Tuesday 17 October 2017

Tasik Inawashiro, Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san,

Bbbrrrrrr sejuk dah sekarang ni. Cuaca berubah mendadak betul. Minggu lepas boleh lagi pakai baju musim panas. La ni bungkus terus baju musim panas masuk pek vacum. Sabtu minggu lepas saya sempat bawa keluarga saya yang datang dari Malaysia berjalan2 ke Tasik Inawashiro yang terletak di daerah Fukushima. Saya pernah ke sini pada musim sejuk yang lepas. Tasik ini merupakan tasik ke-4 terbesar di Jepun dan berhampiran dengan Taman Negara Bandai-Asahi. Terdapat banyak onsen (kolam air panas) di sepanjang kaki gunung Bandai (Bandai san). Kalau korang nak tau semua gunung di Jepun diakhiri dengan perkataan 'san' atau 'yama' seperti Fuji san atau Fuji yama. Biasanya 'san' disebut pada akhir nama macam Ali san, Ahmad san, merujuk kepada encik/cik/puan/tuan sebagai tanda hormat kepada empunya diri. Selain itu tulisan kanji 'gunung' untuk Jepun disebut sebagai 'san' bagi tulisan kanji China. Jadi, mungkin sebab itu orang Jepun panggil 'gunung' samada 'san' atau 'yama'. 

Tasik Inawashiro ni sangat cantik dan menjadi tempat persinggahan angsa yang berhijrah pada musim sejuk dan berada di situ sehingga musim bunga. Selain angsa, pelbagai spesis itik juga ada di tasik ini. Memandangkan sekarang musim luruh, hanya itik je yang ada di tasik ini. Aktiviti yang mendatangkan kegembiraan di sini semestinya bagi angsa dan itik makan. Seronok tengok dorang berebut makan roti macam tiada hari esok hehe ada kedai jual roti berdekatan dengan tasik ni. Nak lagi murah, boleh singgah konbini (convenient store) beli roti siap2. Kalau berminat nak naik bot bentuk angsa selama 30 minit keliling tasik pun boleh. Cool kot bentuk bot tu. Kalau lalu Fukushima singgah la Tasik Inawashiro ni. Memang wow la. Jumpa lagi di entry lain. Jya, mata!


bot bentuk angsa


Banyak weh angsa dan itik

Jutawan roti yang pemurah

Awak di sana, nak roti saya tak?

Kesian angsa yang selalu kalah dalam perebutan roti


Itik dari dekat

Sawah padi yang ditimbus dengan salji

Tasik Inawashiro pada musim luruh. Ada itik je



Sawah padi


No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...