Wednesday 19 April 2017

Rumah depan konbini (convenience store)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu keunikan Jepun ialah konbini (convenience store) yang merata-rata. Setiap beberapa meter akan ada konbini. Celah ceruk mana tah pun tetap ada konbini. Antara yang popular adalah 7Eleven, Lawson, FamilyMart (dah ada kat Malaysia), Circle K Sunkus (sunkus = thanks) dan ada beberapa lagi yang saya tak tau. Fungsi konbini ni bukan sahaja jual barang tapi lebih dari tu. 

1. Boleh bayar bil utiliti serta bayar tiket kapal terbang
2. Photocopy (buat sendiri)
3.Tumpang guna tandas (tandas konbini sangat bersih dan tiada bau walaupun dalam konbini)
4.Tumpang paking kereta dan tido (banyak pekerja2 akan park kenderaan di sini dalam pukul 12 tengahari-1 petang. Parking pun luas sangat)
5.Boleh keluarkan duit guna ATM.
6.Ada tong sampah di hadapan konbini. Boleh buang sampah di situ. Kat Jepun ni tiada tong sampah di luar. Kalau nak ada sampah, kena simpan dan buang di rumah. Bukan buang merata2 tau uols
7.Tumpang baca majalah (sebab tak reti baca kanji jadi tengok je la dari jauh)

Barang-barang dalam konbini ni sangat menarik, pelbagai dan selalu up to date. Harga pun agak berbaloi. Contoh la kalau masa tu musim sejuk, air dalam botol dan tin akan diletakkan dalam peti yang suhu tinggi. Ada juga jual nabe (hot pot). Sedap tu makan panas-panas. Bila tiba musim sakura pula, banyak produk makanan dan minuman bertema sakura macam teh sakura dan mochi sakura. Menarik sangat. 

Rumah sewa saya kebetulan di depan 7Eleven. Bila nak masak dan tak cukup barang, berdesup turun jap beli barang. Pagi2 sebelum ke lab boleh singgah beli sarapan. Pendek kata, senang yang amat la. Dah pun nama convenience store kan. Jya setakat ini sahaja perkongsian saya. Jumpa di lain entry.

Turun rumah nampak konbini

Boleh baca majalah ni kat sini. Siap ada barang free dalam majalah ni. Biasa saya tunggu yang dapat handbag

Segala macam barang ada kat sini

Kerepek ume


Mochi sakura



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...