Friday 24 March 2017

Bukan milikku

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Kenangan di kala disahkan mengandung pada tahun 2011 sangat saya ingat sampai sekarang. 2 tahun berkahwin dan hamil selepas melakukan prosedur HSG (sakit yang amat) membuatkan saya dan suami teruja sangat. Cuma saya sangat2 terkilan bila tak buat pemeriksaan lanjut dengan Dr pakar yang saya rujuk sebelum ni. Dia dah berpesan kepada saya kalau positif mengandung terus jumpa dia. Saya cuma ke klinik ibu mengandung dan konon2nya nak jumpa Dr pakar bila kandungan dah besar. Sangat naif masa tu. Padahal masa yang kritikal adalah trimester pertama. Disebabkan kelalaian dan kurang ilmu masa tu saya kehilangan anak saya padahal dah dua kali scan Dr mengesahkan anak saya sangat sihat. Saya masih ingat melihat degupan jantung dia dan saiz dia yang comel.

Saya menjalani rutin harian macam biasa. Makan pun takda pantang2. Bila saya ada temujanji masa minggu ke 10, saya dah rasa tak sedap hati bila Dr scan dan mengatakan jantung anak saya tiada denyutan. 2 doktor cuba scan dan pendapat mereka sama. Saya bergegas jumpa Dr pakar dengan harapan anak saya masih ada cuma mungkin mesin scan di klinik tak berapa canggih. Sepanjang jalan saya berdoa dan berharap walaupun saya tau harapan sangat tipis. Dan memang intuisi saya betul. Tiada denyutan jantung dikesan dan Dr pakar bagi pilihan samada nak buat prosedur DnC atau tunggu anak saya 'gugur' secara semulajadi. Saya tak boleh fikir masa tu dan saya perlukan ruang untuk bertenang. Dalam masa seminggu saya bersedih dan akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan prosedur DnC. Dah la masa tu minggu hari lahir suami saya. 

Prosedur DnC hanya mengambil masa beberapa jam dan saya tak perlu bermalam di wad. Dr letak janin saya di dalam botol kecil dan saya tak sanggup tengok lama2. Nampak jelas jari2 dia. Panjang2 macam jari saya. Balik rumah saya terus tidur dan suami uruskan tanam janin tu di laman rumah. Saya dapat MC selama 2 minggu dan berpantang macam biasa. Saya cuba nampak gembira sebab tak nak buat suami dan keluarga risau. Saya selalu salahkan diri saya sebab tak follow up dengan Dr pakar, tak buat bacaan yang mendalam tentang kehamilan, tak jaga makan. Semua tu penyebab sahaja dan peristiwa ni buat saya muhasabah diri sendiri. Allah nak uji saya sebenarnya. Mungkin saya belum bersedia untuk jadi ibu terbaik dan mungkin masanya belum tepat. Saya sedar apa yang ada di dunia ni hanya pinjaman. Bila2 masa akan ditarik balik nikmat tu. Eh...kenapa post kali ni macam serius pulak? Biasalah emosi turun naik. Lain kali post pasal jalan2 pulak. Jya mata ne. 


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...