la
Produk yang boleh dibeli di kedai berhampiran
besnyeee..
ReplyDeletemeh datang
Delete