Tuesday, 16 April 2019

Halal Wagyu Panga, Tokyo

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Nak makan daging grill yang sedap, cair di mulut dan akan selalu teringat-ingat kelazatannya? Di Tokyo, ada satu kedai halal yakiniku (daging grill) yang menggunakan daging wagyu gred A5 yang semestikan akan membuatkan anda melayang-layang di udara dengan rasanya. Wagyu membawa maksud Wa = Jepun dan Gyu = lembu. 

Nama restoran yakiniku tersebut adalah Yakiniku Panga yang terletak di Taito, Tokyo. Panga bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong Muslim malah penduduk Jepun juga. Sepanjang saya di Jepun selama 4.5 tahun, adalah dalam 3-4 kali saya menjamu selera di sini. Mujur Sendai sangat jauh dari Tokyo. Jika tidak, memang setiap minggu akan ke sini hehe

Kali pertama saya makan di sini, rasa agak noob sebab saya pesan set daging yang sedikit dan sup. Bila datang je set daging tu, wahhhhh cantik dan nipisnya dia potong daging ni. Bau daging yang diperap lalu digrill memang menusuk hidung wehhh..Masuk je mulut, daging tu boleh cair dan terus hilang =) Sedap yang amat tak tergambar dengan kata-kata.

Sejak kena penangan Yakiniku Panga, kalau ada urusan di Tokyo pasti saya akan singgah makan di sini. Pilihan set daging bergantung kepada jumlah orang. Biasanya saya akan ambil set yang harganya lebih kurang 10000 yen (untuk 2 orang makan). Bukan apa...alang-alang dah sampai, baik ambil set yang boleh memuaskan tekak dan perut. Untuk set ini, chef akan grillkan daging yang pertama dan terakhir. Daging yang pertama agak tebal (tapi sedap!!!) dan akan dicelup dalam mentega bercampur dengan bawang putih. Daging yang terakhir pula akan digrill dan dicelup dalam telur. Slurppp sedap sangat. Ni tengah taip pun dah boleh terbayang-bayang kesedapan wagyu di Yakiniku Panga. Jya, kalau anda singgah Tokyo jangan lupa untuk ke sini supaya boleh jadi geng saya sebagai peminat tegar Yakiniku Panga. Pasti anda tidak menyesal cuma masa nak bayar tu mungkin menggigil sikit nak keluarkan duit hehe moh layan gambar yang boleh menjejes air liur. Jumpa lagi di lain entry.

daging yang pertama. grill dan celup dalam mentega

sidedish kimchi

set daging



yang ni set yang paling mahal. sekali sekala bolehlah

No comments:

Post a Comment

Qasreena Cafe, Bukit Katil, Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna... Dulu-dulu masa saya menyambung pelajaran di Matrikulasi Melaka Londang, saya pernah terde...