Wednesday 11 October 2017

Geibikei Gorge, Iwate

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Waaaaaaaa dah sejuk sikit sekarang ni terutamanya masa malam menandakan sudah masuk musim luruh. Tiba2 je suhu jatuh mendadak. Harap2 tak demam huhu Daun momiji (maple) sudah bertukar warna dari hijau ke kuning dan merah sedikit demi sedikit. Cantik sangat. Sesuai sangat nak berjalan2 menghayati ciptaan Tuhan. Waktu tahun pertama di Sendai, saya sempat melawat ke Geibikei Gorge, di daerah Iwate untuk menikmati keindahan alam musim luruh. Tahun ni saya datang lagi dengan keluarga saya dari Malaysia. Kebetulan hari Isnin cuti sempena Hari Sukan. Tak jauh pun, sejam setengah je dari Sendai. Geibikei Gorge ni merupakan sungai (Sungai Satetsu) yang dikelilingi batu kapur. Maksud 'Geibi' adalah hidung singa diambil sempena batu kapur yang berbentuk hidung singa di hujung laluan gaung.

Faktor tarikan pelancong ke tempat ni adalah aktiviti naik sampan selama 90 minit yang dikayuh oleh pakcik Nihonjin. Dia akan kayuh sampan sambil2 bercerita mengenai sejarah tempat ni dan sambil nyanyi lagu tempatan yang bertajuk 'Geibi Oiwake'. Sepatah pun tak faham sebab dalam Nihongo. Hakak layan je. Walaupun begitu pengalaman ni sangat menakjubkan. Lagi satu, air sungai ni sangat jernih. Ada banyak ikan koi, ikan warna hitam (tak pasti ikan apa) dan itik. Boleh beli makanan ikan dan itik di kedai berhampiran (50 yen sepeket). Terapi minda sangat. Bayaran masuk 1500 yen untuk dewasa dan 860 yen untuk kanak2. Masa kami tengah beratur nak beli tiket, ada seorang staf yang boleh berbahasa English dan tanya kami dari negara mana. Bila kata kami dari Malaysia, terus dia kata bulan lepas dia ke Malaysia dan kerap ke sana. Siap boleh sebut beberapa perkataan macam 'terima kasih', 'nasi lemak','selamat datang'.

Sampan yang kami naik boleh memuatkan dalam 30 orang. Dayung sampan dia sangat unik. Kayu panjang dan di hujungnya macam ada besi bentuk sabit. Nampak bertenang je pakcik Nihonjin kayuh. Sambil dayung sambil terangkan mengenai tempat ni. Kami dok layan itik dan ikan2 je. Air sungai sejuk sangat. Ada satu tempat staf akan ambil gambar kami dalam sampan tapi lupa nak beli gambar tu huhu bila sampai hujung sungai, kami akan berhenti dan turun ke arah bukit batu kapur yang cantik. Pakcik tu beri kami masa selama 20 minit kat sini.

Ada beberapa kedai cenderahati dan kafe berhampiran tempat ni. Kami beli ikan ayu bakar (tak pasti nama dia dalam bahasa Melayu). Sedap juga. Dan yang menariknya, di sini ada disediakan surau. Kalau tak silap surau ni baru siap. Susah tau nak jumpa surau di Nihon ni. Kami selalu solat di tempat parking kereta atau di tempat ceruk2. Bila dah ada surau ni, kenalah jaga kebersihan. Jangan buang sampah dan kena keringkan lantai tempat ambil wudu'. Orang berbudi, kita berbahasa gitu. Jya, jumpa lagi di entry yang lain.





Ada jual ikan ayu bakar dan sofuto (aiskrim)

Itik

Susun kasut dalam sampan



Tempat dorang baling syiling dan berdoa

Nampak tak kegigihan pakcik tu mendayung




Ikan koi yang banyak

Staf yang dah banyak kali ke Malaysia. Siap ada bendera Malaysia-Nihon

Surau

Tempat ambil wudu'

Peraturan guna surau

  

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...