Permainan Pokemon
Go sudah melanda Jepun sejak Jumaat lepas. Fenomena dan sambutan yang sangat luar
biasa dapat disaksikan di sini. Saya dan suami pun tak melepaskan peluang
mencuba permainan ni hehe walaupun kami ni dah dewasa (tapi hati masih remaja
hehe) dan sibuk di makmal tetap nak rasa jugak apa yang best sangat tentang
Pokemon Go ni. Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma. Tak susah pun nak
mengendalikan permainan ni janji bateri penuh dan ada internet. Boleh tahan
juga makan bateri bila main game ni. Sekarang ni charge phone 2 kali sehari
huhu
CikWeen berjaya menawan gym ni dengan pokemon yang paling kuat yang saya ada ketika itu. Battle yang pertama. Rasa best pulak hehe
Kali ni saya
nak cerita tentang sisi positif main game ni pada kaca mata saya. Memandangkan
Pokemon Go tengah hot maka jom kita tengok apa kebaikan game ni:
1. Adakah
anda kenal mana2 kawan yang hardcore gamer (online/offline)? Biasanya dorang ni
memang tak nak keluar rumah (kalau main kat umah) sebab dok syok layan game. Melekat
je depan PC. Dorang ni memang takda masa untuk bersosial di luar. Macamana nak
bagi dorang ni keluar rumah? Pokemon Go ni mempunyai fungsi yang memerlukan
pemain keluar menangkap Pokemon di tempat2 tertentu. Kalau nak dapatkan
Pokeball dan barang2 yang lain, kenalah ke Pokestop. Jadi hardcore gamers ni
akan keluar dari sarang masing2 untuk tangkap Pokemon sambil kutip Pokeball.
Kalau dah sampai level tinggi dan ada Pokemon yang kuat, dah boleh untuk battle
kat gym. Kadang2 tu kalau tengok ada ramai orang dok lepak2 sambil pegang
smartphone maka sahlah tempat tu ada banyak Pokemon. Sambil2 tangkap Pokemon tu
boleh juga berborak dengan orang sekeliling dan bandingkan Pokemon masing2.
Takdalah jadi kera sumbang lagi dan boleh tingkatkan skil berkomunikasi (atau
skil mengorat haha untung2 boleh dapat boyfriend/girlfriend. Dah la sama
kepala. Boleh tangkap Pokemon sama2 haha). Sebenarnya lagi syok kalau ajak
kawan2/family cari Pokemon sama2. Dari situ boleh menguatkan ikatan
silaturrahim (cewah!!) dan adalah jugak modal hot untuk berborak. Takdalah krik
krik je bila berkumpul bersama.
Banyak lagi Pokemon yang belum saya tangkap
Senarai Pokemon yang saya ada mengikut kekuatan
2. Kebanyakan
Pokestop diletakkan di tempat2 yang menarik (kedai makan, muzium, shopping
mall, perpustakaan, taman). Jadi secara tidak langsung boleh meningkatkan hasil
jualan (lapar kot jalan jauh) serta pemain boleh juga mengetahui kewujudan
tempat itu. Saya tidak perlu ke mana2 untuk kutip Pokeball kerana ada satu
Pokestop (kedai makan Korea) di sebelah rumah hehe syok weh dok kutip barang
setiap malam sampai penuh beg.
Pokestop sebelah rumah. Balik lab je dok kutip barang2 (Pokestop, portion, telur). Kadang2 tu ada orang pasang lure untuk tarik perhatian Pokemon untuk singgah Pokestop ni. Apa lagi, seronok la menangkap sambil makan malam di rumah hehe owh yang ada pokemon besar tu adalah gym, tempat untuk battle.Kumpulan merah dah berjaya menawan gym itu. Kalau saya nak letak pokemon saya di gym tu sebab satu rumah sukan, saya kena training dulu kat situ dan kalau menang, pokemon saya boleh berada di gym tu dan dapat naikkan level gym. Jadi susah la team lawan nak kalahkan gitu la konsepnya.
Yang ni senarai barang yang saya dapat ketika memancing di Pokestop sebelah rumah sampai penuh beg haha
3. Selain
itu, game ni ada aplikasi mengeramkan telur untuk hasilkan Pokemon. Kat
Pokestop kita boleh kutip Pokeball, telur, berry dan beberapa barang lain. Telur
perlu diletakkan di dalam inkubator dan perlu berjalan samada 2km, 5km atau
10km untuk menetaskan telur itu. Wahhh jenuh mak nak jalan tau. Tapi ini adalah
senaman yang bagus. Sambil bakar lemak sambil tetaskan telur gitu haha
Menariknya!!
Telur yang dieram dalam inkubator. Ada 2 jenis inkubator: sekali guna dan unlimited. Jenis telur pulak ada 3: 2, 5 dan 10 km. Kena jalan sejauh jarak telur yang dieram untuk dapat pokemon. Selalunya lagi jauh jarak lagi menarik pokemon yang kita dapat.
Kesimpulannya,
main apa2 game sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya. Pandai-pandailah kita
yang kawal. Bagi saya, setiap orang ada cara masing2 untuk melepaskan tekanan.
Ada yang bersukan, tengok cerita Korea, melancong dan macam2 lagi. Jadi tak
perlulah nak kecam gamers disebabkan hobi dia lain dari kita. Bukannya dia kacau
dan menyusahkan orang lain kan. Ok nak sambung tangkap Pokemon ni. Jya ne!!!
No comments:
Post a Comment