Thursday 21 July 2016

Solat di mana-mana asalkan bersih

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bila di Malaysia, selalunya saya akan singgah solat di masjid, surau samada di luar atau di shopping mall bila mana saya keluar. Di Jepun ni agak sukar nak jumpa surau atau masjid. Kalau ada pun, agak jauh. Contohnya di Sendai ni, ada satu masjid. Bangunannya takdalah bentuk macam masjid di negara kita. Bangunan biasa saja dan tidaklah besar mana. Rasanya dalam satu2 masa boleh memuatkan dalam 150-200 orang macam tu. Setakat ni selain masjid Sendai, saya pernah menjejakkan kaki ke masjid Kobe dan masjid Nagano. Moga2 diberikan kesempatan untuk ke masjid2 lain di Jepun ni. Terdapat satu kedai makan di Sendai ni yang menyediakan surau kecik (muat 2 orang sekali masuk) walaupun ownernya Nihonjin. Nama kedai tu Naritaya yang menghidangkan makanan mesra Muslim. Tiada alkohol dan bahan terlarang yang digunakan di kedai ni.

Kedai makan Naritaya yang menyediakan makanan mesra Muslim dan ada surau kecil

Kalau di school, saya biasanya akan solat di tangga tingkat atas sekali. Kadang2 tu pekerja bangunan akan lalu lalang untuk masuk ke bilik kawalan (macam untuk aircond agaknya). Ada satu masa tu, seorang pekerja nampak saya tengah bersolat dan dia akan tunggu sampai saya habis solat untuk dia lalu. Jika saya di luar pula, biasanya akan solat di tempat parking, tangga mana2 yang takda orang lalu lalang sangat dan ada juga bersolat di tempat persalinan pakaian haha bentang sejadah dan solat. Pernah sekali saya dan suami solat di tempat parking di mall, kami perasan ada Nihonjin yang rakam video kami tengah solat. Pertama kali kot tengok Muslim bersolat. Kebiasaannya saya akan bawa sejadah ke mana2 kalau saya keluar. Nak cari kiblat pun senang je guna apps kat phone. Tak susah pun sebenarnya. Tiada surau/masjid bukan penghalang untuk solat.



Di bilik persalinan GAP. besar dan selesa nak solat. Buat2 nak cuba baju dan solat terus

Tu cerita pasal tempat nak solat. Tang nak ambil wuduk pun menarik juga. Kat sini saya ambil wuduk di sinki toilet. Kan toilet dorang kering. Jadi kena ambil wuduk berhati2 supaya air tidak terpercik ke lantai. Masa musim panas takda masalah untuk ambil wuduk. Bila masuk musim luruh dan lebih parah bila datang musim sejuk mak aiiiii....memang sakit sampai ke tulang kalau sinki tu takda air panas haha macam mandi ais gitu sakitnya. bila musim bunga dan musim panas, waktu subuh di sini jadi awal (dalam pukul 2-3 pagi haha). Memang tak boleh berjaga lepas tu untuk tunggu waktu ke lab. Maunya terlentok2 kat lab.

Incik suami yang solat di laluan tangga mall. Tangga ni jarang orang lalu. Kami bergilir2 solat. 

Pengalaman yang saya lalui ini memang sangat berharga. Dok terbayang, sedangkan tengah berperang pun masih boleh bersolat apatah lagi keadaan saya yang tak berapa emergency ni. Syukur Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...