Wednesday 1 January 2020

Gyutan (lidah lembu)

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna...

Lidah lembu??!!!Apo?!! Itulah reaksi saya bila mula-mula dengar pasal gyutan (lidah lembu). Gyutan merupakan sajian yang popular di Sendai. Tapi sah-sah la kan tak halal. Mujur ada Nihonjin yang baik hati dan mendengar keluhan Muslim di Sendai yang mahu mencuba makanan popular ini. Ada satu kedai makan berhampiran dengan Sendai Eki yang menyajikan gyutan halal untuk Muslim. 

Saya tidak melepaskan peluang ini untuk mencuba gyutan. Ada pelbagai sajian gyutan samada gyutan sahaja atau bersama set nasi, sup dan kimchi. Boleh pilih nak berapa hiris gyutan. Selalunya saya pesan yang 5 hiris. Cukup untuk seorang. Rasa gyutan ni saya rasa memang sedap, kenyal-kenyal. Perapannya terasa ngam dengan gyutan tu. Jya kot-kot la korang nak menyinggah ke Sendai, jangan lupa cuba makan gyutan. Oishii!!!

Ni la rupa set nasi gyutan

2 comments:

  1. Apa nama kedai makan yang menyajikan gyutan di Sendai ini? Atau boleh share alamat nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama kedai ni Yamajyou tapi kawan saya di Sendai bagitau kedai ni baru je ditutup

      Delete

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...