Wednesday 1 November 2017

Ouchijuku, Fukushima

Assalammualaikum dan salam sejahtera  minna,

Musim luruh dah sekarang ni uols!!!Musim daun2 bertukar warna, saujana mata memandang gitu. Juga musim jalan2. Cuaca tak berapa panas dan sejuk yang nyaman. Kali ini nak kongsi pengalaman berjalan2 ke tempat yang bersejarah iaitu Ouchijuku yang terletak di daerah Fukushima. Ouchijuku ni merupakan pekan yang menyambungkan antara Aizu dan Nikko pada era Edo (1640). Pedagang2 zaman itu berjalan kaki menggunakan laluan Aizu-Nishi Kaido dan mereka berhenti singgah di Ouchijuku untuk berehat dan makan. Ouchijuku juga merupakan pusat perdagangan yang sibuk pada ketika itu. Kini, kerajaan Jepun masih memulihara Ouchijuku agar masih kelihatan seperti pada era Edo. Yang menarik mengenai tempat ini adalah bumbung bangunan yang diperbuat daripada jerami kering. Bangunan2 unik ini menempatkan pelbagai kedai makan, kedai arak dan kedai menjual omiyage (cenderahati). Di sini juga ada sebuah hotel untuk orang kenamaan era Edo dan dibangunkan sebagai muzium. Nak masuk ke dalam kena bayar, jadi saya usha2 di bahagian luar bangunan sahaja. Di sini juga ada beberapa kuil dan kalau nak mendapatkan pemandangan yang lebih menarik, bolehlah naik ke atas bukit di hujung jalan. Walaupun tangganya agak curam tapi percayalah....memang berbaloi kerana pemandangan dari atas bukit sangat cantik. Sambil lap peluh boleh berswafoto.
Ni la yang dulunya hotel yang kini dijadikan muzium

Cili yang tak pasti tahap kepedasannya

Macam pokok buah letup-letup. Masa musim panas banyak jual benda alah ni

Kraftangan sayur. Kawaii


Pemandangan dari ata bukit

Jalan turun

Tangga menuju kejayaan serta pecahkan lemak degil



Lagi satu fakta menarik mengenai Ouchijuku. Air longkang di sini sangat bersih dan sejuk. Jadi peniaga meletakkan air minuman untuk dijual dalam longkang ni bagi tujuan penyejukan. Jimat elektrik dia. Tak payah masuk dalam peti ais. Saya mencuba ikan bakar dan sofuto (soft ice cream) di sini. Memang yummy!!!. Kalau singgah ke daerah Fukushima, jangan lupa ke Ouchijuku. Tempat letak kereta pun sangat banyak dan murah (500 yen). Nantikan perkongsian saya di lain entry. Jya mata!!!

Air yang disejukkan dalam LONGKANG tau

Longkang yang bersih

Belalang goreng. Pandang je la

No comments:

Post a Comment

~Perjalanan IVF~Episod 3~

 Assalammualaikum dan salam sejahtera minna san, Setakat blog ni ditulis, saya baru sehari selepas menjalani prosedur IVF-FET. Sejujurnya, p...