Wednesday 1 January 2020

Imoni kai

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Bila masuk musim luruh, suhu makin sejuk yang nyaman. Best sangat nak jalan-jalan masa ni untuk tengok daun momiji dan ginko berubah warna. Kebiasaannya pada musim luruh, Nihonjin yang duduk di Tohoku akan mengadakan imoni kai (piknik sambil makan sup hot pot). Ramai yang akan piknik di luar (biasanya tepi sungai) masak sup campur kentang, ayam dan sayur yang lain. 

Imoni tu maksudnya mendidihkan taro (sejenis kentang). Sup campuran ini dimasak dalam nabe (periuk khas) menggunakan pes miso (pes kacang soya yang ditapaikan). Setiap daerah Tohoku mempunyai kelainan untuk sup imoni masing-masing di mana bahan-bahannya berbeza. Biasanya warga Malaysia di Sendai mengambil peluang cuaca elok di musim luruh untuk membakar ayam/sate di tepi sungai. 

Saya berkesempatan untuk belajar membuat imoni, onigiri dan omelet di Aobo Shimin Center (macam pusat kegiatan masyarakat). Sensei yang menganjurkan kelas masakan ini sangat peka dengan keperluan peserta Muslim dengan tidak meletakkan daging babi dan pes miso bebas alkohol sebagai bahan masakan untuk kumpulan kami. Seronok dapat belajar budaya dan masakan Jepun. Jya, jom layan gambar kat bawah ni. Jumpa lagi =) terima kasih kerana membaca.

Bahan-bahan imoni

Tiada babi

Pes miso halal

Ni la rupa imoni

Onigiri pun ada

omelette



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...