Thursday 5 October 2017

Kedai makan Jawa dan tempe

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Boleh bayang tak situasi bila mana kau jumpa kedai makan halal di negara yang bukan majoriti Muslim, pastinya kau akan rasa nak melompat girang setinggi yang boleh. Macam tu la yang saya rasa hehe pantang nampak tanda HALAL. Kebetulan kenalan kami terjumpa kedai makan Jawa lepas balik main salji di Izumigatake. Kedai makan Jawa ni sudah lama beroperasi tapi dek kerana orang Malaysia di Sendai ni tak tahu kewujudannya maka kami dok ulang2 ke kedai nan, Marumatsu, Saizeria, Gusto, kedai udon sampailah bosan. Biasanya saya akan masak masa hari bekerja dan makan di luar masa hujung minggu. Penat sangat nak masak hari2 (bosan dengan masakan sendiri pun ye juga).

Pemilik kedai Jawa ini merupakan wanita Indonesia, Ibu Sari yang berkahwin dengan lelaki Jepun (sudah memeluk Islam beberapa tahun yang lepas). Suami Ibu Sari fasih berbahasa Indonesia. Pelbagai menu disajikan di sini yang memang menepati citarasa tekak pedas kami ni. Ada set nasi campur (serius kenyang), bakso (sedap pedas terangkat) dan yang penting ada sambal pedas. Harga pun boleh tahan berbaloi dan boleh makan guna tangan hehe tak payah pakai hashi (chopstick) ataupun sudu garfu. Macam kat rumah. Suasana kedai ni sangat nyaman dan ada taman di bahagian luar. Siap ada buaian dan pokok2.

Ibu Sari juga membuat tempe sendiri dan giat mempromosikan tempe untuk orang Jepun. Menu yang kita biasa buat guna tempe macam tempe goreng, sambal tempe sama ikan bilis dan kentang ataupun masak kuah putih. Tapi kan, Ibu Sari boleh buat kek guna tempe uols. Sedap sangat. Selain kedai makan, mereka juga ada kebun sendiri. Ternganga juga bila dia kata ada tanam pokok pisang (tapi tak berbuah la sebab faktor cuaca), limau purut, cili dan sayur2. Kalau singgah ke Sendai, bolehlah datang makan Kedai Jawa ni. Mesti meleleh hingus kepedasan =)



Siap ada rempeyek


Kek tempe

Dekorasi luar kedai


Daun pudina


Nampak pokok pisang tu

Dekorasi dalam kedai


Masa ni musim salji

Luar kedai

Restoren Tempe dan Jawa

Jawa, kari, tempe (tu je yang boleh baca)

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...