Monday 30 October 2017

Air terjun Akiu, Miyagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna,

Minggu lepas Jepun dilanda taufan Lan dan disusuli dengan taufan 22. Hujan dan angin sangat kuat. Daun pun cepat je luruh. Kebiasaanya sebelum merancang untuk jalan-jalan, kena tengok dulu cuaca hari kejadian. Kalau hujan/mendung tak syok pula nak jalan-jalan. Kali ni Geng Jalan Sendai meneroka ke air terjun Akiu, Miyagi, antara yang tercantik di Jepun. Dalam 30 minit je perjalanan. Cuaca mendung sedikit dek kerana taufan 22. Dah lama nak jejak ke sini tapi baru berkesempatan. Boleh parking kereta samada berdekatan dengan jalan utama (besar dan banyak ruang) ataupun berdekatan dengan air terjun Akiu (sangat terhad). Parking yang berdekatan jalan besar ada kafe, tandas dan gerai-gerai jual cenderahati dan makanan. Kami parking berdekatan dengan air terjun. Agak jauh juga kalau nak jalan kaki dari jalan besar.

Bila dah sampai, rasa wow sangat..dari jambatan boleh nampak air terjun yang berketinggian 55 meter. Tak puas tengok dari jauh, boleh menuruni laluan bertangga untuk pemandangan lebih dekat. Laluan agak curam dan licin kalau hujan. Kena super berhati-hati dan lebih elok pakai kasut. Bila dah sampai bawah, kena lalu batu-batu sungai untuk dapatkan angle kamera yang lebih cantik. Sangat berbaloi menempuh laluan yang boleh menyingkirkan lemak tadi. Berada di kawasan air terjun ni terasa aman damai je gitu. Bunyi hempasan air terjun yang deras memang menyahkan tekanan. Ditambah dengan daun-daun yang sudah bertukar warna, memang sesuai la nak bertapa kat sini hehe disebabkan air yang sangat deras, pengunjung tidak dibenarkan untuk mandi manda di sini. Tengok je dari jauh pun dah ok. Jya, meh layan gambar di bawah ni.

Air terjun Akiu dari jambatan


Jambatan di nun sana. Sayang cuaca mendung




Berketinggian 55 meter



No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...