Wednesday, 11 October 2017

Geibikei Gorge, Iwate

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Waaaaaaaa dah sejuk sikit sekarang ni terutamanya masa malam menandakan sudah masuk musim luruh. Tiba2 je suhu jatuh mendadak. Harap2 tak demam huhu Daun momiji (maple) sudah bertukar warna dari hijau ke kuning dan merah sedikit demi sedikit. Cantik sangat. Sesuai sangat nak berjalan2 menghayati ciptaan Tuhan. Waktu tahun pertama di Sendai, saya sempat melawat ke Geibikei Gorge, di daerah Iwate untuk menikmati keindahan alam musim luruh. Tahun ni saya datang lagi dengan keluarga saya dari Malaysia. Kebetulan hari Isnin cuti sempena Hari Sukan. Tak jauh pun, sejam setengah je dari Sendai. Geibikei Gorge ni merupakan sungai (Sungai Satetsu) yang dikelilingi batu kapur. Maksud 'Geibi' adalah hidung singa diambil sempena batu kapur yang berbentuk hidung singa di hujung laluan gaung.

Faktor tarikan pelancong ke tempat ni adalah aktiviti naik sampan selama 90 minit yang dikayuh oleh pakcik Nihonjin. Dia akan kayuh sampan sambil2 bercerita mengenai sejarah tempat ni dan sambil nyanyi lagu tempatan yang bertajuk 'Geibi Oiwake'. Sepatah pun tak faham sebab dalam Nihongo. Hakak layan je. Walaupun begitu pengalaman ni sangat menakjubkan. Lagi satu, air sungai ni sangat jernih. Ada banyak ikan koi, ikan warna hitam (tak pasti ikan apa) dan itik. Boleh beli makanan ikan dan itik di kedai berhampiran (50 yen sepeket). Terapi minda sangat. Bayaran masuk 1500 yen untuk dewasa dan 860 yen untuk kanak2. Masa kami tengah beratur nak beli tiket, ada seorang staf yang boleh berbahasa English dan tanya kami dari negara mana. Bila kata kami dari Malaysia, terus dia kata bulan lepas dia ke Malaysia dan kerap ke sana. Siap boleh sebut beberapa perkataan macam 'terima kasih', 'nasi lemak','selamat datang'.

Sampan yang kami naik boleh memuatkan dalam 30 orang. Dayung sampan dia sangat unik. Kayu panjang dan di hujungnya macam ada besi bentuk sabit. Nampak bertenang je pakcik Nihonjin kayuh. Sambil dayung sambil terangkan mengenai tempat ni. Kami dok layan itik dan ikan2 je. Air sungai sejuk sangat. Ada satu tempat staf akan ambil gambar kami dalam sampan tapi lupa nak beli gambar tu huhu bila sampai hujung sungai, kami akan berhenti dan turun ke arah bukit batu kapur yang cantik. Pakcik tu beri kami masa selama 20 minit kat sini.

Ada beberapa kedai cenderahati dan kafe berhampiran tempat ni. Kami beli ikan ayu bakar (tak pasti nama dia dalam bahasa Melayu). Sedap juga. Dan yang menariknya, di sini ada disediakan surau. Kalau tak silap surau ni baru siap. Susah tau nak jumpa surau di Nihon ni. Kami selalu solat di tempat parking kereta atau di tempat ceruk2. Bila dah ada surau ni, kenalah jaga kebersihan. Jangan buang sampah dan kena keringkan lantai tempat ambil wudu'. Orang berbudi, kita berbahasa gitu. Jya, jumpa lagi di entry yang lain.





Ada jual ikan ayu bakar dan sofuto (aiskrim)

Itik

Susun kasut dalam sampan



Tempat dorang baling syiling dan berdoa

Nampak tak kegigihan pakcik tu mendayung




Ikan koi yang banyak

Staf yang dah banyak kali ke Malaysia. Siap ada bendera Malaysia-Nihon

Surau

Tempat ambil wudu'

Peraturan guna surau

  

Thursday, 5 October 2017

Kedai makan Jawa dan tempe

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Boleh bayang tak situasi bila mana kau jumpa kedai makan halal di negara yang bukan majoriti Muslim, pastinya kau akan rasa nak melompat girang setinggi yang boleh. Macam tu la yang saya rasa hehe pantang nampak tanda HALAL. Kebetulan kenalan kami terjumpa kedai makan Jawa lepas balik main salji di Izumigatake. Kedai makan Jawa ni sudah lama beroperasi tapi dek kerana orang Malaysia di Sendai ni tak tahu kewujudannya maka kami dok ulang2 ke kedai nan, Marumatsu, Saizeria, Gusto, kedai udon sampailah bosan. Biasanya saya akan masak masa hari bekerja dan makan di luar masa hujung minggu. Penat sangat nak masak hari2 (bosan dengan masakan sendiri pun ye juga).

Pemilik kedai Jawa ini merupakan wanita Indonesia, Ibu Sari yang berkahwin dengan lelaki Jepun (sudah memeluk Islam beberapa tahun yang lepas). Suami Ibu Sari fasih berbahasa Indonesia. Pelbagai menu disajikan di sini yang memang menepati citarasa tekak pedas kami ni. Ada set nasi campur (serius kenyang), bakso (sedap pedas terangkat) dan yang penting ada sambal pedas. Harga pun boleh tahan berbaloi dan boleh makan guna tangan hehe tak payah pakai hashi (chopstick) ataupun sudu garfu. Macam kat rumah. Suasana kedai ni sangat nyaman dan ada taman di bahagian luar. Siap ada buaian dan pokok2.

Ibu Sari juga membuat tempe sendiri dan giat mempromosikan tempe untuk orang Jepun. Menu yang kita biasa buat guna tempe macam tempe goreng, sambal tempe sama ikan bilis dan kentang ataupun masak kuah putih. Tapi kan, Ibu Sari boleh buat kek guna tempe uols. Sedap sangat. Selain kedai makan, mereka juga ada kebun sendiri. Ternganga juga bila dia kata ada tanam pokok pisang (tapi tak berbuah la sebab faktor cuaca), limau purut, cili dan sayur2. Kalau singgah ke Sendai, bolehlah datang makan Kedai Jawa ni. Mesti meleleh hingus kepedasan =)



Siap ada rempeyek


Kek tempe

Dekorasi luar kedai


Daun pudina


Nampak pokok pisang tu

Dekorasi dalam kedai


Masa ni musim salji

Luar kedai

Restoren Tempe dan Jawa

Jawa, kari, tempe (tu je yang boleh baca)

Wednesday, 4 October 2017

Hari Raya Aidiladha 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Ada yang tertanya-tanya ke apa maksud 'minna'? Dalam bahasa Melayu maksudnya adalah 'semua'. Biasa digunakan merujuk kepada orang. Kali ni nak kongsi mengenai Hari Raya Aidiladha tahun ni. Memandangkan jatuh pada hari Jumaat yang barakah, jadi saya kena datang ke makmal macam biasa huhu Hari Raya Aidilfitri yang lepas jatuh masa hari minggu. Bolehlah masak dan makan sakan. Konon-konon nak minta balik awal separuh hari tapi banyak keje pula huhu

Raya kali ni adalah Aidiladha yang ke 3 saya di Sendai. Kali pertama masa 2 minggu sampai. Masa tu sorang-sorang tanpa suami sebab certificate of eligibility (COE) dia belum dapat lagi. Sedih woo masa tu. Nak makan pun tak lalu sebab takda mood padahal laki aku dok melantak bagus punya kat Malaysia haha tahun lepas dapat peluang balik Malaysia kejap dan kebetulan Aidiladha . Tak rancang pun. Bila kat sini, tarikh penting macam ni memang tak tau pun haha..

Tahun ni seperti biasa solat hari raya Aidiladha diadakan di masjid Sendai. Warga Malaysia di sini telah merancang untuk mengadakan jamuan makan-makan pada hari Sabtu di lobi International House Sanjo 1. Saya hanya sempat menyediakan kek pandan, kek minyak, nasi impit serta goreng keropok. Antara hidangan yang lain adalah seperti nasi lemak, nasi minyak, nasi daging, rendang ayam dan ada juga biskut raya dari Malaysia. Selain meraikan Aidiladha, kami juga meraikan kedatangan warga Malaysia yang baru sampai di Sendai. Masa ni je la boleh beramah mesra. Bila hari biasa memang tak sempat nak jumpa. Jom layan gambar makanan di bawah ni (tak ambil pun gambar lain sebab sibuk makan haha entry ni dah terperuk lama dalam draf. Hari ni baru lapang sikit nak siarkan haha)
Macam biasa, hakak uruskan bab kek

Kek pandan yang tak sempat nak make up dengan krim

Nasi daging oishii

Nasi lemak sentiasa di hati

Tak lengkap takda menu ni

Model makanan

Pindah rumah lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Masa tahun pertama saya dan suami menginap di asrama International House Sanjo 1, Tohoku University. Kami dapat rumah untuk couple dengan bayaran 10000 yen sebulan (lebih kurang RM400). Sangat murah dan dekat dengan konbini, bus stand, kedai. Tapi boleh menyewa di situ hanya untuk setahun sahaja. Jadi bermulalah episod derita cari rumah sewa kat Jepun. Memang derita sebab payah nau. Dengan masalah bahasa, peraturan ketat, tak nak foreigner, mahal, jauh dan macam-macam lagi. Tak semudah macam kat Malaysia. Alhamdulillah dapat juga rumah di Kashiwagi, tak jauh dari Sanjo. Ok lah rumahnya...ada 2 keluarga Malaysia menyewa di bangunan sama. Senang nak minta tolong. Tup-tup baru dapat tahu, pihak asrama keluarkan peraturan baru untuk rumah couple. Boleh menyewa sampai habis pengajian. Hampeh betul....kami selalu dok perhati rumah couple yang banyak kekosongan. Selalu terdetik dalam hati kenapalah tak nak bagi kami duduk sampai habis belajar. Jadi, bila tahu peraturan baru ni kami pun cubalah nasib. Manalah tahu dapat. Alhamdulillah dapat menyewa rumah couple tapi sewanya dah naik tapi masih berbaloi jika dibandingkan dengan rumah sekarang.

Kami pun dah buat perkiraan. Beza sewa pun banyak dengan rumah sekarang ni. Walaupun dah selesa dengan rumah sekarang sebab 7Eleven depan rumah dan tiada tangga di dalam rumah tapi demi sewa murah kami pindah la juga. 

Masalah besar nak pindah ni adalah kena jual barang-barang besar seperti peti ais dan mesin basuh. Semua peralatan ni sudah lengkap disediakan di asrama. Kami iklankan di Flea Market Sendai. Terpaksalah jual harga murah. Takpelah...dah puas pakai 2 tahun ni. Kalau tak dijual, satu hal la pula nak shobun (buang dengan sedikit bayaran). Sayang pula sebab masih berfungsi. Lagi satu masalah pula dapat kunci masa 27hb September di mana hari bekerja. Waaaa susah nak pindahkan barang dan bersihkan rumah lama dalam masa yang suntuk. Kat sini tak boleh keluar rumah dalam keadaan yang kotor tau. Tak pasal kena bayar mahal untuk caj pembersihan. Deposit masa masuk rumah dulu rasanya tak dapat balik. Tah2 siap kena tambah duit lagi huhu dah jumpa oyasan (tuan rumah) dan dia kata nanti dia telefon selepas periksa rumah. Harap2 tak kena bayar banyak. Fuhhhhh penat pindah randah ni. Moga tiada episod pindah rumah lagi lepas ni =)

Masa musim sejuk memang membeku masa masak

Ruang tamu

Bilik tidur berlantaikan tatami




Cantik pemandangan kat sini

Sob sob sedih nak pindah keluar




~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...