Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum saya
nak kongsikan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang di Sendai, Jepun ni
saya nak tekankan bahawa bukanlah negara kita tak bagus, negara orang bagus
sangat. Mana yang baik kita ambil dan boleh diterapkan. Tak salah pun. Ni baru
nak cerita, ada pula yg kata ‘tu nak cerita pasal Jepun lagi la tu’ (hrmmm dah
tu saya duduk kat sini ceritalah tentang negara ni). Kenalah berlapang dada,
berfikiran positif dan bersangka baik selalu hokeh!!
Kali ni nak
cerita pasal kemaskan meja dan pinggan lps makan di kedai makan/kantin
universiti. Kebanyakkan tempat makan di sini mengamalkan sistem kemas sendiri
meja makan setelah selesai makan. Kadang2 tu ada disediakan kain basah untuk
kita lap sendiri meja kot2 ada tertumpah. Selesai makan, kena angkat sendiri
pinggan yang digunakan. Kalau ada sisa2 makanan, kena buang dulu baru letak
pinggan tu di bekas yang disediakan. Jadi secara tak langsung kurang tenaga
kerja yang diperlukan untuk memastikan meja bersih.
Kain untuk lap meja kalau ada sisa makanan
Lagi satu hasil pemerhatian saya, kalau masa tu orang sangat
ramai (lunch hour) dan meja tak cukup, yang dah habis makan memang akan bagi laluan untuk yang baru datang. Takdalah macam perangai yang dah habis makan ni
berborak mcm 10 tahun tak jumpa kawan tu. Bagi saya sistem
ni sangat bagus untuk diamalkan sebab mengajar kita erti tanggungjawab,
prihatin dan menanam nilai sukakan kebersihan. Lagi pula lepas makan kenalah
exercise sikit kan hehe barulah pencernaan berjalan lancar dan perut tak muncet gitu..
p/s: saya
pernah tengok sistem ni dikuatkuasakan di kafe UiTM Puncak Alam Selangor.
Bagusnya!!!harap2 diperluaskan lagi di tempat lain pula. Pinggan kita
tanggungjawab kita.
No comments:
Post a Comment